Botol Susu, Stress dan BPA Free

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..


Tajuk di atas memberi petunjuk bahawa erna sedang STRESS... kawan2 erna kat unimap ni semua stress sebab nak present final year project after final exam hujung bulan januari nanti. Erna pun stress jugak. Tapi lebih strees bila mula searching keperluan yang sesuai untuk baby Iman. Aduhai ummi...nak beli barang Iman pun ummi nak stress??? Bila erna bagitahu pada suami, die relax je.. Die cakap, apa2 pun die ok. Tak kisah. Yang penting, Iman dapat yang terbaik. Ikut ummi nak yang mana..jawapan babah tu,lagi laaa buat umi tambah konpius


Berbalik pada tajuk asal..harini erna nak share tentang stress nyer erna pada botol susu. Botol susu pun besar pengaruh pada ummi iman ni..Erna memang berhasrat,berniat,berimpian nak menyusukan iman secara ekslusif dengan susu badan. Bila erna blogwalking, ada macam2 story mory pasal susu ibu ni. Ada yang berjaya susukan. Ada yang share tak bernasib baik sebab susu tak keluar dan lain-lain. Apapun iman anak ku...ummi memang dah set sejak iman belum ada dalam kandungan ummi,ummi memang nak susu kan anak. Bila ummi dapat tau je Iman ada dalam rahim ummi,ummi terus berdoa semoga impian ummi,Allah makbulkan. Bermakna,tiada istilah ummi tiada susu badan. Positif thinking...InsyaAllah.


Ish, melalut dah..ok2. Tujuan erna carik botol susu untuk iman sebab erna akan tinggalkan iman dengan nenek (ibu erna) bila erna ke kelas nanti. Jadi,botol susu salah satu alatan yang penting selain dari pam susu,alat simpan stok susu dan lain-lain. Bila erna bukak je online shop yang jual botol susu, ada macam2 jenama. Yang erna tak pernah dengar selama ni pun ada.. Yela..sebelum ni takde anak. Jadi takdelah sampai fikir ke tahap jenama botol susu kan.. Dan bila nak pilih botol susu, bukan saja-saja pilih dan beli ye.. bukan sebab warna dan bentuk botol tu sahaja. Ada kriteria yang lebih penting kena amik tahu.. Meh erna nak share dengan kawan2 sume..hasil pembacaan erna dalam masa beberapa hari tentang BOTOL SUSU..

BOTOL SUSU BPA FREE??? 


1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.

2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?
BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
    Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
    1. Nombor 7 Pla_7.jpg
    2. Nombor 7 dan PCPla_7PC.jpg
    3. Nombor 7 dan ‘other’ Pla_7ot.jpg

    Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.

    4.        APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?
    BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.

    5.        BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?
    BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
    • Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
      • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi



    6.  APAKAH LANGKAH PROAKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU INI?
    • KKM mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuatkuasa 1 Mac 2012.
    • KKM memberikan tempoh masa satu (1) tahun kepada pihak industri untuk menghabiskan botol susu bayi polikarbonat yang sedia ada di pasaran tempatan.
    • KKM dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Penerangan akan membuat hebahan secara meluas kepada kumpulan sasar serta mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan berkaitan perkara ini.

    BOTOL SUSU ANTI COLIC???
    Selain dari itu..ada jugak botol2 susu yang anti kolik..haaaa...anti kolik? apa pulak tu anti kolik??? meh sini nak share apa itu anti kolik menurut pembacaan erna..


    Biasa mak-mak kita panggil COLIC tu tersedak. Mula erna pun terfikir-fikir,apa itu colic..anti colic..botol anti-colic..rupa-rupanya membawa maksud tersedak tu la.Ini mengikut kefahaman erna ye..hasil dari pembacaan.seeloknya kita beli botol susu yang anti colic untuk baby kita.Sebabnya susu hanya akan mengalir keluar jika bayi sedut puting botol susu dan bukannya susu sentiasa mengalir keluar.jadi,flow susu yang diterima baby juga cantik je..


    Lagi satu yang erna faham melalui pembacaan erna,botol susu anti colic tu juga elok untuk mengelakkan bayi dari kembung perut.ini kerana,tiada angin yang akan disedut bersama oleh baby kita.hanya air susu yang mengalir keluar bila baby sedut puting botol..


