Iman The Explorer

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Memandangkan sebulan hanya dalam 10-14hari bermalam dirumah sendiri, bakinya akan bermalam dirumah ibu..sebabnya kalau babah iman outstation, babah tak bagi erna bermalam dirumah kami berdua dengan iman je. So, erna akan duduk rumah ibu. Erna perasan yang setiap kali kami balik rumah sendiri, iman punya excited lebih dari biasa. Excited dari segi nak meneroka kawasan yang ada. Kalau rumah nenek, memang terhad iman nak explore sana-sini. Bila balik rumah sendiri, mulalah iman. Erna boleh rasa yang iman enjoy duduk kat rumah sendiri. Tapi nak buat macam mana, babah memang akan outstation 2minggu dan 2minggu sahaja kami berpeluang menetap di rumah kami. Sebab tu jugak rasa sayang duit sangat kalau nak daftar unifi kat rumah. Kalau ikutkan hati, nak daftar Astro basic pakej je. Tapi, babah iman la semangat sangat nak Astro rumah kami ada cartoon, ada sport, bla bla..Rasa membazir. Bukan tengok sangat pun. Iman pun tak heran sangat nak tengok cartoon. Iman lagi seronok nak menjelajah sana-sini dalam rumah.

Semalam, erna kat dapur basuh lala yang nak masak malam ni. Babah iman pulak, mandi. Bila babah keluar dari toilet, babah tanya.."iman mana?" terkejut jugak dapat soalan macam tu dari babah. Sebab masa erna tinggalkan iman kat atas tilam depan tv di hall tadi, iman tengah kusyuk tengok tv. Terkejut dan tergelak besar kami bila nampak iman dah ada bawah kerusi. Erna apa lagi..cepat-cepat mintak hp dari suami nak snap gambar iman. Suami dah faham sangat dengan erna..apa saja yang iman buat, mesti erna nak cepat-cepat amik gambar. Yela..untuk kenangan hari esok. Bila erna panggil iman, senyum pulak dia dari bawah kerusi tu. Alahai...rasa nak gigit iman. Geram sangat..tapi,memang jujur erna cakap, tak tenteram ummi nak ber'fb. Babah pulak cemburu kalau ummi leka ber'fb. So, babah akan panggil-panggil ummi ajak join tangkap iman yang tengah syok explore sana-sini.

Iman, ummi geram nak penyek-penyek iman. Nak gigit-gigit iman. Geram...Grrrrr!
Ummi I Love U so Much~

Share this:

, ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. comelnya iman..baby makin mmbesar mmg lasak.. *pgalaman ank buah sendiri, anak sndiri lom kluar..hehe

    ReplyDelete
  2. Best klu dpt snap memori klu ank dah pndai apa2kan..

    ReplyDelete