Terbaru: Perihal Taqwa Ammara

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Rasanya dah lama sangat erna tak update tentang Taqwa Ammara di blog kesayangan erna ni.Usia taqwa pun dah 2bulan lebih. Harap jangan lah taqwa kecik hati bila dah pandai membaca nanti. Yelah..masa abang iman kecik, ummi selalu sharing tentang abang iman. Taqwa kurang..sangat. Ketahuilah wahai anak perempuan kesayangan ummi, ummi bukan tak nak share tentang taqwa. Tapi, kekangan masa buat ummi tertangguh-tangguh niat nak sharing dalam blog ni.

Terkini, usia Taqwa Ammara kesayangan ummi 79hari. Berat terkini taqwa 5.6kg. Graf tumbesaran taqwa normal dan alhamdulillah taqwa membesar sihat. Dah pandai beri respond bila orang ajak dia bersembang. Seronok sangat taqwa kalau ada yang ajak dia menyembang. Bukan main terjelir lidah dan air liur semua keluar. comel!

Perbezaan antara abang iman dan taqwa yang paling ketara sejak lahir adalah warna kulit. Hurm, abang iman lahir dulu bukanlah putih melepak pun. Tapi lebih cerah dan tona warna tu semakin berubah bila semakin membesar.

Taqwa pula dari lahir, tona kulitnya lebih gelap 'tint' gitu bak kata orang putih. Semakin membesar, kulit muka taqwa nampak berubah cerah tapi bukanlah secerah abang iman. Mungkin ikut tona kulit babah barangkali. Sebab ummi dan abang iman nampak lebih cerah. Tapi, atok iman marah betul kalau erna ulang cakap tentang warna kulit. Pesan ayah, yang penting anak membesar sihat. 

Lain, taqwa ada rambut kerinting yang erna tak sabar-sabar nak tunggu panjang. Memang lain. Dari baka keluarga ummi tak ada yang rambut kerinting. Tapi, taqwa ikut baka side babah dia ni. Memang kerinting penuh sekepala taqwa ammara. Kuat baka babah anak ummi yang satu ni. Kak shina cakap, mesti tambah comel bila rambut kerinting taqwa tu semakin memanjang dan nanti boleh la ummi ikat kembang-kembang. Lagi sekali nak puji anak sendiri..owh tersangat comel anak ummi nanti.

Dari segi penjagaan, sejujurnya mudah jaga taqwa berbanding abang iman dulu. Masa dalam pantang pun taqwa dah pandai tidur malam. Sampai sekarang pun taqwa tidur ok je waktu malam. Cuma, ada juga sesekali taqwa tidur lewat dalam kul4pg. Itupun kalau taqwa dah lena . Iman dulu sampai ke subuh tak tidur. Memang jenis tak tidur malam abang iman dulu. 

Taqwa dah boleh ngiring. Cuma masih belum meniarap. Letak atas tilam, kepala memang tak boleh atas bantal. Habis dia gerak sana sina terkeluar dari tilam pun ada juga. Taqwa ni nampak gaya, atok nenek dan acshu sayang bukan main. Manja nampaknya. Semua pun sayang taqwa juga. 

Kulit taqwa halus mulus dan tak ada masalah eczema so far. Alhamdulillah. Cuma disebabkan bam bam, leher mudah merah. Kalau ibu jaga taqwa, memang susah sikit nak naik merah tu. Tapi kalau ummi jaga, sehari pun dah boleh naik merah. Apa la ummi ni kan..Taqwa syok duduk rumah nenek dan atok sebab ada air cond lebih 12jam disana. Selesa. Dingin je. Kat rumah, selalu abang iman nak gusti taqwa. Abang kecik lagi. Belum pandia bergaul lembut dengan adik.

Ewah..macam dah panjang je ummi tulis. Susu pun dah penuh botol. Sambil pam susu, sambil ummi menaip entry ini. 

Taqwa sayang...walau macam mana pun rupa taqwa, taqwa paling comel dimata kami semua. Walau taqwa belum nampak 100% rupa ummi atau babah, atau sesiapa dalam ahli keluarga kita. Tapi semakin besar..rupa tu akan semakin ketara. Mulut anak-anak ummi, memang copy paste mulut coomel ummi ni. hehehe. 

Abang iman dan taqwa dua dua kesayangan ummi. 

Sayang sampai syurga anak ku...

 1st day Taqwa Ammara. Pic ni aunty nanad yang snap

Tidur memang dah kemana-mana bantal 

Pandai senyum anak ummi
 
Gown / baju paling mahal yang ummi pernah belikan untuk taqwa. 

 Alhamdulillah...rezeki untuk Taqwa.
Semoga dapat teruskan sehingga 2tahun. Amin Ya Allah

Nak beli Set Penyusuan Shaklee? pm erna ye..


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment