5 Sebab Erna Suka Pencuci Muka Nutriwhite Shaklee

Pencuci Muka Shaklee | Alhamdulillah...dalam tak sedar dah lebih 2tahun erna menjadi pengguna setia produk Nutriwhite Shaklee. Kalau pihak Shaklee nak cari sid yang boleh berkongsi testimoni dan berikan review Nutriwhite Shaklee, erna akan jadi orang pertama yang tawarkan diri untuk kongsi pengalaman sendiri menggunakan pencuci muka / produk penjagaan wajah yang 100% semulajadi dan selamat. Nutriwhite Shaklee dihati. Serius. Tak tipu. Teruskan pembacaan ye kawan-kawan..

Pertama kali erna gunakan pencuci muka Nutriwhite atau namanya Deep Foaming Cleanser adalah pada Julai 2013. Sekarang ni dah masuk Ogos 2015. Betulkan erna cakap...dah lebih 2tahun erna menjadi pengguna setia Nutriwhite Shaklee. Jika tak percaya..boleh baca entry erna tahun 2013 yang mana ada erna kongsikan pengalaman menggunakan Nutriwhite Shaklee. Masa erna buat review pertama dulu, erna baru je gunakan Nutriwhite Shaklee. Kurang daripada 1bulan dah dapat hasil yang superb best apatah lagi bila dah 2tahun ni. Terlajak suka sekarang ni.  

Kalau dah pakai sampai 2 tahun lebih dan tidak pernah berpaling tadah..tidak pernah tukar pakai pencuci muka lain..tidak pernah beli pencuci muka yang lain..anda nilai sendiri betapa best Deep Foaming Cleanser Nutriwhite ini. Sangat berpuas hati. Serius. Ini bukan tipu tau =)

Mari erna kongsikan dengan anda semua...

5 Sebab Erna Suka Pencuci Muka Nutriwhite Shaklee


Pakai pencuci nutriwhite shaklee muka putih
Nutriwhite Shaklee Berkesan Putihkan Kulit!

1. Muka Tidak Berminyak


Ramai juga yang cakap.."muka erna memang dari dulu licin. no wonder lah!.."

Eh..awak..awak...jangan tak tahu, erna juga pernah mengalami fasa jerawat. Erna akui bukanlah jerawat yang penuh muka tu. Tipu pula kalau erna cakap muka erna dulu dipenuhi jerawat. Tetapi..jujur erna katakan..erna juga pernah dihurung jerawat. Zaman study dulu, dahi erna pernah dipenuhi jerawat. Masak ranum jerawat didahi erna tau. Muka berminyak pun ye jugak. Even muka erna tak ada jerawat sebelum-sebelum ini..selepas berjaya melalui fasa dahi berjerawat tu. Erna ada masalah kulit muka berminyak. Memang tak selesa apply apa-apa pelembap muka. Sebab muka mudah minyak. Bedak mulalah bercapok-capok. Selepas pakai Nutriwhite Shaklee sejak 2tahun yang lalu..walau dalam keadaan panas macam mana pun..susah nak rasa kulit muka berminyak. 

2. Muka Susah Nak Sunburn


Walaupun erna jarang-jarang keluar kena panas terik..tetapi erna pernah juga ada aktiviti luar dengan keluarga. Kalau dulu, kena panas terik lama sikit, bila sampai rumah..nak cuci muka..mulalah nampak kulit muka burn / merah padam. Bila dah merah tu..siap sedialah. Itu tanda-tanda akan gelap dan bila selak je tudung bahagian tepi muka, akan nampak kulit muka terbakar. Tetapi, sejak 2 tahun kebelakangan ini..memang susah sangat kulit muka erna terbakar dek pancaran cahaya matahari. Bukan erna je cakap macam ni..customer pun ramai yang cakap perkara yang sama, Jika anda selalu kena kerja luar, kena pergi side, memang sesuai dan elok sangat anda pakai pencuci muka Nutriwhite Shaklee ni.  

3. Whitehead Dan Blackhead Hilang


Sebelum ini erna ada masalah blackhead dibahagian tepi hidung. Whitehead pun ada tau. Mujur blackhead erna dicelahan hidung dan kecil, jika blackhead betul-betul atas hidung dan besar..lagilah menyeramkan. Alhamdulillah..sejak gunakan Nutriwhite Shaklee..memang hilang blackhead erna. Memang sekarang tak ada langsung blackhead. Whitehead ni biasanya ada kat wajah, terutama sekali dikawasan hidung mereka yang jenis kulit berminyak. Bila picit bahagian atas hidung, boleh nampak keluar putih banyak. Itulah whitehead. Sebabnya ada 2bendasing dimuka ni adalah kerana..minyak atau liang dimuka tersumbat. Jika anda ada masalah seperti ini, segeralah berbuat sesuatu. Nutriwhite Shaklee adalah yang terbaik untuk hilangkan blackhead dan whitehead.

4. Semulajadi Tanpa Bahan Kimia!


Ramai yang tak sedar sebenarnya mereka sedang meracuni diri sendiri. Ramai yang pandang remeh dengan penggunaan pencuci muka. Sanggup beli pencuci muka yang mengandungi bahan kimia. Bahan pencuci yang didakwa selamat tetapi sebenarnya mengancam nyawa pengguna. Jangan tak tahu, jika anda tersalah membuat pilihan membeli pencuci muka, anda terdedah kepada kanser kulit. Lebih-lebih lagi yang beli pencuci muka jenis menghakis kulit. Memedihkan muka dan didakwa kononya memutihkan. Bau wangi juga tanda-tanda pencuci muka itu ada bahan kimia. 

Berbeza dengan Nutriwhite Shaklee, ianya adalah 100% selamat dan semulajadi. Sebagai islam pula, menggunakan yang halal adalah yang dituntut dalam agama kita. Shaklee pun ada sijil halal.

NutriWhite Shaklee adalah Set Penjagaan Muka yang bertindak lembut serta tidak menghakis kulit. 

Sekilas Info mengenai Nutriwhite Shaklee

✔ Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika
✔ 3 tahun pembangunan produk
✔ Pemilihan bahan aktif dan mentah yang diperolehi dari 16 buah negara
✔ Ujian yang menyeluruh
✔ Ramuan gabungan yang optimum
✔ Selamat dan berkesan
✔ Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti 
✔ Patent-pending WhiteN-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya.

5. Jimat Berbaloi-baloi


Satu tube Pencuci Muka Nutriwhite Shaklee harganya RM119 untuk 150ml. Itu harga runcit tau. Bukan harga erna. Kalau harga erna lagilah murah. Sebab erna pengedar sah shaklee. Harga pun mestilah terlajak murah. Kalau anda nak beli, nak cuba pakai jangan malu-malu hubungi erna. Maksud erna jimat berbaloi-baloi tu adalah..satu tube erna pakai 5bulan lebih. Ada yang pakai 7bulan, 9bulan. Erna biasa pakai tahan lebih 6bulan. Tapi sebab tube yang sebelum ini erna kongsi pakai dengan suami. Sehari kami cuci muka 2x. Bayangkan 2 orang pakai, Cuci muka 2x sehari. Boleh tahan sampai 5bulan. Jimat kan? Jimat sangat sangat. Kos pencuci muka kami suami isteri sebulan adalah RM10 setiap seorang. Alahai.....jimat berbaloi-baloi!

Tahan lama pencuci muka Nutriwhite Shaklee 

Kepada anda semua yang berada disekitar Puchong, terutama sekali Puchong Perdana, Puchong Prima, Puchong Permai, Tesco Bandar Bukit Puchong, Uptown Night Bazar Puchong, anda boleh terus hubungi erna untuk dapatkan Pencuci Muka Nutriwhite ini secara terus. Tiada bayaran postage dikenakan. Boleh terus buat bayaran dan ambil produk Shaklee daripada erna. Jangan risau, tiada kos tersembunyi.

Jom bertukar kepada yang lebih baik.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;



Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment