Permainan Untuk Iman

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Kalau ditanya kenapa seorang mak bekerja, pasti salah satu sebab yang disenaraikan..sebab nak beli toys anak. Betul tak? Selain daripada beberapa sebab lain, erna yakin bukan erna sorang je macam tu. Semua mak macam tu. Siap ada plan list lagi bulan ni beli toys apa. Bulan depan toys apa. Kadang tu, list tulis lain..sampai kedai, mak punya list sume tah ke mana. Erna la tu salah sorang daripadanya..huhuhu. Macam erna, iman dalam perut lagi erna dah beli dalam 2-3toys. Ibu cakap, "orang sekarang..baby dalam perut dah ada mainan.." Itulah kenyataan hari ini. Lagi sekali erna yakin bukan erna sorang je berperangai semangat belikan anak toys..mummy lain pun sama. Kan? Setuju tak? Ada yang belikan play gyms, soft toys, dan lain-lain lagi. 

Permainan pertama iman yang ummi dan babah belikan untuk iman adalah ulat bulu panjang. Kami beli kat Cameron Highland masa babymoon iman dalam kandungan berusia 7bulan setengah. Ulat bulu tu jenis soft toys dan kaki ulat boleh cabut-cabut. Ada huruf ABC dan no.123. Mula bagi iman main ulat bulu tu masa iman berusia 3-4bulan. Ulat bulu tu sama panjang dengan iman =) Permainan kedua, kami beli play gym kat Jusco Tebrau. Masa tu suami masih lagi bertugas di JB. Iman dalam usia sebulan erna dah bagi main atas play gym. Macam biasa, kalau 1st dapat maianan baru..iman malu-malu nak main. Sekadar tengok dan ummi over excited ajar iman cara main permainan tu. Bila iman dah mula selesa..bukan main dia akan ramas-ramas mainan baru dia. Ada beberapa mainan lain yang kami belikan bila iman makin membesar. SIL pun ada belikan iman mainan juga. Adik erna, nenek, atok semua orang pun belikan iman mainan. Murah rezeki iman..

Bulan lepas, erna belikan iman Fisher Price Elephant Block Cube. Ikut peringkat umur iman, iaitu bayi berusia 6-9 bulan, permainan yang melibatkan penggunaan jari, tangan dan juga permainan yang melibatkan aktiviti meniarap, merangkak dan berjalan. Jadi, erna rasa..itu antara permainan yang baik untuk iman. Lagipun nampak cute je elephant tu. Lagi sekali, macam biasa, sampai je rumah..ummi bersungguh dudukkan iman depan ummi dan ajar macam mana cara nak masukkan cube-cube dalam lubang-lubang sedia ada. Siap nyanyi.."take..the cube and put in the hole.." ulang-ulang kali nyanyi sambil tangan erna ambil cube dan masukkan dalam lubang yang betul. Bila tiba giliran erna, erna nyanyi sambil ambil tangan iman dan main sama-sama. Kalau iman mood ok, lembut je tangan dia ikut apa ummi buat. Tapi..kalau iman tak nak, dia keras-keraskan tangan dia. Ikut suka dia la nak masuk lubang mana satu cube tu. hehehe..anak ummi..anak ummi..bijak!

Boleh rujuk SINI untuk info mainan yang sesuai mengikut peringkat umur bayi.

Bila Iman berdialog..layan...... ^___^
Lubang mana..iman nak masukkan cube ni???

Bukak penutup lubang-lubang ni la. Lagi senang iman nak masukkan semua cube...
Tak payah masuk ikut lubang kecik..

Ok, dah masukkan semua cube..sekarang kita terbalikkan badan elephane pulak!

Lagi sedap bila dapat gigit-gigit, hisap-hisap cube ni. Ummi tak nampak..nyum..nyum..


Ummi marah iman gigit-gigit dan hisap-hisap cube. Ummi simpan elephant iman. Uwaaaaa....

Share this:

, ,

CONVERSATION

1 comments: