Info Janin minggu ke-16
Assalammualikum dan Salam sejahtera..
Alhamdulillah..3hari lalu genap usia baby iman 16minggu. semoga Allah sentiasa beri kesihatan yang baik pada anak dalam kandungan erna. Genap je 16minggu, erna demam 3hari berturut-turut. Muka naik merah-merah yang erna sendiri tak pasti ruam atau apa. Apapun, alhamdulillah lepas ke klinik UniMAP, merah-merah muka berkurangan.
Info dibawah erna dapat dari babycenter..
Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter dan berat sekitar 4 auns / 100 gram). Dalam tiga minggu ke hadapan ini ia membesar secara memecut, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci.
Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya.
Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu doktor anda.
APA YANG UMMI RASA SEPANJANG MINGGU LALU?
1. Ummi demam dan agak stress memandangkan minggu depan ummi ada 3test yang perlu jawab.
2. Ummi tak sabar nak balik bercuti sebab dah rindu sangat kat nenek atok.
3. Ummi cadangkan pada aunty wa iman, supaya iman panggil acu..walaupun klasik tapi best!
4. Ummi selalu carik idea nak masak apa untuk babah bila cuti nanti. kan kita nak makan bertiga :)
5. Ummi kuat tido la iman.. ummi yang ngantuk atau iman ajak ummi join iman tido? hehehe
6. Ummi tak sabar tunggu iman geletek ummi. Sebab banyak kali ummi rasa macam iman dah geletek.
7. Ummi cakap ummi kembang..babah cakap ummi sexy! hehehe
- PerOt boyot ummi erna 16minggu -
0 comments:
Post a Comment