Idea Bisnes Online Paling Mudah Untuk Surirumah

Menjadi seorang surirumah pada zaman sekarang memang jauh beza dengan surirumah zaman dahulu. Dengan penggunaan internet yang meluas sekarang ini surirumah pun boleh jana pendapatan bulanan. 

Ramai kenalan surirumah Erna sebenarnya bersijil hingga ke tahap PhD tetapi mereka memilih untuk menjadi surirumah. Walaupun surirumah, mereka bukanlah suri rumah 'kosong' ya. Tetapi mereka ini mampu menjana pendapatan 4 ke 5 angka setiap bulan sama macam wanita berkerjaya yang setiap hari perlu keluar untuk ke tempat kerja. 

Seronok kan? 

Jadi dalam Entri kalini, Erna nak kongsikan 5 idea bisnes online dari rumah yang surirumah boleh buat untuk menjana pendapatan dengan menggunakan medium online business. 

1. Menjual Makanan 

Ramai suri rumah yang pandai memasak. Tak kiralah samaada masak kek, biskut, ataupun makanan tradisional lauk-pauk Melayu. Sebenarnya melalui bisnes masakan ni sangat mudah menjual sebab semua orang suka makan. Erna pun suka membeli makanan. 😂 Bisnes masakan anda boleh iklankan melalui online marketing. Iklan secara online kemudian disebarkan kepada group Taman kawasan perumahan. Siapa tahu mungkin ini akan menjadi pendapatan utama dan besar dalam keluarga anda. Pendapat Erna idea bisnes online dari rumah yang ini boleh anda fikir-fikirkan. 

2. Menjadi Content Creator 

Erna ada seorang kenalan sekolah, dia ada butik pengantin. Dan idea bisnes online dari rumah yang Erna dapat kali ini melalui dia sebab dia membayar upah kepada adik dia sendiri untuk menjadi content creator untuk butik pengantin dia. Ramai sebenarnya pemilik bisnes yang tidak mempunyai cukup masa dan kemahiran untuk memperkenalkan bisnes mereka. Jika anda seorang suri rumah yang ada bakat menulis, ada bakat edit video, ada bakat bercakap, apa kata anda gunakan bakat anda itu untuk menjadi seorang content creator. Kini peluang menjana pendapatan dengan menjadi seorang content creator adalah sangat meluas dan betul-betul mendapat permintaan yang tinggi. Cubalah! 

3. Menjadi Tutor/Guru Mengaji. 

Anda seorang surirumah bersijil (lepasan universiti) ataupun anda memang pakar dalam beberapa mata pelajaran sejak dari sekolah lagi. Cadangan erna, anda boleh menjadi tutor secara online atau menjadi guru mengaji secara online. Anda sendiri tentukan berapa jumlah pelajar yang akan anda ajarkan setiap hari. Berapa jam peruntukkan masa untuk kelas online anda. Idea bisnes online dari rumah yang erna dapat ni sebab anak-anak Erna mengaji online. Setiap minggu tiga kali kelas. Yuran mengaji sebulan RM65 untuk seorang anak. Anggaran masa untuk 1 sesi mengaji, lebih kurang 30minit. Kiralah untuk sebulan tu banyak juga pendapatan yang seorang surirumah boleh dapat melalui menjadi guru mengaji. Ini menarik pada erna. Duit dapat. Pahala mengajar mengenal huruf Al-Quran pun dapat. 😊

4. Hobi Become Money

Jika anda seorang suri rumah yang ada bakat menjahit, anda boleh iklankan servis anda melalui online. Secara tak langsung ia menjadi bisnes online anda serta mendatangkan pendapatan. Sebagai contoh anda boleh limitkan servis anda kepada servis alter pakaian sahaja. Contohnya ada pelanggan yang beli seluar terlebih labuh, boleh hantar kepada anda untuk anda potong dan jahit kemasan. Ataupun pakaian besar anda boleh alter untuk kecilkan pakaian tersebut. Lagi-lagi dekat nak raya sekarang ni. Ramai yang memerlukan servis seperti ini. Iklankan servis anda secara online. 😊 Penuh rumah dengan jiran setaman hantar pakaian untuk alter nanti. 😁

5. Jual Produk Orang. Dropship. Agen. 

Ini yang erna buat sekarang. Alhamdulillah dah masuk tahun ke 10 erna buat bisnes online dari rumah dengan menjual produk orang lain. Pendapatan 4 angka setiap bulan. Alhamdulillah.. 😘

Ada sorang kawan erna pun buat bisnes online dari rumah sama macam erna. Boleh baca perkongsian dia juga. Dibawah ini erna kongsikan kenapa erna pilih bisnes Shaklee sebagai bisnes online dari rumah 😊
Bisnes Shaklee - Bisnes Online Paling Mudah dan Jana Income Hanya Dari Rumah. 

Ramai yang suka buat bisnes Shaklee ini sebab :

1. Modal Yang Rendah
Hanya dengan RM35 sahaja anda dah boleh memulakan bisnes Shaklee anda.
Tiada bebanan untuk buat pinjaman atau keluarkan modal beribu-riban sebab kita pun tahu, hidup sekaran kerasssss.

2. Tidak Perlu Simpan Stok
Anda boleh tidak perlu simpan stok sebab anda boleh buat pembelian dengan walk-in ke Shaklee Shop atau buat order secara online dan Shaklee akan mengurus pembungkusan dan pemgeposan ke alamat customers. 

3. Demand Yang Tinggi
Produk Shaklee sentiasa ada sambutan di hati rakyat Malaysia sejak 1994 sehingga harini dan kami telah memenangi Malaysia’s Trusted Brand Gold Award In Vitamins & Health Supplements By Reader's Digest Malaysia 2 tahun berturut-turut (2021&2022).

4. Group Support
Setiap orang yang join bisnes Shaklee dengan team Kak pora akan mendapat support 100% dari pelbagai segi - Motivasi, Ilmu Bisnes, Marketing Strategi, Bahan-bahan untuk beriklan dan banyak lagi. 

5. Masa Flexible
Salah satu sebab ramai suka join bisnes Shaklee sebab kita boleh buat bisnes ni dengan takpa had masa atau masa yang ditetapkan. kita boleh buat bila-bila masa dengan mengisi masa yang kita ada.

6. Bisnes Secara Online
Bisnes Shaklee boleh dijalankan dimana-mana kita berada samada kita balik kampung atau bercuti di luar negara sebab kita hanya perlukan internet untuk menjalankan bisnes online Shaklee ini.

7. Bonus Infiniti
Dalam bisnes Shaklee, terpulang pada diri kita sendiri berapa banyak bonus kita nak dapat. RM20, RM2000 hatta RM20,000 sebulan pun boleh dan semuanya bergantung pada usaha masing-masing. Selain dari Cash Bonus, kita juga berpeluang dapat pelbagai bonus seperti Car Bonus, Leadership bonus dan banyak lagi.

Best tak best bila dah tau sebab-sebab kenapa ramai suka buat bisnes Shaklee? 

Jika anda ingin mencari peluang menjana extra income atau cari sebuah bisnes yang modal rendah, mari join erna. Insya-Allah bisnes ada mentor lebih seronok. 

Jom hubungi erna untuk dapatkan supplement kesihatan, kecantikan korang. Nak join erna bisnes online dari rumah juga? Jom lah. Erna alu alu kan... 


#NextLevelBlogging
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #blogmegashaklee 
#shakleepuchong
#codpuchong
#espshaklee
#vitamincshaklee 
#vivixshaklee 


Share this:

, , , , , , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment