TIPS TRAVEL BERSAMA BABY NAIK KAPAL TERBANG

Jika anda pertama kali travel jauh bawa baby naik kereta, tak risau sangat. Tetapi bila terpaksa ataupun memilih untuk travel jauh bawa baby naik kapal terbang, ini agak merisaukan. Iyalah kalau naik kereta, kita boleh stop dimana-mana hentian rehat ataupun singgah mana-mana kedai jika keadaan memerlukan. Tapi kalau travel naik kapal terbang, macam mana nak berhenti atas awan? Kan? 😂

Kalau pun mak dah biasa naik kapal terbang, tapi 1st time bawak baby naik kapal terbang..memang macam-macam persoalan yang akan timbul sebelum bawa baby.

Baby Iman ummi puas naik kapal terbang masa baby2 😘 my first experience. 

Jika anda mencari TIPS TRAVEL naik kapal terbang bawa baby, alhamdulillah ada jumpa post yang betul. Boleh teruskan pembacaan ya.. 

Erna nak kongsikan beberapa tips untuk anda, sebelum bawa baby naik kapal terbang. Ini berdasarkan pengalaman erna sendiri yang pernah bawa baby kecil erna ketika itu berusia 2 bulan. 
  • Gunakan backpack (beg sandang belakang) untuk hand luggage kerana dengannya tangan anda bebas dan mudah untuk melakukan banyak keperluan lain dalam perjalanan. (erna bawak backpack untuk isi perkakas baby. Dalam backpack letak pampers, bedak, etc..)
  • Pastikan backpack anda mengandungi:
1. beberapa keping lampin pakai buang. (Erna bawak 7keping. Sebab banyak tu yang muat untuk sumbat kat compartment bawah beg)
2. Tisu basah (Bawak yang mini packed.) 
3. Dua persalinan baju. (Erna bawak lebih sikit. Barut dan stokin pun bawak juga buat spare. Ini tak masuk bagpack pun tak apa. Sebab ada space erna bawa.)
4. Botol susu (jgn bawa air panas dalam thermos / air kosong dlm botol. Naik kapal terbang tak boleh bawa air/ cecair. Jangan risau, boleh minta dari cabin crew bila dh terbang nanti). (Erna bawa susu yang dah perah dari rumah. Susu bertahan 4jam. Perjalanan erna dengan baby erna tak sampai 1jam. Alhamdulillah cukup untuk baby.) 
5. Bagi bayi yang minum susu formula, gunakan bekas susu yang mempunyai beberapa ruang untuk mengisi susu yang telah siap disukat untuk sekali bancuhan. Jangan pula bawa tin dlm backpack, tak praktikal. Tin susu boleh disimpan dlm beg besar.
6. Bagi bayi yang sudah mula makan, elok dibawa makanan di dalam botol kecil – banyak dijual di pasaran (sesetengah kapal terbang ada menyediakan makanan bayi, anda perlu membuat tempahan awal untuk ini).
7. Permainan yang praktikal untuk dibawa. Bayi pastinya bosan duduk lama2 dalam kapal terbang. Permainan percuma di dalam pesawat ada juga (jika ada stok). Tetapi kadang2 ianya tidak sesuai untuk usia anak anda. Jadi bawa mainan sendiri lebih mudah. 
8. ‘Bantal busuk’ atau selimut kegemaran sekiranya ada. (Erna memang ada sumbat bantal kecik baby erma dalam backpack)
9. Beg plastik kosong. Boleh digunakan dikala kecemasan eg. nak buang lampin yg dipaliti ‘kuih’ yg tak tertahan dek idung, isi baju basah / kotor. Pengalaman erna, Alhamdulillah sebelum naik kapal,baby dah siap poo poo.Legaaa...hehe
10. Sehelai baju si ibu. Menjaga bayi kadang kala memang comot. Dengan makanan yg tertumpah la, kebocoran lampin la… maka elok ambil langkah ini.
• Pastikan anda menempah awal bassinet untuk meletak bayi ketika di dalam kapal terbang nanti. Maklumkan ini kepada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Jika tidak , anda harus memegang bayi anda di atas riba sepanjang perjalanan. Penat tu…

