39w 2d Punya Cerita - Tanda Nak Bersalin?

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Ketika blog ini diupdate tika dan saat ini, erna cuti bersalin. Tapi, cuti bersalin pun masih bekerja lagi. Jika ikut LMP (Last Month Period) punya EDD, dah tiba masa kelahiran babyT. Jika ikut EDD 1st scan babyT dengan Dr. Raja di Hospital Columbia, 13Julai. Kalau erna checkup di Klinik Kerajaan, sah sah dah di kira overdue sekarang ni. Sebab biasanya check up Klinik Kerajaan akan ikut LMP.

Last check up jumaat lepas, ingatkan Dr.Raja nak cakap tentang induce. Tapi tak ada pun. Syukur..lepas Dr.Raja check, Dr.Raja cakap babyT sihat. Oksigen cukup, berat baby ok, kedudukan baby dalam kandungan ummi ok, air ketuban cukup, semuanya ok. Kepala pun tak dapat nak scan betul sebab baby dah ke bawah sangat. Ummi yang risau babyT tak keluar-keluar lagi ni rasa sangat lega. Tahap menanti dan tak sabar erna tu sampai ada mengundang sakit kepala 2-3hari. Tapi, bila Dr. Raja dah cakap macam tu..erna serahkan semuanya kepada Allah. Bersiap-sedia sahaja menanti saat itu tiba.

Tanda-tanda nak bersalin?

Erna pun tak pasti tanda-tanda tu macam mana. Boleh pulak macam tu kan? haha..macam tak pernah ada pengalaman melahirkan anak pulak. Sebab erna betul-betul rasa, mengandung kalini dan pengalaman mengandungkan abang iman berbeza. Rasanya lebih banyak beza daripada persamaan saat mengandung dua anak ini. 

Hari-hari erna cakap dengan babyT, erna dah tak sabar nak jumpa babyT. Nak peluk, cium, nak menyusukan babyT. Apapun, erna tak nak paksa. Erna mohon kekuatan fizikal dan mental daripada Allah agar erna sentiasa diberi kesihatan yang baik. Sebab erna rasa badan sangat berat sekarang ni. Bengkak kaki memang ketara tak surut-surut. Kemudian rasa ngilu di celahan kaki erna ni. Memang mencabar. Apapun bak kata adik erna, semua ni pahala.. Bersabarlah =) Nikmatilah saat indah kehamilan sebelum nikmati saat indah beranak dua pula. 

Hobi terluang sekarang ni, google dan baca pengalaman blogger lain menanti saat melahirkan baby. Ada juga google natural induce sebab macam tak sabar lah pulak kan nak tunggu babyT ni keluar. Teknik Hypnobirthing. Fungsi penggunaan gym ball masa sakit contraction mula menyerang. Semua ni, tak tau lah boleh ingat ke tak bila tiba masa nak melahirkan nanti. Biasanya semua lupa..sebab sibuk melayan sakit contraction. Apapun, kita fokus kepada apa yang kita nak.. Semoga fokus erna nanti, tetap terfokus..ingin menikmati saat indah melahirkan babyT. Amin

  • Setiap sejam tidur malam akan terjaga untuk pergi toilet. Kencing. Kalau abang iman sedar ummi bangun, dia pun samalah sibuk nak ikut ummi ke toilet.

  • Abang iman jadi sangat manja luar biasa dengan ummi. Semua pun nak ummi. Kalau dulu, nak ikut atok nenek atau mummy ke mana-mana..terus je pergi bye bye ummi. Sekarang, abang iman akan nangis untuk tunggu ummi siap dan akan pastikan ummi ikut juga abang iman keluar dengan atok nenek atau sesiapalah yang nak bawa dia keluar. Pendek kata, semua nak ummi.

  • Pelvic pain. Iaitu sakit di bahagian ari-ari yang agak teruk lah pada pendapat erna. Erna kan masih menyusukan iman. Kalau iman tidur malam, memang nak ada nenen. Erna prefer menyusukan iman dengan cara duduk daripada baring mengiring. Sebab bila erna mengiring, erna akan rasa ketulan yang sangat besar ikut sama mengiring dikawasan ari-ari erna ni. Sakit wooo.

  •  Jalan ala-ala orang dah bersalin. Perlahan-lahan je jalan. Sopan santun. hahaha..Praktis lah! praktis jalan sopan dalam pantang nanti. Bagi erna, ini adalah perkara biasa. Sebab baby dah sangat-sangat kebawah dah ni. Nasiblah erna makan Ostematrix Shaklee setiap malam. Rasanya bangun pagi masih ok walaupun tetap kena perlahan-lahan nak bangun. Pernah tak juga terlupa makan Ostematrix sebelum tidur, esok tu..rasa nak tercabut pinggang erna ni.

  • Leher erna kadang-kadang tu ruam. Tiba-tiba je. Suhu badan kerap panas lah berbanding sejuk. Kipas memang hadap erna je.

Bersabar..nikmati saat ini dengan penuh kesabaran. Orang lain sibuk nak hamil..janganlah erna tergolong dalam orang yang tidak bersyukur.

Ini supplement yang erna amalkan sepanjang mengandungkan babyT. Berminat? Boleh KLIK GAMBAR untuk dapatkan INFO LANJUT

http://ummierna.blogspot.com/2014/02/set-kehamilan-shaklee-nutrisi-lengkap.html














https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=94f79e7c90b87514a07c47bdc5498262 

 Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. 
 Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , , , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment