Rezeki Iman. Alhamdulillah..

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..


Alhamdulillah...setiap hari ada sahaja perkhabaran gembira yang di terima. Setiap hari ada sahaja takdir Allah yang membahagiakan dan buat erna rasa..indahnya hidup dengan nikmat rasa diri bertuhan. Tapi hidup ni, kadang-kala pasti di uji.. Yang pasti, apa yang nak dikongsi disini untuk entry kali ni, bukan yang sedih-sedih..tapi rasa syukur tak terhingga.


Pada entry ini erna ada cite tentang ibu a.k.a nenek iman akan tinggal di perlis bersama erna lepas erna bersalin nanti.. dan ibu erna akan teman erna sepanjang erna berpantang hingga hujung semester. Dengan hasrat tinggi menggunung, erna nak menyusukan baby Iman dengan susu badan secara ekslusif..maka ibu akan tinggal bersama erna tengok-tengokkan iman bila erna ke kelas nanti..


Sebulan lalu, erna ada hantar surat permohonan menggunakan umah tamu UniMAP. Dalam surat tu, erna lampirkan salinan muka depan buku rawatan ibu hamil dan hantar ke pejabat pengetua kolej kediaman. Erna dan suami cakap..surat yang kami hantar tu adalah surat baby iman..yela, surat tu permohonan rumah untuk baby Iman ^___^
Lama kami tunggu..dan jumaat minggu lepas, surat jawapan keluar.. Alhamdulillah...permohonan kami sekeluarga LULUS. 


Suami orang yang paling gembira bila permohonan kami lulus. Berita terkini yang erna dapat dari Pengetua Kolej Kediaman di UniMAP ni...


1- Tiada sewa bulanan yang perlu di bayar.
2- Tiada bil elektrik dan bil air.
3- Tiada cukai pintu dan lain - lain. (kalau sewa memang tak perlu bayar cukai kan? hehehe)
4- Nenek, atok, babah, ummi tak perlu susah payah nak angkut barang dari KL. Sebab umah tamu UniMAP ni, fullfunish.. 
5- Babah tak perlu keluar duit untuk sewa umah.. (boleh spend duit tu untuk keperluan lain)


Alhamdulillah..lepas suami tau je semua ni, terus kami suami ister cakap...ini rezeki baby Iman. Syukur sangat.... rezeki dari Allah... 



Ini bukan rumah baby Iman ye. Tapi rumah baby Iman baris rumah rehat ni juga.. Ummi tersalah capture la..hehehe..boleh la kan..inilah gambaran rumah yang bakal ummi dan baby Iman diami nanti ^___^

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment