Cabaran 30hari | Hari Kedua : Kenapa Nama Blog ummierna Jadi Pilihan?

Assalammualaikum, Salam Kasih Sayang..

Perkara pertama yang akan difikirkan sebelum terhasilnya sesuatu blog adalah apa nama blog anda. Nama blog ni dalam erti kata lain dalam bahasa otai blog adalah domain blog. 

Blog http://ummierna.blogspot.com ini erna buat dalam tahun 2011. Kalau tengok kat blog archive, entry pertama yang erna tulis dalam blog ini awal bulan julai sebelum erna diijabkabulkan.

Mana datangnya nama ummi erna? 

Erna tu memang semperna nama erna sendiri. 

Ummi pula, orang yang istimewa dalam hidup erna mula panggil erna dengan panggilan ummi. Rasa selesa dengan panggilan ummi dan alhamdulillah...bila tiba masa Allah izinkan erna ada anak sendiri, anak-anak pula panggil erna ummi. 

Alhamdulillah..hingga sekarang melekat panggilan ummi erna dan pada pendapat erna, nama ummi erna tu mudah diingati. Even anak-anak shaklee erna pun ada yang panggil ummi. Terasa sangat mak mak bila rakan bisnes Shaklee pun sama-sama panggil erna ummi. 

Majoriti anak-anak Shaklee erna yang baru nak buat blog akan tanya pendapat erna apa nama blog yang sesai untuk blog baru mereka. Sampaikan auni cucu Shaklee erna ada cakap, nak pilih nama blog macam nak pilih nama anak. Nak cari yang betul-betul berkesan bila menyebutnya. So, untuk persoalan yang biasa diajukan ini, erna harap tips yang akan erna kongsikan ini bermanfaat dan membantu anda semua untuk dapatkan nama blog yang bersesuaian.

Tips memilih nama blog

1- Nama yang menggambarkan blog anda. Kemungkinan adalah tinggi orang akan klik baca blog anda dengan melihat nama blog anda terlebih dahulu.  Macam erna, erna letak nama http://ummierna.blogspot.com so orang baca je nama blog, dah tahu blog ini milik siapa. 

Lebih tepat jika nama blog anda menggambarkan apa isi blog anda. Contohnya, blog anda akan bercerita perihal jerawat;

- atasijerawat.blogspot.com
- jerawattiada.blogspot.com
- jerawathilang.blogspot.com

ini hanyalah contoh. So, boleh pilih nama-nama yang bersesuaian dengan anda dan blog anda.

2- Ejaan yang ringkas dan mudah.  

Jangan pula buat ejaan pelik-pelik yang sukar orang nak ingat. Sebagai contoh, cheritachintaa.blogspot.com ini akan mengelirukan orang tentang ejaan yang tepat. Adalah lebih mudah jika nama blog tersebut ceritacinta.blogspot.com 

3- Mudah untuk diingati

Ini penting agar blog anda senantiasa diingat oleh para pembaca. Semakin mudah blog anda diingat maka akan semakin sering blog anda dikunjungi.

atasijerawat.blogspot.com atau caraatasijerawat.blogspot.com yang mudah anda ingat? Mesti yang pendek lebih mudah untuk diingati.

4- Tagline blog yang bersesuaian dengan isi

Blog erna ni dari awal dah guna tagline Kuasa Kasih Sayang dan sekarang erna settingkan sebagai Pengedar Shaklee Puchong

Ini ibarat kata kunci kepada blog anda. Jika ada yang mencari di google dengan kata kunci / tagline

Pengedar Shaklee Puchong
Pengedar Shaklee Puchong Perdana
Shaklee Putra Perdana
Shaklee Taman Tasik Prima
Pengedar Shaklee Puchong Permai
Pengedar Shaklee Puchong Prima

Diharap perkongsian ringkas erna ini, memberi sedikit sebanyak sumbangan / idea kepada anda yang baru mula nak setting blog anda.

Buat semua penduduk sekitar area Puchong, anda boleh hubungi erna untuk dapatkan produk Shaklee secara terus atau bahasa mudahnya by hand tak perlu pos. Jimat kos pos. Erna akan jumpa anda terus dan hantarkan produk Shaklee kepada anda.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 30%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.


Share this:

, , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment