Diet ketika hamil????
Assalammualaikum dan Salam sejahtera..
Setiap ibu mengandung akan kena cucuk. Sedia maklum, cucuk amik darah mesti la ada. Setiap kali check pun mesti kena cucuk. tapi cucuk yang erna maksud kan ni,cucuk masuk ubat. Bukan cucuk amik darah tu ye..
Ok2. Semalam munir temankan erna ke klinik desa kat seberang ramai untuk monthly check-up baby iman. Last check-up baby iman 18minggu. Now dah 23minggu..Alhamdulillah..semua ok. Air kencing ok..Kepekatan darah a.k.a hemoglobin ok..Tapi bila timbang berat badan..GAGAL! Nurse yang check tu cakap,berat naik melampau. erna senyum-senyum..dalam hati..."sebab makan 2ketul ayam makcik pokok kot..." hehehe... masa baby iman 18minggu, berat ummi 62.5kg. Sekarang 65kg. nurse takleh accept. Sebab erna sangat berat nurse cakap..Melainkan kalau baby iman dah cecah 6bulan, erna boleh naik berat lebih sikit..
Dengan masalah berat badan yang melampau ini,erna kena datang ke klinik sebanyak 8kali.tapi secara selang sehari.Contoh,isnin,rabu,jumaat,isnin,rabu,jumaat..dan begitulah seterusnya hingga cukup 8kali.selama itu juga,berat,tekanan darah dan air kencing erna akan dikawal oleh nurse.Ini juga bermakna,erna kena berusaha agar sepanjang 8kali check bersamaan 16hari tu..erna tak boleh naik berat badan.waaaa....menjerit sekuat hati.Macam mana dengan selera gajah erna ni.aduiii
Malam ni,kul10 erna kena stop makan minum. Sebab esok kena pegi klinik kesihatan minum air gula dan amik darah.cucuk lagi..dan kebarangkalian untuk dicucuk untuk elak kancing gigi kali kedua.sebab sebulan yang lalu,erna dah kena cucuk kali pertama.erna kebal...ho ho ho ^___^
Iman sayang..ummi asek fikir macam mana ummi nak maintainkan berat badan. Sebab selera ummi sangat luar biasa...kita membina badan sama-sama.Iman sayang..semoga iman sihat je dalam rahim ummi.Membesar dengan baik ye...I LOVE U. Semoga ALLAH sentiasa lindungi iman..
Itu sahaja kali ni.. jumpa lagi. Assalammualaikum...
0 comments:
Post a Comment