Tips Bisnes Online Dari Rumah Untuk Suri Rumah
Hi. Anda baru nak mulakan bisnes online dari rumah? Anda mencari Tips Bisnes Online Dari Rumah? Insya-Allah anda akan dapat jawapan yang dicari selepas habis baca entry erna kali ini.
Tips menguruskan anak disamping bisness Online 😊
Berniaga secara online dari rumah memang menyeronokkan. Namun, menjalankan perniagaan online juga ada cabarannya yang tersendiri.
Lebih mencabar lagi jika anda bekerja disamping anak-anak kecil di rumah. Bagaimana nak urus anak sambil berniaga online? Boleh ke?
Kita sering mendengar pelbagai rungutan dari para ibu tentang betapa mereka tidak boleh fokus pada perniagaan online ini kerana anak-anak. Ada yang mengatakan apabila ingin membuka laptop, anak akan mula mendekati, anak-anak akan mengawal handphone, anak-anak menangis meragam dan pelbagai karenah lagi.
Ketahui lah, anda tidak berseorangan di dalam perkara ini. Erna faham sangat perasaan anda kerana erna juga pernah melalui situasi yang sama. Erna juga pernah bekerja dari rumah disamping membesarkan anak-anak kecil erna.
Namun, itu bukan alasan untuk kita tidak boleh berjaya. Betul tak? Jika anda berasa buntu tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini, erna nak kongsikan dengan anda semua pembaca blog erna beberapa tips yang erna baca daripada blog puan farah. Bagaimana anda boleh uruskan anak-anak di rumah di samping anda juga boleh fokus pada perniagaan sendiri. Ada juga beberapa tips yang dikongsikan oleh beliau, erna lakukan kepada diri sendiri dan juga anak-anak erna. InsyaAllah berkesan.
1. Apabila gadget kita menjadi hak milik anak2, bagaimana mahu mengatasinya? Firstly, anggap gadget kita itu sama seperti barangan peribadi kita, Jangan biasakan anak2 bermain dengan gadget kita sama seperti kita melarang mereka bermain barangan masak, kereta, barangan dapur..
2. Peruntukan masa untuk anak2 ( masa yang sangat berkualiti ) luangkan masa 30minit,1 jam, 2 jam.. peruntukan masa ini hanya kita dengan anakk-anak.. No gadget , No laptop.. Masa sepenuhnya untuk bersama anak2.. Sangat bernasib baik jika anda meyusu kan anak secara breastfeed kerana anda dapat mencuri masa bermanja dengan anak2 anda.
3. Galakan anak2 untuk bermain dengan mainan disekeliling mereka, jika tidak punya banyak mainan di rumah cukupla sekadar beri mereka bermain dgn majalah lama, ia membantu moto skill anak2 kita dengan bermain majalah lama.. Galakkan anak2 mengoyak, mengunting , menampal majalah2 itu.
4. Bawa anak2 berjalan, tidak kira dekat atau jauh, reward diri mereka untuk berjalan.. Bila kita bawa mereka berjalan, mereka akan happy. "Kalau mama bisness , mama boleh bawak kite jalan2." Kita juga boleh rehatkan diri sementara waktu dari uruskan bisness online kita.
5. Ingat kembali niat kita, mengapa kita buat bisnes online dari rumah ini. Dalam masa yang sama ingat kembali peranan kita sebagai ibu. Kita akan rasa lebih mudah dan berdamai dengan takdir.
6. Kenalpasti pola masa anak-anak terutama masa produktif mereka. Semasa mereka tengah aktif, beri perhatian penuh kepada mereka. Lupakan sebentar urusan kerja. Ambil peluang masa kecil mereka untuk bersama dengan anak-anak. Ini kerana apabila mereka sudah besar, tidak mungkin kita dapat menggantikan semula kenangan bersama mereka semasa mereka masih kecil.
7. Buat To-Do-List atau jadual kerja harian termasuklah urusan rumahtangga. Ini sangat penting tau!
8. Belajar untuk korbankan masa rehat. Gunakan sepenuhnya masa pagi yang kita ada untuk bekerja sebelum anak-anak bangun. Urus bisnes, check stok atau reply customer. Setelah mereka bangun, uruskan mereka untuk mandi, makan dan sebagainya. Sambung semula kerja kita apabila anak telah ada aktiviti sendiri atau apabila mereka tidur siang.
9. Wujudkan ruangan khas untuk anak-anak bermain dengan dekorasi yang menarik. Ia akan buat mereka leka.
10. Tukar hari cuti ke hari isnin. Jadikan Sabtu dan Ahad sebagai waktu bekerja. Minta bantuan suami untuk menjaga anak-anak sebentar sementara anda bekerja.
11. Jadi kreatif. Setiap mak adalah hebat. Naluri seorang mak tahu apa yang sesuai dan apa yang tidak untuk anak tersayang.
12. Akhir sekali, dan yang paling penting.. Jangan sesekali anggap anak2 sebagai halangan atau alasan anda tidak boleh uruskan bisness.. Mereka adalah anugerah yg Allah berikan kepada kita malah jadikan anak2 kita sebagai galakan, semangat dan dorangan untuk kita berjaya dalam bisness..
Kata orang tua. Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih. Jika impian kita setinggi gunung, halangan di depan kita akan nampak sebesar kuman je.
InsyaAllah.. Apa yang penting, anda perlu mencari formula untuk menguruskan anak-anak bagi mengelak dari diganggu anak-anak.
Doa erna, anda yang baca entry erna ni, akan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan. Boleh juga baca tips Bisnes Online Dari Rumah di blog kenalan erna
Anda nak dapatkan vitamin Shaklee? Berminat nak tambah pendapatan?
Boleh hubungi erna dapatkan vitamin shaklee beserta konsultasi terbaik. Erna berpengalaman membantu ramai orang mendapatkan vitamin shaklee terbaik dan sesuai untuk keperluan mereka.
0 comments:
Post a Comment