Tips Atasi Cabaran Malas Memerah Susu

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang, 

Tips yang ingin erna kongsikan ini adalah berdasarkan apa yang erna aplikasi sepanjang perjalanan erna menyusukan iman selama 2tahun 6bulan dan kini perjalanan penyusuan itu diteruskan lagi dengan baby Taqwa Ammara. 

Alhamdulillah rezeki dari Allah, susu untuk Taqwa sentiasa ada dan adakala ianya sampai melimpah ruah. Syukur..rezeki untuk anak-anak. Iman pula, pada usia sebegini masih lagi minum susu ummi. Iman bukanlah addicted sangat macam baby. Tetapi dari pandangan erna, ia lebih kepada..apa yang adik buat, mesti abag pun nak jugak. Contoh, bila Taqwa minum susu dalam botol, iman pun terus minta Meal Shakes. Sebab hanya minum Meal Shakes sahaja erna akan bancuhkan dalam botol. Bila Taqwa hisap nenen, laju-laju iman nak nenen. Bila nampak Taqwa mandi dalam mangkuk, iman pun minta mandi dalam mangkuk. Jadi, kesimpulan yang erna boleh buat setakat ini adalah..iman bukan nak hisap nenen 100% dan nenen bukanlah sumber makan utama iman. Tak sama macam Taqwa yang memang minum susu nenen 24jam.

Berbalik pada tajuk diatas, erna akui ibu yang bekerjaya akan hadapi cabaran yang lebih hebat dalam perjalanan penyusuan jika dibandingkan dengan suri rumah sepenuh masa seperti erna. Namun, untuk ibu yang bekerja dari rumah macam erna ni, atau lebih dikenali sebagai WAHM, perjalanan penyusuan juga sedikit mencabar kerana dalam sesetengah keadaan, erna sendiri terpaksa meninggalkan Taqwa dalam 3-5jam. Itupun dah rasa alahaiiii siksanya. Lama betul rasa. Kadang tu, sekadar keluar cod barang kepada customer. Rindu baby girl ummi tu :) 

Jom baca Tips Atasi Cabaran Malas Memerah Susu;

1) Kenal pasti niat utama

Bila kita teringat niat asal dan niat utama sejak anak dalam kandungan lagi, menyusukan anak itu adalah kerana nak memenuhi syariat dalam islam. Bukan sebab sayangkan anak semata-mata ye. Ibu yang beri anak susu formula juga sayangkan anak.

2) Target menyusukan anak sampai usia berapa

Catat dalam buku, kalender atau hp yang target anda nak susu kan bayi anda selama 2tahun. So, target boleh diletakkan 6bulan, 12bulan, 18bulan, 24bulan.

3)  Demand vs Supply

Demand vs Supply ni adalah, bila demand atau permintaan susu ibu tu tinggi, maka kita pun kenalah supply susu mengikut demand. Bila baby kerap menyusu secara direct/terus ataupun kita kerap mengepam, breast akan cepat kosong. Semakin kerap breast kita kosong, semakin banyak susu yang akan terhasil. Nak susu banyak? Kenalah kerap kerap pam..supaya breast selalu kosong dan susu baru terhasil.

4) Memikirkan anak comel kita

Sentiasa fikirkan anak comel kita. Itu anak kita kan? Selagi mampu kita perlu ada rasa nak usaha sungguh-sungguh susukan anak kita dengan susu yang terhasil daripada badan kita sendiri. Anak kita kan? so, susu kan lah anak itu..

5) Risiko tidak memerah susu

Jika kita tak perah susu, boleh jadi akan kena bengkak susu. Bengkak susu ni, sakit sangat. Sampai demam. Bengkak susu juga boleh menyebabkan kelenjar tersumbat. Jika dibiarkan terlalu lama dan terlewat, ia akan menjadi bahaya dimana ketulan itu boleh menanah dan kita terpaksa di operation. Takutnyaaaa....Baik rajin perah susu daripada biar kelenjar tersumbat.

6) Ibu cantik selalu

Kerap pam susu boleh mencantikkan badan ibu. Ibu cepat je kurus, maintain kurus dan kempiskan perut ibu (its work to me)

7) Jangan bazir duit

Kita dah berhabis banyak duit beli pelbagai kelengkapan menyusukan anak. Tiba masa, kita culas masa mengepam pula. Tak gunakan pam serta kelengkapan yang lain dengan betul. Membazir betul. Dah la tak mengepam. Kalau anak minum susu formula, kena keluarkan duit lain lagi. Bazir kan? baik pam susu...

8) Kasih sayang cinta

Bila malas, fikirkan yang kita sanggup buat apa sahaja untuk anak kita. Bila kita sanggup korban masa rehat, korban masa tidur, semata-mata berusaha nak bekalkan susu terbaik kepada anak. Jadi perlulah sentiasa usaha mengepam susu untuk supply susu kepada anak. 

9) Ganti Rasa Penat

Erna akui alasan paling femes diberikan oleh para ibu adalah penat bekerja siang hari. Jadi, bila malam ibu-ibu malas bangun mengepam. Boleh keluarkan sedikit wang untuk beli supplement. Boleh makan Set Penyusuan Shaklee sebagai penambah tenaga kepada para ibu. Bila ibu bertenaga, badan cergas, ibu pun akan gembira tiada gangguan emosi.

Buat semua ibu, rasailah sendiri pengalaman menyusukan si kecil. Sukar untuk erna gambarkan betapa seronoknya melihat anak yang dikandungkan dan dilahirkan menyusu terus dari nenen sambil berborak-borak dan mengucapkan kata nasihat kepadanya.  Dengan Rahmat ALLAH dan niat suci kita yang diiringi dengan usaha, pasti membuahkan hasil.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. 
 Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment