Cabaran 30hari | Hari Ke-5 : Sesuatu yang Menguatkan Ummi Erna

Assalammualaikum, Salam Kasih Sayang..


Hi apa khabar semua? Sihat? Semoga anda semua sihat selalu dan hidup bahagia disamping yang tersayang. Tajuk entry untuk Cabaran 30hari kalini adalah Sesuatu yang Menguatkan Ummi Erna. Dalam erti kata lain, perkataan yang biasa erna guna pakai adalah Push Factor.

Tahukan anda, manusia ini akan bertindak jika ada Push Factor? 

Tidak normal dan tidak waras seseorang jika melakukan sesuatu tanpa adanya Push Factor. Sebagai contoh, kenapa ramai orang yang sanggup keluar awal pagi pergi kerja dan pulang ke rumah dengan perasaan sangat tak suka sebab terpaksa meredah lalulintas yang sesak - jem bawa roti sebantal besar Mereka ini berbuat demikian kerana mereka ada tanggungjawab dan bagi ibu bapa, Push Factotr / apa yang menguatkan mereka adalah anak-anak. 

Begitu juga dengan erna. Apa yang menguatkan erna untuk terus merempuh atau redah apa sahaja cabaran dalam hidup ini adalah kerana Iman dan Taqwa. Mereka inilah kekuatan erna sehingga ke saat dan detik ini.  

Impian juga adalah sesuatu yang menguatkan erna. 

Mudah sahaja untuk kita semua fahami.

Hidup kita semua punya pilihan bukan? 

Jika anda punya pilihan untuk bawa anak bercuti di tempat yang ekslusif dan juga tempat percutian biasa-biasa..mana satu pilihan anda? 

Jika anda punya pilihan untuk hantar anak-anak ke sekolah yang baik-baik kualiti, gurunya juga hebat-hebat, dan juga sekolah yang biasa-biasa, mana satu pilihan anda?

Jika anda punya pilihan untuk tidurkan anak atas tilam yang empuk dan tidur di atas toto biasa, mana satu pilihan anda?

Jika anda punya pilihan untuk bawa ibu ayah bercuti ke seluruh dunia melihat keindahan ciptaan Nya dan juga anda punya pilihan bawa ibu ayah bercuti di dalam Malaysia sahaja..mana satu pilihan anda?

Lihat......hidup punya pilihan kan?

IMPIAN, sebab adanya impian jelas dalam hidup..erna kuat sehingga ke hari ini. 

Pesan mentor, amalan zikir dan melakukan amalan kerohanian dengan ikhlas serta konsisten akan menguatkan emosi, hati dan juga diri kita sendiri. Zikir. Baca Yassin. Pesan mentor memang tak pernah lupa. Berbalik kepada ALLAH yang Maha Esa. Dia jualah yang memberi kekuatan kepada hati-hati kita semua.


Apa kekuatan anda? Jom kongsikan dengan erna =)

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 30%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;



Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment