Bantulah Saudaramu.. Allah akan membantumu..

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana segala urusan erna di permudahkan. Percayalah sahabat, jika kita memudahkan urusan orang lain, Allah pasti membantu kita. Ini yang erna rasakan sekarang. Alhamdulillah..syukur sangat.


Sahabat, rasa sedih sangat..rugi sangat..jika kita tidak bantu sesiapa sahaja yang perlukan pertolongan. Sedangkan kita mampu memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan pertolongan. 



Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :
“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim


Hadis ini menerangkan beberapa kewajipan terhadap orang lain iaitu :


1- Sesiapa yang menyelesaikan masalah orang lain akan dibalas oleh Allah dengan diselesaikan masalahnya di akhirat.
2- Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain,Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.
3- Sesiapa yang menutup keaiban orang lain dan tidak menghebahkannya,Allah akan menutup keaibannya di dunia di akhirat.
4- sesiapa yang menolong saudaranya akan mendapat pertolongan Allah setiap masa.


*********************************

Alhamdulillah..nampak ibuayah gembira dan dapat dengar suara lega incik tunang bila semua urusan borang nikah selesai. Alhamdulillah..terima kasih sangat pada ayah nadia yang banyak membantu sepanjang proses mendapat kebenaran untuk nikah. Nadia teman rapat erna sejak sekolah hingga hari ini.ALLAH jua dapat balas segalanya..

Doa erna setiap hari, agar erna ikhlas dan redha dengan setiap ketentuan Allah. Restu serta redha ibuayah sangat penting dan sangat berharga.. Semoga segalanya baik-baik sahaja.. Allah jua tau segala yang terbaik.. Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan ku..

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment