ALHAMDULILLAH..HADIAH AMANAH ALLAH
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, harini nak berkongsi satu perkhabaran gembira untuk erna dan suami..ada beberapa siri di bawah..bace sampai habis ye ^___^
Part 1: 10 Ogos 2011
Selepas solat subuh..
Papa: Ma, harini kita pegi klinik ye..
Erna: Eh,nape pulak?
Papa: Bila malam je, ma demam..malam je,demam..lagipun malas pegi perhimpunan pagi :P
Erna: malas la pegi klinik.lepas papa pegi keje,ma nak tido. hehehe..
Papa: JOM LA....Bangun siap..kita pegi klinik.
Di klinik kesihatan..
Doktor: Sakit apa ye?
Suami: Isteri saya,bila malam je demam..malam je demam.tak sihat beberapa harini..
Erna: (berlakon muka sakit.sebab masa pegi klinik ni,sihat.malam je demam.lepas subuh,ok)
Doktor: Ok,pegi kaunter 8. Buat urine test ye..
Dengan perasaan berdebar, kami suami isteri ke kaunter 8. Erna amik bekas air kencing dan ke tandas. Kemudian letak bekas tu kat kaunter 8 dan duduk sebelah suami di kerusi menunggu..
Papa: Yes, i got the baby...(sambil buat gaya tangan YES!)
Erna: Ish, apa ni? jangan main-main.
Papa: Eh,nape pulak..? Yes,i got the baby..(ulang ayat yang sama lagi)
Erna: Malas nak layan. berdebar je tunggu result..
Di pendekkan cerita, orang yang jaga kaunter 8 panggil nama erna dan erna bawak kertas result tulisan doktor (cakar ayam.hehehe) ke bilik doktor..sejuk satu badan..
Papa: Doktor, nape ye? isteri saya sakit apa?
Doktor: Tahniah. result HCG Urine Test ni, POSITIVE.
Erna: hah? positif?
Doktor: yup..positif. tapi masih lemah..datang semula 2minggu akan datang.
Kalau nak nampak baby,boleh scan kat klinik swasta. *disertakan dengan nasihat*
Kami suami isteri keluar dari bilik doktor dengan perasaan yang masih terkejut..Suami terus ajak ke klinik swasta untuk pengesahan yang lain..sebab tadi kami dah ke klinik kesihatan kerajaan..
Di klinik Swasta..
Erna melalui proses yang sama. Buat urine test. Dan result yang doktor bagi....
Doktor: Bila tarikh last period? tarikh 1st day period ye..
Erna: 7 julai doktor..
Doktor: Congratulation..puan pragnent! tapi masih lemah. baru lewat period 3hari. Anggaran
umur baby 3week.
Papa: doktor, kami baru kahwin 2minggu..macam mana baby umur 3week?
Doktor: Hahahahahahaha...(gelak sampai merah muka.yelaa..doktor cina) U tak percaya isteri
ke? kira umur baby ikut kitaran haid wife. Bila u kahwin?
Papa: 23 Julai
Doktor: (amik satu alat bentuk bulat,pusing-pusingkan alat tu dan bagitau kami..) Anggaran
persenyawaan berlaku pada 24-26 julai. kerana itu adalah antara tempoh subur wife.
Papa: Ooooo...so,ada baby la ni?
Doktor: yes..(senyum je tengok gelagat suami..) Datang semula next 2week. now masih kecil.
Due date deliver baby 12 April 2012
Pulanglah kami ke rumah dengan perasaan gembira tapi masih terkejut. macam-macam yang erna fikirkan..Lagi-lagi tarikh due date yang doktor bagi tu, erna masih dalam semester..
Part2: 12 September 2011
Klinik Kesihatan UniMAP..
Erna ke klinik kesihatan sebab batuk teruk. Munir teman erna ke klinik...Doktor klinik kesihatan UniMAP, orang Mymmar. tapi erna translate dalam bahasa melayu la ye. senang nak cite.. :)
Doktor: Ye..nape..sakit apa?
Erna: Saya tak sihat doktor. batuk teruk sangat.
Doktor: (periksa tekak,periksa itu ini..) ok saya bagi ubat la..
Erna: Saya mengandung..
Doktor: (tanya soalan yang sama macam 1st detect mengandung dulu..contoh soalan, bila
tarikh last period,bila kahwin,umur baby..) baring atas katil.saya nak scan..
excited sebab tak pernah lagi nampak baby dan memang buat biasa je sebelum ni sebab tak pernah nampak. dalam erti kata lain, percaya tak percaya je..Hasil scan,alhamdulillah..erna nampak anak erna. Kecik je lagi..umur 9week. doktor explain la sikit pasal baby dalam kandungan. terus doktor bukakan erna buku rawatan bulanan. Alaaa...yang warna pink tu.
Sahabat, erna pernah terbaca dalam satu blog seorang ustaz ni....
" jika kita dapat berita gembira,akan dapat anak..kita namakan anak kita dengan nama yang baik. Nama yang baik dan panggilan yang baik itu,boleh kita panggil sejak dari dalam kandungan lagi.."
Maka selepas menyatakan hasrat kepada suami untuk panggil anak dalam kandungan dengan nama IMAN - kepercayaan dan keimanan, kami sepakat panggil anak dalam kandungan erna dengan panggilan IMAN. Sahabat semua pun boleh panggil anak erna IMAN ye..
Alhamdulillah...untuk semua ucapan dari sahabat, terima kasih tak terhingga. Mohon doakan semuanya baik sahaja..Semoga IMAN sihat, ummi pun sihat. InsyaAllah, impian dan harapan untuk tamatkan pengajian tepat masanya akan di makbulkan ALLAH. amin...
"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.
dari buku "Amalan ketika Mengandung", Abu Afiqah
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.
dari buku "Amalan ketika Mengandung", Abu Afiqah
0 comments:
Post a Comment