•  Bila kapal dah mula nak terbang, erna bagi baby erna minum susu dalam botol yang erna dah siap-siap perah. Sepanjang berada di awangan pula, erna bagi baby hisap puting dan sebelum kapal terbang mendarat on da way turun, erna ada bagi baby puting sebab masa tu, baby erna sedang syok tidur. Plan asal nak bagi susu lagi. Sebab hampir nak 1jam dari tempoh sebelumnya minum susu. Tapi, baby erna lena tidur. Lagi sekali alhamdulillah syukur mudah urusan. 

Apa yang best tentang MAS mengikut pengalaman erna, tak perlu beli kilo ataupun muatan yang nak dbawa..harga tiket termasuk 20kilo muatan untuk dewasa dan 10kilo untuk baby macam baby erna pada masa itu. Kiranya total barang kami yang boleh masuk kargo MAS. 30kilo. Iman 10kilo, ummi 20kg. Kalau naik Air Asia, harga tiket tidak termasuk harga muatan yang boleh dibawa..MAS best! **okay yang ini perlu semak dan rujuk syarikat penerbangan masing-masing ya**

Penerbangan jarak jauh atau jarak dekat anda tetap boleh gunakan tips travel yang erna kongsikan di atas. Oh ya. Erna nak kongsikan juga bagaimana erna kekal bertenaga terutamanya jika travel jauh dan perlu memandu mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi.

Performance Drink Shaklee. 

Haaa inilah yang erna pastikan ada bersama jika erna perlu travel jauh. Memandu kereta ataupun naik pengangkutan awam, ataupun untuk aktiviti seharian. Ia adalah sejenis minuman pemberi tenaga. Ala ala 100 P_ _ S. Tapi ia lebih special ya... 

Kenapa Performance Drink lain daripada minuman tenaga yang lain?

☛ Kandungan gula yang terdapat dalam Performance Drink kurang berbanding minuman lain
☛ Mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah dan membolehkan ia mudah diserap untuk mengekalkan paras gula dalam darah
☛ Membantu mengurangkan penyah-hidratan (kurang air, kehausan) kerana Performance Drink dilengkapi dengan kandungan natrium yang membantu mempercepatkan penyerapan air ke dalam tubuh
☛ Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium, dan chloride yang membantu membekalkan tenaga dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh
☛ Performance Drink dapat membantu memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, serta meningkatkan daya ketahanan otot
☛ Mempunyai lebih 67 % otot glikogen (sumber tenaga)

Siapa yang sesuai untuk mengamalkan pengambilan Performance Drink?

✔ Anda yang aktif bersukan
✔ Anda yang ingin berpuasa (atau diamalkan semasa bulan puasa) – diambil sewaktu sahur dan berbuka puasa
✔ Mereka yang menghidap penyakit gout
✔ Mereka yang kurang pengambilan air
✔ Ibu yang menyusukan anak (breastfeed)
✔ Anda yang kerap berasa sakit kepala
✔ Mereka yang gemar minum minuman berkarbonat
✔ Mereka yang ingin melakukan pembedahan
✔ Mereka yang sering tidur lewat malam
✔ Mereka yang sering keletihan

Performance Drink Shaklee juga antara Tips Travel anda perlu sediakan agar pengembaraan, percutian anda menjadi lebih lancar. Iyalah kalau kita travel tapi badan letih lesu. Tak seronok kan? Kepada anda yang travel jauh mahupun dekat, erna doakan dipermudahkan urusan anda dan selamat sepanjang masa. Aamiin. 

Terima kasih baca entry ini sampai habis. Erna hargai. Insya-Allah jumpa lagi next entry 🙂

#shakleepuchong
#performancedrinkshaklee

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment