Assalammualaikum dan Salam sejahtera..
Harini umah hostel erna kat perlis dah sunyi. Semua pulang sambut raya deepavali. Satu Malaysia la katakan.. hehehe... Di pendekkan cerita, tak kira perayaan apapun, hostel mesti kosong. Kat umah ni tinggal erna, munir dan kak noi je. Daripada rumah yang meriah ada kak ieyda yang suke nyanyi, kak yani yang suke gelak, ani dan ira yang best dengan loghrat utara. Umah ni jadi sunyi sepi malam ni.. Erna tak balik puchong sebab lagi 2minggu je erna akan balik puchong untuk berhari raya aidiladha. Motif utama erna tak balik sebab minggu depan erna ada 3test. Semuanya subjek killer. huhuhu... Tapi,lab report pun banyak yang tertunggak tak siap lagi. Semoga niat asal erna tak pulang bercuti, termakbul...
Sebelum erna tulis entry ni, erna borak sejam lebih dengan suami. Alahai...macam-macam kami borakkan. dari soal cinta,baby iman,bila erna bersalin,bila erna dah kerja,bila cuti nanti nak buat apa dan macam-macam lagi la. Borak 10minit,gado..baik smula..borak lagi..gado..borak lagi..gado..borak..gado...ahahahha...lawaklah kami ni. Pastu suami ajak stop borak jap sebab kami sama-sama tak makan malam lagi. Jadi,kami buat keputusan makan malam bersama dulu..pastu baru sambung borak semula.
Sambil erna makan, erna up status ni di FB....
Sambil menaip, layan lagu Kerana Ku Cinta Kau.. tup tup.... air mata erna laju mengalir. Mesti suami tengah syok layan nasi lemak ayam yang beli masa balik kerja tadi. Erna pulak, tiba-tiba rasa tak berselera nak makan. Rindu nya...kat suami soleh ku itu.
Dear my big baby..
Ma mohon maaf sebab setiap hari papa terpaksa makan sorang.
Ma mohon maaf sebab setiap hari papa terpaksa pergi kerja bersiap sorang.
Ma mohon maaf sebab setiap hari papa terpaksa beli makan malam kat luar.
Ma mohon maaf sebab setiap hari papa terpaksa makan sorang.
Ma mohon maaf sebab setiap hari papa terpaksa tengok tv sorang.
Ma mohon maaf sebab setiap hari papa terpaksa tido sorang..... T___T
Ma mintak maaf sebab setiap hujung minggu papa terpaksa basuh baju sendiri.
Ma mintak maaf sebab setiap hujung minggu papa terpaksa kemas umah sendiri.
Ma mintak maaf sebab setiap hujung minggu papa terpaksa duduk umah sendiri.
Ma mintak maaf sebab setiap hujung minggu papa terpaksa jalan sendiri dengan kawan.
Ma mintak maaf sebab setiap hujung minggu papa terpaksa makan sendiri.
Tiba-tiba mood sedih menyelinap masuk dalam hati. huhuhu... Paling sedih bila setiap kenyataan erna di atas, suami balas dengan...
"Takpe la papa sorang..Tapi sayang bukan sorang tau. Syg ada baby iman. Anak kita teman ummi setiap hari..setiap masa..babah saayyyangggg ummi dan baby iman.."
Kan makin laju air mata kuar.. ok la kawan-kawan. nak call suami la. uwaaaaa....... RINDU!
0 comments:
Post a Comment