Iman Zikir Dah Sekolah | 2012 Babies Go To School

Iman Zikir Dah Sekolah | Yeaayyy....Assalammualaikum. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi. Impian ummi dan babah nak sekolahkan iman tahun ini 2016, tercapai. Semuanya dengan izin Allah dan terima kasih juga kat babah sebab usaha sehabis baik untuk keluarga kecil kita nak berikan yang terbaik kepada ummi dan anak-anak.

Sesi pemilihan sekolah untuk iman sebenarnya agak lewat juga. Dah hujung tahun barulah kami suami isteri ke beberapa buah tadika untuk survey. Parents lain seawal bulan ogos dah mula survey dan terjah sekolah untuk anak mereka. Erna memang lama dah aim sekolah iman sekarang ni. Tapi tak pernah la call atau terjah ke sekolah. Kalau nak kata lalu luar pagar tu, memang banyak kali sangatlah. Kebetulan ada juga anak cina tingkat atas rumah kami ni yang bersekolah di tadika ni. Pernah terjumpa dan erna tanyalah sikit tentang sekolah. Perkara pertama yang buat erna tertarik..aunty tu cakap.."sekolah mentari ini manyak melayu muslim. teacher muslim ada juga.."


Besar dah anak ummi dan babah.
Terima kasih sayang..sebab hadir dalam hidup kami.

Hari pertama ke sekolah, ramai hantar iman ke sekolah. Hari pertama kan..semestinya drama sebabak terjadi. Watak utama, iman lah. Siapa lagi. Hehe..Tokma, kak ipar dan adik ipar erna pun ada juga ikut sekali hantar. Babah sampai macam tak nak balik. Yelah tak pernah lagi kami ni tinggal Iman Zikir dengan orang lain selain ahli keluarga terdekat. Erna pun rasa tak tertahan air mata juga tapi takkan erna nak meleleh air mata depan iman kan? Kena lah kuat. Sampai bila nak biarkan iman kat bawah ketiak ummi. Iman Zikir kan abang. 

Zaman sekarang ni, menghantar anak ke pre-school seawal 4tahun bukanlah suatu perkara yang pelik. Ada ibu bapa yang hantar anak ke sekolah seawal usia 2-3 tahun tau. Biasanya kalau yang hantar awal ni ibu bapa bekerja. Jadi anak ni..sebelah pagi pre-school. Petang pula sambung day care. Sekolah iman ni pun ada service macam ni. Tapi erna kan WAHM. Tak adalah sampai nak tinggalkan iman kat nursery.

3 hari pertama persekolahan, iman nangis masa ummi nak balik tinggalkan iman. Tapi bila erna tanya pada teacher kelas iman, teacher cakap..iman nangis kejap je. Hari pertama nangis lama juga. Hari kedua, dalam kul10 tu dah stop nangis. Owh ye..iman mula sekolah 8pg sampai 11.30pg. Masuk hari ke-3 teacher cakap..kejap je nangis. Dan.....harini masuk hari ke-4 iman ke sekolah...alhamdulillah...iman tak nangis langsung. Allah....gembira sangat ummi rasa. Tenang je hati ni masa kaki melangkah keluar dari sekolah tinggalkan iman.

Harapan ummi dan babah, semoga iman dilapangkan dada dan diterangkan hati. Semoga ilmu yang iman dapat di sekolah..dapat iman manfaatkan sebaiknya untuk masa hadapan. Kami suami isteri bukanlah letak harapan tinggi melangit iman boleh hafal sifir ke...dah pandai bahagi darab semua tu. Kami sepakat hantar iman ke sekolah sebab kami nak setiap saat dan minit yang iman ada..diisi dengan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Boleh mewarna, boleh mengira yang simple, boleh membaca sesuai dengan usia iman. Ini pun dah syukur sangat. Bukanlah harap bulan bintang. Dirumah dengan ummi..memang susah la nak berdisiplin. Lagipun iman baru 4tahun kan. Kami tak lah harap yang terlalu besar. Apapun..sebagai ibu bapa..erna yakin semua ibu bapa yang baca entry erna ini juga ingin berikan yang terbaik kepada anak-anak dan mahukan mereka jadi anak bijak yang menjadi penyejuk hati kita.

Inshaa Allah...next entry akan erna kongsikan lebih detail mengenai sekolah iman dan kenapa sekolah ini menarik minat kami untuk daftarkan anak sulung kami di ini.

*info tambahan. Iman bersekolah di tadika cina. 

Next entry..............soon.

Terima kasih ye semua yang sudi baca entry panjang ini. Semoga kalian selalu dilindungi Allah dan sihat sejahtera. Kita jumpa next entry. Assalammualaikum...


Get Shaklee Today!

Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri


Erna adalah Pengedar Sah Shaklee Puchong (ID 908806) .
Menyediakan khidmat Cash-On-Delivery (COD) untuk kawasan sekitar Puchong Selangor : Puchong Permai, Puchong Perdana, Puchong Prima, Puchong Permata, Puchong Intan, Bandar Bukit Puchong, Taman Tasik Puchong, Taman Mas, Equien Park, dll. 

Juga penghantaran keseluruh Malaysia melalui khidmat kurier.


Share this:

, , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment