Tips Elak Anak Gigit Ketika Menyusu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..


Rasa lama sangat erna tak berkongsi perihal susu ibu. Yela..sejak iman dah mula makan solid food, erna beralih cerita tentang solid food. Hujung minggu ni erna plan nak baking teething biscuit untuk iman. Harap plan menjadi kenyataan. Lagipun, asst erna balik bercuti hujung minggu ni. Acshu iman teror baking mem'baking kuih, kek, biskut dan yang seangkatan dengannya. Resepi erna dah siap google dan ada beberapa pilihan resepi yang erna akan olah serta gabung-gabungkan supaya terhasilnya teething biscuit or cookies yang nyummy untuk kesayangan ummi. Haritu masa erna bawak iman ke rumah Tok Ma - MIL, semua famili member lepak-lepak kat hall depan makan-makan junk food plus makan biskut yang ada kismis. Bagusnya my MIL sebab tanya erna dulu boleh atau tidak nak bagi iman makan biskut kismis tu. Erna bagitau kat MIL, erna masih belum bagi iman makan biskut-biskut. Termasuklah biskut yang jual kat kedai tu even biskut untuk baby. Tunggu iman besar sikit baru erna nak bagi. Tapi, erna bagi iman makan roti gardenia yang wholemeal tu. Erna terus ambil roti dan bagi pada MIL. MIL cubit roti kecil-kecil dan bagi pada iman. Ibu selalu pesan kalau nak larang orang lain beri iman makanan yang tak sesuai lagi dengan usia iman, erna kena bijak. Bukan membuta tuli larang..Syukur MIL ok dan faham..TQ mama..mama sayang erna, mama sayang iman ^___^

Sejak iman dah tumbuh gigi ni, cabaran menyusukan iman semkin hebat. Kenapa hebat? Semua pun fahamkan..kalau baby nak tumbuh gigi, gatal-gatal gusi. Iman pun sama jugak..cuma iman taklah terlalu kerap menggigit. Setakat ni, adalah dalam 2-3kali iman mengigit nipple ummi. Pada awalnya, bila iman gigit nipple ummi, erna akan menjerit dan pernah sekali tu..erna jerit sampai iman nangis. Bukan niat nak jerit marah. Tapi reaksi spontan erna yang terkejut dan sakit teramat sangat bila iman gigit. Maka, mulalah erna google sana-sini untuk dapatkan tips serta panduan untuk elakkan iman dari gigit nipple ummi ketika menyusu direct. Sebab ada juga kes yang menyebabkan bercerai susu badan awal sebelum umur 2tahun. Ini kerana ibu rasa terlalu sakit dan nipple luka. Bila ibu menyusu fobia, penyusuan susu ibu pun susah nak diteruskan. Sebab tu besar pahala ibu yang menyusukan anak..banyak cabaran dan dugaan.

Disini erna kongsi beberapa tips yang erna dapat hasil pembacaan erna dan ada jugak tips disini yang erna rasa berkesan bila erna aplikasikan sepanjang menyusukan Iman bijak yang dah ada 2batang gigi..

1- Jangan marah-marah baby kalau kita digigit. Kerana, besar kemungkinan baby kita tak nak menyusu direct lagi..

2- Bila baby gigit, kita kena cakap kat baby.."jangan gigit ummi, sakit tau..sian ummi.." sesekali boleh juga kita bulatkan mata besar-besar dan cakap dengan tegas. Berulang kali kita cakap, baby akan faham.

3- Boleh juga kita letakkan baby dulu bila dia mula menggigit. Setiap kali baby gigit, kita boleh ceraikan nipple dari mulut baby dan tinggalkan baby sekejap. Next time, baby akan tahu jika dia gigit, dia akan ditinggalkan dan tak dapat susu.

4- Tindakkan spontan yang kita sebagai ibu boleh buat bila digigit baby, kita boleh tekup atau lemaskan muka baby kita dengan cara melekapkan muka baby ke payudara. Tapi kena berhati-hati cara ni. Biasanya baby akan cepat lepaskan nipple yang digigit bila ibu tekup muka baby rapat ke payudara.

5- Memukul atau menampar dan jerit-jerit marah baby bila digigit adalah tindakkan yang salah! Jangan sesekali buat macam tu. Walaupun erna pernah sekali buat macam tu. Iman seakan merajuk. Sedih betul bila iman seakan-akan reject nak direct. Itulah bukti anak-ank kita bijak. Faham apa yang kita cakap.

Harap tips-tips ini membantu kita yang sentiasa berdebar-debar nak menyusukan baby kita bila mereka dah ada mutiara dalam mulut. hehehe..

Iman sayang..iman anak bijak ummi dan babah. Setiap masa ummi doakan iman. Membesar sihat jadi anak soleh ummi dan babah. Apa yang ummi buat sekarang ni, hanya kerana nak berikan yang terbaik kepada iman. Setiap yang ummi buat, ummi study dan ummi kaji sana-sini. Bukan untuk orang lain, untuk iman kesayangan ummi. Semoga Allah permudahkan jalan urusan kehidupan kita sekeluarga..semoga Allah kabulkan doa-doa ummi kepada Muhammad Iman Zikir. Aamiin...

Share this:

, , ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. tq for sharing sis..good tips..

    ReplyDelete
  2. hehe yelah walaupun dorg ni baby lg tapi dorg pun faham kan kalau kene marah.

    ReplyDelete