Info Janin minggu ke-13

Assalammualikum dan Salam sejahtera..


Entry kali ni,erna berkongsi tentang perkembangan janin berusia 13minggu dalam rahim ibu. Alhamdulillah, 2hari lepas,genap 13minggu umur Iman dalam rahim ku. Minggu depan ada rawatan bulanan kali ke-2 di klinik UniMAP. Ahad, rawatan bulanan di INS Specialist Centre,Alor Star. 


Info dibawah ni,ena copy sepenuhnya dari website babycentre..


Sekarang panjang fetus hampir 3 inci / 7 hingga 8 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya hampir satu auns / 23 gram - agak separuh pisang. Sidik (garis-garis) jarinya yang unik telah terbentuk. Dan jika anda menusuk perut anda dengan perlahan dan dia merasakannya, bayi anda akan menunjukkan refleks mengakar - iaitu bertindak seperti mencari-cari puting. 

Jika kandungan anda perempuan, dia sekarang mempunyai lebih kurang 2 juta telur dalam ovarinya; dia hanya mempunyai satu juta pada masa ia dilahirkan. Jumlah telur akan berkurangan semakin dia membesar, dan menjelang umur 17 tahun, jumlah ini akan turun kepada 200,000. 

Bagi anda pula, seandai kata, kabus beransur reda. Untuk kebanyakan wanita, kesan sampingan kehamilan awal - kerap kencing, terik keletihan, mual - beransur reda di trimester kedua. Uterus anda pula, yang sudah cukup besar untuk menyiarkan kepada sesiapa yang melihat yang anda sememangnya hamil, tidaklah begitu besar sehingga mengganggu pergerakan anda. Walaupun masih banyak bulan lagi sebelum melahirkan, payudara anda sudah mula mengeluarkan kolostrum, iaitu cecair yang akan membekalkan makanan untuk bayi anda untuk beberapa hari pertama sebelum susu mengalir dengan baik. 


APA YANG UMMI RASA SEPANJANG MINGGU LALU?


1- Iman sayang..sepanjang minggu lepas, ummi lemah. Rasa letih melampau-lampau.. 
2- Ummi kuat buang angin. Dalam erti kata lain,ummi asek kentut..... hehehe
3- Tak rasa nak minum air soya. Tapi jadi penggemar Teh O Ais Limau.
4- Kuliah 2jam,ummi tak boleh duduk diam. Sakit pinggang..
5- Setiap malam akan nanges rindu babah T__T
6- Hari khamis,ummi skip 2kelas. Sebab ummi rasa sangat tak larat nak ke kelas hari tu..


Semoga minggu akan datang,ummi akan lebih bersemangat. AMIN

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment