TIPS KURUS CEPAT DAN MUDAH

Bermula dari tahun lepas lagi, erna perasan nafsu makan erna macam naga. 😂 Banyak makan makanan yang kurang nutrisi. Minum air manis. Air viral. Segala jenis makanan viral erna seronok tapau beli tak ingat dunia. Dessert. Tapi dalam masa yang sama, intai juga Tips kurus cepat dan mudah. 

Kemudiannya erna perasan juga semakin kurang gambar selfie full body erna sorang-sorang. Sebab erna memang suka sangat bergambar. Walaupun hanya untuk simpanan sendiri. Bila belek-belek gallery hp. Tersedar jarang dah aku bergambar. Tahu kenapa? Iyalah sebab kurang keyakinan bila tengok hasil gambar.

Kemuncaknya adalah bila erna berjalan di mall atau tengok cermin, "apsal besar semacam peha pinggul bontot aku ni?" huwaaa masa ni memang down betul rasanya. Pakai baju apapun rasa tak mampu nak tutup kebesaran pinggul dan peha. Dengan ketinggian153cm erna, lagilah nampak besar. Sebab erna memang suka buggy style, pakaian erna kebanyakannya oversize. Jadi tak rasa sangat la pakaian tu jadi ketat ke apa.

Tanpa sedar berat badan erna mencanak naik. Oh ya. Lagi satu yang erna perasan adalah sejak erna makan pil perancang selera makan erna semakin menjadi-jadi. 😭 

Lama juga erna tak timbang berat badan. Sebab tersimpan elok je penimbang berat badan digital yang beli dekat shoppe. Alangkah terkejutnya erna bila naij penimbang, berat erna 64kg! Ya Allah masa tu rasa patutlah aku pakai seluar, kain, baju semua rasa serba tak kena. Terutama bahagian pinggul, peha, bontot. Dan kalau nak tahu 64kg tu berat setiap kali erna mengandung 11-12minggu (3 bulan mengandung)

Kebetulan hujung2 tahun lepas Shaklee keluarkan set Hello New You. Banyaklah kelas2 yang shaklee anjurkan berkaitan penurunan berat badan. Group bisnes shaklee pun ada anjurkan macam-macam program diet Intermittent Fasting. Banyak tips kurus cepat dan mudah erna dapat.

Itulah titik permulaan erna nekad kuruskan badan. 

Aku kena buat sesuatu.

Kalau aku tak bertindak sekarang, aku akan terus hanyut. Berat terus naik. Keyakinan diri semakin menurun. Kesihatan terjejas juga sebab erna ada asthma. Mudah mengah dan letih uruskan anak-anak. Emosi tak stabil. Semuanya erna perasan saling berkait antara satu sama lain. 

Punca awal yang dapat dikenal pasti adalah, Berat Badan Berlebihan. 

TIPS KURUS CEPAT DAN MUDAH CARA ERNA

    1.BERHENTI AMBIL GULA PUTIH

Gula tambahan berkait rapat dengan kalori yang mengakibatkan penambahan berat badan. Jika anda berhenti mengambil makanan yang mengandungi gula tambahan dan digantikan dengan makanan berfiber tinggi - ia akan memberi kesan kepada perut buncit anda.

Ini kerana tanpa gula tambahan, badan anda akan mula memproses karbohidrat daripada lemak sedia ada.

    2.BERHENTI AMBIL KARBO (LOW CARBO INTAKE) 

Diet keto atau Diet Ketogenik adalah diet yang rendah dengan Karbohidrat, melibatkan kandungan Protein yang sederhana dan tinggi dengan Lemak yang dapat membantu anda membakar lemak badan dengan lebih berkesan. Boleh dikatakan erna follow this rules juga. Tapi erna adjust mengikut kesesuaian erna. Tapi dengan cara diet keto ni, ia mempunyai banyak kebaikan terutamanya bagi tujuan kesihatan, menurunkan berat badan. Dan terbukti berkesan untuk badan erna. 


    4.MAKAN CUKUP PROTEIN (PENTING YA PROTEIN!) 

Pengambilan protein dengan jumlah dan jenis yang betul berserta dengan karbohidrat serta lemak seimbang, boleh membantu menurunkan dan menjaga berat badan secara sihat. 

5. MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA

Sebenarnya tak susah untuk minum air kosong yang banyak. Kita perlu minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, boleh guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak 7 botol mineral kecil.

Cukuplah dengan 5 tips kurus cepat dan mudah cara erna, korang mesti boleh turunkan berat badan sekurang-kurangnya dua ke tiga kilo dalam tempoh 4 minggu. 

Alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu ke 10 erna diet dan erna berjaya turunkan 9kg. Alhamdulillah syukur. 

Ada juga kawan erna kongsikan dalam blog dia Tips Kurus Semasa Bulan Puasa. Tak apalah kita dah nak habis bulan puasa. Boleh save siap-siap tips kawan erna dan guna pakai masa Ramadan akan datang. Insya-Allah.. 

SUPPLEMENTS SHAKLEE TIPS KURUS CEPAT DAN MUDAH 

KURUS SECARA SIHAT DENGAN NUTRISI SHAKLEE

Antara set kegemaran ramai dalam Shaklee adalah SET KURUS macam dalam gambar diatas. 

Yang lebih penting, kita dapat kurus dengan cara NATURAL dan SELAMAT💚

Sesiapa yang ingin kurus secara sihat, boleh amalkan Set Kurus Shaklee. 

Jika anda ingin mencari peluang menjana extra income atau cari sebuah bisnes yang modal rendah, mari join erna. Insya-Allah bisnes ada mentor lebih seronok. 

Jom hubungi erna untuk dapatkan supplement kesihatan, kecantikan korang. Nak join erna bisnes online dari rumah juga? Jom lah. Erna alu alu kan... 

Boleh hubungi erna disini ðŸ˜˜ðŸ’•

#NextLevelBlogging
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #blogmegashaklee 
#shakleepuchong
#codpuchong
#espshaklee
#vitamincshaklee 
#vivixshaklee 

Share this:

, , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment