Kisah Urut Bersalin Berpantang Kali Kedua
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,
Berurut lepas bersalin tu sinonimkan dengan kita semua. Bukan melayu kita ni je yang ada amalan mengurut, bangsa cina pun ada juga yang berurut. Untuk tempoh berpantang kalini, sudah tentu erna berpantang dengan Set Bersalin Shaklee Premium. Memang Terbaiklah dari hari pertama melahirkan taqwa sampailah ke harini. Memang erna tak skip makan vitamin SET BERPANTANG SHAKLEE.Ada Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Alfalfa, ESP, Lecithin.
Entry ni nak share pengalaman erna berurut sepanjang berpantang melahirkan anak kedua. Sebenarnya, erna memang dah booking seorang kakak ni. Dekat je dengan rumah erna. Tak lah jauh mana. Tapi, last minit, dalam sebulan sebelum erna melahirkan Taqwa, kakak bidan urut ni pm erna cakap dia ke Dubai tak dapat urutkan erna masa berpantang. Redha~
Erna memang buat-buat selamat je tak cari pun orang urut. Yakin akan ada orang urut nanti. Sebab banyak lagi benda lain yang erna fikirkan. hehe..Sampailah tiba hari ke-3 melahirkan Taqwa, sue Sentuhan Qaseh Andaman kawan erna ni, bagi erna no hp Kak Mie. Katanya kak mie boleh urut orang lepas bersalin. Erna pun terus pm kak mie. Tak lengah-lengah lagi. Deal, dan kak mie setuju datang. Atas sebab tertentu, kak mie datang hari ke-5. Sesi mengurut pun bermula. Erna minta kak mie urutkan erna selama 3hari berturut-turut. Kira berurut hari ke 5, 6, 7.
Ada pakej juga yang kak mie sediakan. Nanti boleh discus sendiri pakej apa yang awak semua nak ok. Erna ambil pakej yang erna rasa complete juga lah. Sebab, kak mie sediakan...
Air Mandi Ibu
Urut Seluruh Badan Ibu (guna olive oil tau! best sangat)
Tungku (guna batu ada daun2. sedappp)
Sapukan krim panas
Bengkung Ibu
Mandikan Baby
Tungku Baby (ini tak buat sebab tak tanggal tali pusat lagi)
Best kan pakej diatas ni?
Memang best sangat. Sebab masa melahirkan iman dulu, kan erna berpantang di Hotel kat Alor Setar sebab iman masuk NICU. Sekadar berurut je dan tiada tungku dll. Kalini memang rasa 100% lain bila berurut. Rasa patah-patah badan erna. Tapi jangan risau..kalau rasa sakit, bagitau je kak mie dan kak mie memang akan sentiasa tanya...ok ke? sakit ke? kuat ke? rasa tak? nak kuat lagi ke? so, berterus teranglah masa tu untuk badan sendiri kan.
Owh, sebelum kak mie datang urut erna..erna rasa rengat sikit-sikit. Act dari hari pertama perut macam tak selesa sangat. Tapi taklah teruk macam kawan-kawan lain cerita. Petang lepas kak mie urut tu, erna rasa seketul benda besar keluar dari kemaluan. Tengok-tengok, ketulan darah yang besarrr. Kak mie cakap tu darah bantal. Alhamdulillah...lega sangat.
Lagi, selepas Taqwa balik ke rumah..Taqwa tak membuang tau. Tak beyak. Babah paling cuak. Ummi google-google katanya kalau setakat 10hari baby baru lahir tak membuang normal. Dengan syarat, baby tu minum macam biasa. Tak ada masalah kembung perut. Tak nangis. Tak muntah. Tidur lena macam biasa. Semuanya taqwa past. So ummi taklah susah hati. Hari pertama, kak mie usik-usik perut Taqwa. Urut manja barangkali, terus taqwa berak. 2x taqwa berak. Subhannallah....gembira ummi. Syukur Ya Allah.
Jadi, untuk anda yang mencari-cari tukang urut...boleh hubungi kak mie bidan urut erna ni. Nanti erna ada urut penutup pantang pula.
Kak Mie 012-6648634
Kak mie juga boleh urut keguguran, naikkan peranakan, urutan kesuburan dan lain-lain lagi. Boleh hubungi kak mie sendiri ye untuk info lebih lanjut.
Lokasi kak mie boleh datang sekitar Puchong, Ampang, Mont Kiara, lokasi pun boleh bincang sendiri dengan kak mie.
Baru 11hari berpantang ni. Wow...panjang lagi masa kita nak berpantang ni. Suami asek cakap kita dah slim. Malu tau kite suami ~ hahahaha
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala
testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk
merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang
mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan
terlebih dahulu.
Jadi, untuk anda yang mencari-cari tukang urut...boleh hubungi kak mie bidan urut erna ni. Nanti erna ada urut penutup pantang pula.
Kak Mie 012-6648634
Kak mie juga boleh urut keguguran, naikkan peranakan, urutan kesuburan dan lain-lain lagi. Boleh hubungi kak mie sendiri ye untuk info lebih lanjut.
Lokasi kak mie boleh datang sekitar Puchong, Ampang, Mont Kiara, lokasi pun boleh bincang sendiri dengan kak mie.
Baru 11hari berpantang ni. Wow...panjang lagi masa kita nak berpantang ni. Suami asek cakap kita dah slim. Malu tau kite suami ~ hahahaha
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
Jika anda ingin menikmati
harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh
mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan
anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas
mendaftar sebagai ahli nanti.
0 comments:
Post a Comment