Lawatan Babah kali ke-2 ke Perlis

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..

Cerita ni, cerita seminggu yang lalu. Erna bz dengan kelas,lab dan banyak lab report nak kena buat. Lama juga blog ni tak berupdate. Cerita seminggu lalu yang erna nak abadikan di sini, adalah cerita Babah datang melawat Perlis, Ummi dan Iman. Kira 3 in 1 la. Selain dari tu, tujuan utama babah datang adalah, babah nak hantar kereta untuk kemudahan isteri dan anak tercinta ^__^


Hari pertama suami sampai dah lewat petang. Jadi kami tak ke mana-mana. Terus erna bawa suami ke hotel. Suami bukan datang sorang, datang ke perlis di temani adik. Kira adik ipar erna la yang temankan. Kalau datang sorang,kesian pulak. Drive jauh-jauh sorang. Jadi lebih baik berteman. Lepas check in di Hotel Deri Malaysia Perlis, kami rehat-rehat kat bilik je. Dalam kul6 erna bawa suami makan ikan bakar kat jeti Kuala Perlis. Jeti tu,dekat sangat dengan hostel erna. Lepas makan-makan terus suami hantar erna ke kelas. Sebab ada kelas tambahan untuk subjek mikrowave. Kalau ikutkan hati,nak je erna ponteng kelas tu. Tapi, kelas tu penting sebab topik yang di ajar malam tu, topik yang masuk final nanti. Insyaallah...


Ingatkan kelas habis awal, tapi kul12malam baru abis kelas. Lewatkan? gelisah erna dalam kelas. Tak sabar nak abis kelas. Kesian suami kena tinggal lama-lama. Bukan selalu pun kami dapat jumpa. Bila dapat jumpa, terpaksa pulak erna tinggalkan suami sebab erna ke kelas. Lepas abis je kelas, terus kami balik hotel. 


Esok pagi nya, lepas bangun subuh kami pegi sarapan di cafe hotel. Dan bersiap-siap nak ke Alor Star. Kami ke Alor Star sebab babah nak sangat tengok iman. Sesat-sesat jugak carik PMC. Yela..manalah kami tau jalan-jalan kat Alor Star tu kan. Apapun, alhamdulillah...babah sangat gembira dapat tengok baby iman yang sihat dan aktif dalam perut ummi. Doktor annuar yang check erna haritu,sangat lembut. Baik je. seronok dapat tengok baby iman dengan jelas. Alhamdulillah...syukur sangat.


Balik tu, ayah su iman nak sangat pegi padang besar. Jadi kami ke padang besar. erna memang tak larat. tak larat sangat nak berjalan banyak. Erna memang suka berjalan. Tapi sejak baby iman makin membesar dalam kandungan, ummi makin tak kuat jalan. Betis mudah krem dan selalu je bila malam, ummi kebas tangan dan sakit belakang badan. Dugaan...


Hari ketiga, suami dan adik ipar balik KL semula. Alhamdulillah..mujur ada munir temankan erna ke Lapangan Terbang Alor Star. Suami dan adik ipar balik ke  KL naik flight kul9.50mlm. Tapi erna hantar awal. Suami risua kalau erna dirve lewat malam sangat. Waaa....sedihnya nak berpisah. Berkali-kali suami cium perut erna dan pesan kat erna, jaga iman baik-baik. Erna pe lagi? laju je air mata mengalir. Sedihnya...sungguh  berbeza perasaan sebelum kahwin dan selepas kahwin. Lebih-lebih lagi bila dah ada baby iman dalam kandungan.


InsyaAllah..raya haji nanti erna balik KL. Bolehlah baby iman jumpa babah.. 


nyum nyum..yang ni adik erna buat. sedapppp

ummi babah tunggu turn nak tengok iman

wahhh...ummi yang kembang ^__^

Alhamdulillah...ikan rebus dan sambal belacan dari tok ma. TQ tok ma


#Thanks baby sebab susah payah datang dari jauh hantar kereta untuk kemudahan isteri dan anak. LOVE U..

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment