Bayi dalam kedudukan menyongsang?

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..


Harini pagi-pagi erna dah bangun walaupun hari sabtu. Sebabnya,erna kena buat rawatan setiap selang sehari. So far, ujian air kencing, BP (tekanan darah) dan berat badan erna, ok je. Tiada masalah. Alhamdulillah..cuma masalah yang erna agak risau sekarang ni,bila setiap kali scan, baby iman dalam keadaan menyongsang. Tapi doktor ada cakap, jangan risau..masih awal lagi sekarang ni. InsyaAllah..baby iman akan berpusing ke kedudukan yang betul nanti. 


Semoga Allah akan memudahkan segala urusan erna. AMIN.. Minggu ni,minggu yang perlukan tumpuan dan perhatian yang penuh pada study. sebab nyer,next week erna akan duduki final exam untuk semester ni. Erna yakin, iman faham yang erna bz nak ulangkaji. Cuma,erna sentiasa mencari masa untuk berbual dengan iman. Masa yang wajib erna berbual dengan iman, bangun tido, masa mandi,nak tido,nak makan,lepas makan. Tapi,biasanya erna akan berbual dengan iman tak kira masa. Bila-bila ada kelapangan,erna mesti berbual dengan iman.


Apa yang erna rasa kelakar..masa study,kalau erna terleka,mesti perut erna rapat ke meja study. Mulalah si kecil dalam rahim ni geletek-geletek ummi. heheheh...mungkin iman tak selesa tersepit kat meja study ummi. Sian...iman. Ini adalah pengalaman pertama erna akan duduki exam bersama makhluk ciptaan ALLAH ada dalam rahim erna. Alhamdulillah..nikmat luar biasa yang erna sangat syukuri.


Act,balik dari klinik tadi erna makan dan terus mula study. Alhamdulillah, iman duduk diam je dalam perut ummi. Tidur agaknya. Pukul2 ikut jadual erna, erna nak rehat kejap. Erna cari info tentang baby kedudukan menyongsang dalam rahim ibu. InsyaAllah..semuanya akan ok nanti. Ada beberapa info yang erna jumpa. Antara yang paling menarik..senaman untuk baby menyongsang. 
Meh tengok kat bawah ni...Info pertama:



Sujud macam dalam solat dalam 5minit. Kemudian rebahkan badan kesebelah kanan atau kiri bergantung pada kedudukan badan baby. Baring selama 20-30minit. Kalau badan baby disebelah kanan,rebahkan diri kesebelah kiri dan sebaliknya. Erna blogwalking dan terjumpa info ni..

Info ke-2:
Sehari akan solat 5waktu. Jadi,solat pun salah satu cara nak betulkan kedudukan baby. Sejak perut makin besar,erna rasa tak mampu nak solat berdiri apalagi nak sujud. Tapi,erna kena usaha jugak sujud sehabis mampu. Sujud lama sikit. InsyaAllah..

Info ke-3:
Letakkan pek ais pada bahagian atas perut. Tujuannya,supaya baby rasa tak selesa. Kan rasa sejuk je kalau letak ais tu pada kepala baby dan baby akan mengubah kedudukan serta berpusing ke kedudukan yang betul.

Info ke-4:
Suluhkan touch light pada bahagian bawah pusat atau pada bahagian uri. Jadi baby akan berpusing kearah adanya cahaya.

Info ke-5:
Buat badan seperti dalam keadaan merangkak. Tapi tak perlu merangkak pun. Kekalkan posisi badan dalam keadaan merangkak dalam 5saat.

Info ke-6:
Rajin berbual dengan baby. Minta baby berpusing ke kedudukan yang betul.

Info ke-7: 
Banyakkan berdoa dan mohon pada Allah agar semua urusan dipermudahkan. InsyaAllah...

Apapun,pada erna..asalkan baby dan kita selamat,syukur Alhamdulillah..jika Allah takdirkan kita melahirkan baby secara operation dan bukan normal,kita perlu redha. Doa semoga segalanya baik-baik sahaja. AMIN..

Nota ummi: Semoga anak ummi dan babah sihat selalu..Ummi dan babah tak kisah dan tak nak paksa iman. Apa yang penting pada ummi dan babah,anak ummi dan babah sihat dan selamat dilahirkan. Jika diizinkan Allah, semoga iman akan berubah kedudukan.. Semoga ALLAH memudahkan segala urusan. AMIN

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment