23 Julai 2011 Bersamaan 21 Syaaban 1432H
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Ini entry kahwin ^_^
Entry lepas erna ada inform yang erna akan share sikit tentang perjalanan majlis perkahwinan. Rasa terlalu banyak nak share. Jadi erna cuba ringkaskan sebaik mungkin. Untuk mudah erna ingat dan kenang segala peristiwa sepanjang 23 Julai 2011 erna akan post beberapa entry.
Erna belum dapat gambar dari jurugambar dan video pernikahan majlis pun masih belum dapat dari official photographer dan official videographer. Gambar-gambar yang ada ni adalah ihsan kawan-kawan erna. Let's pic tell everything...
Pagi 23 Julai 2011 - 21 Syaaban 1432H
Malam sebelum majlis, erna tidur lewat. Kul4.30pagi baru mata terlelap. Itu pun sepanjang proses untuk terlelap, penuh baldi besar dengan air mata erna. Mudah sangat mata mengeluarkan air. Allah je tahu peraasan malam sebelum 23 Julai 2011. Alhamdulillah, selepas beristigfar dan selawat banyak kali..akhirnya erna terlelap. Perkara yang indah untuk di kenang,malam ni jugak erna tidur bersama ibu.
Seawal jam 6.30pagi erna dah bangun. Kul7 sahabat terbaik Cik dila dah sampai umah erna. Sebab erna mintak tolong Cik Dila bawak erna pegi make up. Alhamdulillah..sue pun ada. Jadi mereka berdua hantar erna ke Teratak Masri tempat erna bersiap sebelum ke masjid.
Al-kisah gambar di atas adalah gambar erna setelah jari ku di kerjakan oleh sue. sue bising2 marah cakap inai erna tak merah. Kaki erna pun tak berinai. Erna senyum-senyum je.. Sementara tunggu Baby Nina Make Up artis sampai, sue inaikan erna. Pic ni diambil oleh Cik Dila. TQ Cik Dila...TQ jugak kat sue sebab tolong merahkan inai erna dan sememangnya inai asal di jari erna, warna oren buruk. Hasil inai selepas sue touch up pagi ni,memang superb cantik.TQ sue. Sensitif tul sue bab inai. Sue cakap, kahwin seumur hidup sekali. Haruslah berinai cantik-cantik. hehehe...
Proses membaiki inai sendiri. Sila abaikan muka erna yang comot teruk masa ni. Bukan je comot kat muka..mata pun bengkak teruk. Akibat daripada semalaman menangis. Munir ada cakap, orang nak kahwin ketawa..erna nak kahwin nangis. huhuhuhu...
Maaf erna tak amik pic selepas inai dicuci. Apapun, ribuan terima kasih pada sahabat yang banyak membantu. Memberi sokongan,dorongan,semangat dan kekuatan pada erna. Jasa kalian semua di kenang hingga akhir hayat.. Allah jua dapat balas segala kebaikan kalian semua wahai sahabat sejati.
Last dari erna..terimalah.. (macam dedikasi lagu pulak.hehehe)
0 comments:
Post a Comment