    Puting botol susu baby macam mana pulak yang nak beli? aduyaiii...sebab tu ummi stress. sampaikan puting botol susu pun ummi bingung nak pilih.. Baby iman tak lahir lagi ummi dah fikir semua yang terbaik untuk baby iman.. ummi percaya,bukan ummi sorang macam ni. Semua ibu2 kat luar pun sama.kan?


    PUTING BOTOL SUSU..WIDE NECK? STANDARD NECK? 
    SIZE 1, SIZE 2, SIZE 3?

    ok2..info puting botol baby pulak. Jom baca...


    Perkongsian erna mengenai kefahaman puting botol susu ni pulak..kalau Standard Neck ni,puting botol susu yang standard la..kira puting botol susu yang kurus,yang biasa kita tengok. Kalau puting botol susu WIDE NECK pulak..adalah puting botol susu yang clone mum nipple. haaa..macam mana tu? kiranya..puting ni,kalau kita bagi baby kita hisap..baby tak konpius la..mana puting botol susu dan mana mum nipple ^___^
    bukan nak menipu baby..tapi kita tak nak baby kita ni,nak mum nipple je. kalau yang bekerja dan nak ke kelas macam erna ni,terpaksa tinggal baby iman kan..so,puting botol susu yang bersesuaian sangat penting.



    Jenis-jenis puting botol susu yang erna jelaskan di atas. Slim neck = standard. Wide neck yang mimic mum nipple. erna suke wide neck.. tapi tak tau la baby iman suke yang mana..rasa nyer yang wide neck la kan? sebab mimic mum nipple  ^___^
    Yang ni pulak wide neck yang leper di bahagian atas. Kalau standard wide neck, bulat je kat atas. erna tetap prefer yang standard wide neck. rasa nyer kalau yang leper susah nak basuh kot...tah la.tak cuba lagi..

    PILIHAN UMMI UNTUK IMAN???

    Sejujurnya, erna zero info tentang feeding ni. Lagi banyak ilmu nak kena tuntut sebab erna nak menyusukan iman secara ekslusif. Dulu,erna cuma tau botol susu anak ku, pureen, japlo. Yang tu je la kot yang tau.. Tapi alhamdulillah..bila iman ada,erna mula searching ilmu yang lebih lagi. Dapat jugak pahala bila erna tuntut ilmu tentang penyusuan ni. Atleast bolehlah erna berkongsi ilmu dengan sahabat yang lain. InsyaAllah..mana yang termampu.

    Ok, mula..kawan erna kat unimap ni suggest kan erna beli botol susu tommee tippie. Kawan erna ni,kawan sekelas yang anak die dah berusia setahun lebih. Tahun pertama kami masuk,first sem die dah mengandung, excited sangat erna masa tu. Now turn erna pulak. hehehe.. Ok2 brbalik pada botol tommie tippie, comel sangat botol ni.. gemok..bulat je..LIKE! Tapi bila erna mula searching lebih lagi..macam tertarik pada botol MAM. Bila erna blogwalking,ramai jugak yang pakai botol AVENT. Tapi tak tau kenapa erna tak tertarik pada botol AVENT  tu. Harga pulak,semuanya lebih kurang..kalau botol yang kaca,lagi mahal la kan.Hurm,ada gak la botol lain..tapi erna tak nak tambah stress. 

    Erna jugak nak biasakan iman menyusu direct dari breastmilk storage and feeding bootle. Lebih mudah.. dan harga botol ni jauh lebih murah. Setakat ni, erna jumpa brand Jingle Jungle, Moms Precious Breastmilk Storage, Bumble Bee pun ramai yang guna. 




     Botol MAM yang boleh bukak semua bahagian. Mudah nak cuci. tapi..erna tak berapa minat botol ni. tak tau la kenapa.




    Haaaa...yang ni la erna cakap Tommee Tippee gemok,bulat dan comel. Comel tak? walaupun clear je color botol ni, tapi tak tau la kenapa. erna tertarik kat botol gemok ni. rasa cute....sangat. Puting pulak,menepati citarasa erna ^___^

    InsyaAllah..nanti kalau dah beli dan buat pilihan muktamad, erna akan share ye..see u next entry. Assalammualaikum...

    Share this:

    CONVERSATION

    2 comments:

    1. Salam erna, akak aku pakai botol tommy tippee ni..yg kecik tu harga 30++ yg besar 50++..mahal tapi berbaloi..

      ReplyDelete
    2. Waalaikummussalam...
      memang jatuh cinta kat botol tommie tippee ni..rasa nak beli online je la.

      ReplyDelete