Indahnya Bila Bersyukur
Syukur Ubat Bagi Hati | Assalammualaikum...hai kawan-kawan. 3 hari erna tak update blog. Rindu erna nak update blog ni. Alhamdulillah..ada sedikit kelapangan ini, jadi erna cepat-cepat update blog.
Terkesan dengar seorang bercerita kisah benar terjadi mengenai pasangan suami isteri. Hari-hari isteri tadi stres suaminya berdengkur masa tidur. Kadang-kadang lari tidur di ruang tamu. Berdengkur terutama bila penat atau tak sihat semakin kuat.
Ada beberapa usaha difikirkan tapi belum dilakukan. Satu hari suami tadi pergi kursus iman dan belajar agama selama lebih sebulan. Isteri tadi semakin rindukan suaminya sangat. Malam-malam tak boleh tidur sebab rindu dengkuran suaminya. Rupanya dia dah tak boleh lena tanpa dengkuran suaminya.
Bila suaminya pulang dia sayang dan cerita pada suaminya. Suaminya senyum. Sebelum ni selalu ditegur dan di marahi.
Satu hari takdir Allah, suaminya meninggal dunia. Kenangan paling indah dan paling dingati oleh pasangannya ialah dengkuran suaminya..
Bersyukur ialah ubat bagi hati. Satu saat kita akan rindukan segala yang kita nampak buruk hari ini. Percayalah syukur ialah segalanya. Terima kasih pada Allah dan pasangan. Redha kerana memiliki suami atau isteri. Menerima kekurangannya dan terima seadanya. Tiada siapa pun sempurna dalam dunia ini. Hanya hati yang ikhlas menyempurnakan segala kekurangan orang yang mereka sayangi-ebit lew
Ya Allah aku kasihkan teman hidupku ini kerana kau. Aku ingin mencintainya kerana kau Ya Allah. Cinta kau ya Allah lebih dari segalanya. Nikmat mengenal kau ya Allah.ya Allah Terima kasih kerana memberi semua nikmat ini. Mengenalinya mencintainya menyayanginya. Ya Allah kasihilah pasangan hidupku ini. Ampunkan dosanya. Lapangkan hatinya. Bahagiakan hatinya. Berilah kami mendapat RedhaMu dan syurga yang tinggi
Sehingga bertemu di entry yang akan datang...
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
0 comments:
Post a Comment