SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-3
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,
23 Julai 2011 - 23 Julai 2014
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-3 kepada kami suami isteri.Semoga perkahwinan dengan restu keluarga serta izin Allah ini kekal hingga ke jannah. InsyaAllah..
Fasa dalam perkahwinan adalah mengikut tahun:
FASA PERTAMA - 5 TAHUN YANG PERTAMA
Fasa dalam perkahwinan adalah mengikut tahun:
FASA PERTAMA - 5 TAHUN YANG PERTAMA
5 tahun yang pertama, masa ini adalah masa untuk kita mengenali pasangan masing2. Maklumlah selagi tidak duduk sebumbung, selagi itulah kita x tau perangai luar dalam pasangan kita. Time ni juga akan datang ujian dalam pelbagai bentuk. Nak sesuaikan diri dengan keluarga mertua (kalau adalah kan?), baru nak mula hidup duit x berapa nak ada, bagi yang masih belum punya rezeki anak, kena pekakkan telingan pula bila orang duk asyik bertanya...memang fasa ni sangat banyak dugaan, kena banyak berbincang, toleransi, bergaduh tu memang ada, tidak dinafikan, percayalah. Tipulah kalau kata x pernah gaduhkan...Tapi kalau betul2 x pernah baguslah... Alhamdulillah...
FASA KEDUA - TAHUN KE - 5 HINGGA TAHUN KE-10
Orang kata fasa ini dah stabil dalam peralihan rumahtangga. Kita dah faham perangai pasangan masing2, buruk baiknya, dan tahu macam mana nak atasi semua tu, kalau ada anak pun, anak dah besar sikit, so mudah untuk handle, penerimaan keluarga pun dah mudah sebab dah faham kerenah keluarga masing2. Tak payah lah nak tarik2 muka, masalah tak settle juga, baik dalam proses mengenali tu, cari jalan untuk atasi, lagi baikkan?
FASA KETIGA - TAHUN KE-10 HINGGA TAHUN KE-15
Jarang orang perkatakan tentang fasa ini, tapi ada satu fasa tu ramai yang kata si suami akan jadi 'gatai' sikit...might be ini lebih menjurus di dalam Fasa Perjalanan Hidup kot? Time ni mungkin lebih perhatian diberi kepada anak2 yang meningkat remaja. Orang kata (orang kata lagi) masa remaja jiwa sangat memberontak untuk mencuba sesuatu yang baru. Jadi peringkat ini mungkin kita perlu lebih berhati2 dalam mendidik anak2..
FASA KEEMPAT - TAHUN KE-15 HINGGA TAHUN KE-20
Mungkin masa ini masalah rumahtangga sangat berkurangan dan apabila mencapai tahap ini rumahtangga adalah lebih selamat. Boleh dikatakan SELAMAT dari segi penceraian...tapi kita x tahu jodoh pertemuan di tanga Tuhan. Kita cuba untuk yang terbaik dan untuk seterusnya mungkin segalanya lebih mudah. Pergolakan setiap perjalanan rumahtangga berbeza, ada juga yang di awal perkahwinan mereka tiada apa2 masalah, tapi pada fasa lian mereka kritikal diuji, yang pasti kita tidak terlepas dengan ujianNya...
Wah jauh lagi perjalanan. Pahit manis perit suka duka gembira bahagia hanya yang benar melalui dengan hati yang ikhlas akan terus berjalan terus pertahankan masjid yang dibina.
Semoga sentiasa dalam lindungan Allah.
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
Jika anda ingin menikmati
harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh
mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan
anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas
mendaftar sebagai ahli nanti.
0 comments:
Post a Comment