Erna Anak Ibu & Ayah
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kejap je masa berlalu..pejam celik,pejam celik..masa itu semakin hampir. Macam-macam perasaan yang di rasai sekarang ni. Sentiasa memohon dari NYA dan berharap agar segalanya berjalan lancar. Semoga hati sentiasa ikhlas dengan setiap ketentuan NYA. Title CIK akan berubah PUAN beberapa hari sahaja lagi..
So far persiapan semua ok. Ibuayah yang uruskan. Erna yakin dengan setiap pilihan ibuayah. Meletakkan sepenuh keyakinnan pada ibuayah agar majlis yang di rancang, berjalan lancar. Dengan izin ALLAH, segalanya akan berlaku. Betapa besar kuasa ALLAH..Sebagai hamba, haruslah sentiasa bersyukur dan redha dengan setiap ketentuan NYA.
Membahagiakan ibuayah adalah impian terbesar dalam hidup erna - sebagai seorang anak. InsyaALLAH..hingga akhir hayat erna, erna ingin membahgiakan keduanya. Tanpa mereka,siapalah erna di dunia ini. Sejak dari dalam kandungan ibu, ibu bersusah payah menjaga,melahirkan,membesarkan dan mendidik hingga erna mampu berdikari sekarang ni. Ibu dan ayah memberi pendidikan..menjaga makan pakai..sakit pening..Ya Allah,sesungguhnya terlalu besar pengorbannan ibuayah.
**Kasih Sayang Buat IBUAYAH tercinta**
0 comments:
Post a Comment