Selamat Menyambut Ramadhan 2014M / 1435H
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,
Banyaknya entry tertangguh. 'Hutang entry' bak kata kebanyakkan blogger. InsyaAllah akan erna bayar 1 per 1 hutang untuk update macam-macam story dalam blog kesayangan erna ni. Bakal jadi kenangan masa depan. Rugi kalau tak abadikan kenangan dalam blog ini. Sebab sekarang ni, selalu juga erna throwback entry 2011 2012 yang lepas. Seronok. Macam-macam ada. Sedih ada, gembira ada, pahit, manis. Kenangan hari tua..
Alhamdulillah..selesai dah berpuasa hari kedua. Masuk hari ketiga berpuasa dah ni. Untuk kali kedua erna diberi peluang oleh Allah untuk menyambut Ramadhan bersama bayi dalam kandungan. Tahun pertama kahwin, erna mengandungkan iman pun dalam bulan Ramadhan. Bezanya..masa tu betul-betul diawal kehamilan. Kalini, erna menyambut Ramadha dihujung-hujung kehamilan yang mana hanya menunggu masa dan ketika untuk melahirkan cinta hati kedua kami suami isteri. Betul-betul tak sabar ni..!
Alhamdulillah..setakat ini, tiada masalah pun untuk erna berpuasa. Bukan sahaja berpuasa, menyusukan iman juga dalam masa yang sama. Tapi, iman sekarang memang dalam proses nak wean off agaknya. Dalam proses bercerai susu badan dengan erna. Tapi, bukanlah paksaan daripada sesiapa. Biar ianya semulajadi antara kami berdua. Bukan mudah untuk wean off. Dua-dua pihak perlu bersedia. Iman menyusu bila nak tidur atau bila merajuk dan dia boring tak tau nak buat apa. Contoh dalam kereta. Mulalah dia merengek cakap nak nenen ummi.
Sah-sah memang erna tak akan dapat berpuasa full Ramadhan tahun ini kerana menunggu masa je akan melahirkan babyT. Semoga dipermudahkan semuanya untuk erna dan babyT. Seronok betul menyambut raya dengan ahli keluarga baru tahun ini. Mohon sahabat dan kenalan doakan yang baik-baik.. Terima kasih =)
Selamat Berpuasa |
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
Jika anda ingin menikmati
harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh
mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan
anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas
mendaftar sebagai ahli nanti.
0 comments:
Post a Comment