Iman 8bulan
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Harini usia iman dah 8bulan 5hari. Bukan lupa tapi tertangguh-tangguh nak update tentang kesayangan kami suami isteri. Dalam minggu ni juga semangat serta mood kerja erna turun sangat mendadak. Tapi, orang sekeliling tak sokong kalau erna berhenti kerja. Lagipun baru kerja dalam 3-4bulan. Setiap hari rasa tak cukup masa nak bersama iman. Setiap hari sampai rumah dah senja. Main-main sikit je dengan iman, iman tidur. Kalau iman tak tidur pun, ummi yang akan rasa keletihan yang melampau sampaikan rasa tak cukup masa nak tidur dan main dengan iman. Sedihnya...
Semalam iman tak tidur lena. Sebelum tidur, erna dah tukarkan pampers, tukar baju, sapu minyak telon kat perut iman sebab nak beri keselesaan pada iman. Tapi setiap sejam iman terjaga dari tidur. Sampai erna buntu dan tak tahu nak buat apa. Kami suami isteri bergilir dukung iman. Bergilir pujuk iman supaya jangan menangis. Rasa sedih bila iman tak dapat tidur lena. Tak tahu apa yang tak kena. Sampai menitik air mata erna bila iman nangis bersungguh-sungguh. Erna pulak rasa pening kepala sebab mengantuk. Awal pagi nak kena bangun bersiap pergi kerja pula.
Alhamdulillah..iman sihat membesar hingga umur 8bbulan ni. Iman dah tak duduk diam. Pantang terlepas pandang sikit, iman dah laju ke dapur..iman dah laju nak masuk bilik. Setakat ni, erna tak nampak lagi ciri-ciri iman nak merangkak. Tapi naluri kuat mengatakan iman nak pegang-pegang dan berdiri. Angkat muntut tu ada la jugak..tapi, tak ada pulak ciri-ciri nak merangkak. Tak kisah la..perlahan-lahan asalkan sampai satu target usia iman, iman dah boleh berjalan dan berlari. Lain budak lain perkembangannya..
Alhamdulillah..sekarang iman dah ada 2batang gigi comel. Gigi mula tumbuh di bahagian tengah atas. Sesekali terasa jugak gigi comel tu di asah-asah kat nenen ummi. Apa lagi...menjerit la ummi bila nenen terkena gigi iman. Kalau iman senyum, boleh nampak gigi yang baru nak tumbuh ni. Kami suami isteri suka senyum lebar-lebar kat iman. So, iman pun akan ikut senyum lebar-lebar macam kami. Boleh la kami nampak gigi iman..Anak tumbuh gigi, rasa seronok sangat. Perasaan seorang ummi ^___^
Mulut iman makin bising. Lagi, iman suka sangat jerit-jerit kadang sampai tersedak-sedak. Kami pulak naik risau tengok iman bila iman main jerit-jerit macam tu. Kadang tu, ada jugak terkeluar perkataan.."bababababa" ummi sentap sebab selalu je sebut "babababa" tak pernah pulak nak sebut.."ummiummiummi" huhuhu..babah iman cakap, babah lagi mudah nak sebut. Tapi, kalau iman tersebut "mimimimimi" ummi la tu. Tapi, buat masa ni bermimpi je la..mana pernah pun iman sebut "ummi" tapi, pernah terdengar iman jerit.."makkkkkkkkk" ahahaha..tergelak kami semua ^___^
Walaupun susu tak melimpah ruah macam dulu, tapi still lagi cukup untuk iman. Syukur ibu dekat dengan erna. So, masalah penjaga iman sepanjang erna keluar bekerja, tiada masalah. Ibu yang jaga iman. Erna dan suami percayakan ibu 200%. InsyaAllah..doa erna agar iman sentiasa dalam lindungan Allah. Semoga iman sentiasa sihat dan bahagia melalui hari-harinya.
Ummi sayang Iman!
untungnya iman dpt parents cm erna n suami kan.. tqah salute sangat cr erna jaga iman..tqah da bc psl supplement erna ckp tu..tqah ingat nak try shaklee jugak..hihi..entahla..kalau bleh suma nk yg terbail untuk baby kite kan. tapi cr pemakan gak penting.. betul tak..huhu
ReplyDeletemst comel bila iman senyum..da lama xjumpa iman kann..agaknya nk tumbuh lagi sebatang la tu..mcm ammar smalam pun kerap terjaga..tp xnangis..
ReplyDeletehaaaa..ni mcm skip merangkak je...tengok2 nti dah terus berdiri..hihi..mak sy ckp kekadang budak die skip2...
ReplyDeletewaaaa ade 2 batang gigi!annaila ade seketul je, tu pun kat bawah..jadi klu die senyum still tak nampak gigi kecik die tu...hihi..
imannn comel, boleh geng dgn annaila! ;)