MAINTAN SUSU BANYAK BULAN PUASA

PETUA SUSU BANYAK BULAN PUASA - Buat ibu yang pertama kali menyusukan anak dalam bulan puasa semestinya risau hasil susu perahan yang akan mereka dapat sepanjang berpuasa ni. Erna juga punya pengalaman menyusukan iman sepanjang bulan puasa tahun lalu. Tahun ini pula, menyusukan iman dan mengandungkan babyT. Jadi, ini juga antara cabaran buat ibu seperti erna.

Alhamdulillah..lebih seminggu kita semua telah berpuasa di bulan Ramadhan. Bagaimana dengan hasil susu perahan anda? Masih sama seperti hari pertama berpuasa atau semakin hari hasil susu perahan dipejabat semakin sedikit? Dengan keadaan cuaca panas kering sekarang ini, tenaga para ibu biasanya berada ditahap kronik. Bila menjelang 2-3petang, tekak mula rasa kering, pam susu di pejabat badan rasa lemah dan letih. Menjelang petang, mata mengantuk. Nak bersiap-siap untuk buka pun tak ada mood sebab tenaga sudah tiada.

Tahukan anda semua mengenai Rukhsah? Ibu berpuasa dibenarkan meninggalkan puasa jika itu akan memudaratkan ibu dan bayi. Tetapi, tak mahukah anda berpuasa dan dalam masa yang sama tetap kekal bertenaga menyusukan bayi anda? Menjalani rutin harian seperti biasa sama seperti anda tidak berpuasa. Itu lebih seronok kan?

Jadi beberapa perkara yang perlu ibu ambil tahu adalah, antaranya;

  • Elak tertekan
Penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stres yang dialami oleh ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, ibu perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa. Jangan tertekan. 

  • Jangan putus asa
Ada ibu yang mula berputus asa apabila melihat kuantiti susu agak berkurangan pada hari pertama berpuasa sehingga menyebabkan mereka mula mengurangkan aktiviti mengepam susu badan. Malah, ada ibu yang berhenti terus daripada mengepam susu. Jika anda mengambil tindakan seperti itu, maka penghasilan susu akan semakin berkurangan kerana kurangnya permintaan. "Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep 'permintaan dan penawaran' adalah amat penting.

Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu.

  • Amalan Bersahur
Seseorang ibu tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.

Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu.

Bagi mengelakkan badan kekurangan air sepanjang bulan puasa, Performance Drink Shaklee adalah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak serta boleh juga diminum seisi keluarga.

  • MAKAN 3 KALI SEHARI. Ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalori sehingga 700 kalori sehari. Biarpun berpuasa, kita perlu makan kita kali sehari iaitu ketika sahur, berbuka dan waktu moreh. Ketika berbuka puasa, pastikan kita makan sedikit tetapi kerap

  • MAKAN MAKANAN SEIMBANG. Sewaktu sahur, berbuka dan semasa moreh, pastikan kita mengambil makanan yang seimbang mengikut saranan Piramid Makanan

  • MAKAN KURMA. Kurma mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada tubuh. Kurma turut kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium, Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah di antara 1.8-2.0% manakala kandungan gulanya pula adalah 50-57%. Kita sangat digalakkan untuk memakan tiga hingaa tujuh biji kurma setiap kali waktu makan terutamanya ketika bersahur

  • MINUM AIR BANYAK. Jumlah air yang perlu kta ambil setiap hari adalah 3 liter sehari atau lebih. Lebih tepat lagi 1liter untuk setiap 25kg berat badan. Oleh itu, kita digalakkan untuk banyakkan minum air kosong bermula dari waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang waktu imsak. Selain air kosong, kita juga boleh ambil  jus buahan segar, minuman panas yang memberi tenaga seperti coklat dan susu segar. Air panas dipercayai dapat membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.


  • KERAP MENYUSU & MENGEPAM. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu akan dihasilkan. Bagi yang bekerja dan berpisah sementara dengan bayi, kita perlu mengepam payudara kerana semakin banyak susu ibu dikeluarkan, semakin banyak sisi ibu dihasilkan. Kebiasaannya, susu ibu lebih banyak di awal pagi iaitu ketika waktu sahur

  • MINDSET. Sentiasa yakin bahawa kita masih boleh meneruskan penyusuan biarpun berpuasa. Jangan sesekali berfikiran bahawa susu ibu berkurangan sehingga tidak cukup untuk keperluan anak. 
 #sumber #sumber

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e9c8064bc8dac39bed69dd1d0158c1cd

KLIK UNTUK BUAT BELIAN TERUS DARI ONLINE SISTEM TERHEBAT SHAKLEE!


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. 
 Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment