Kemeriahan Raya Aidilfitri 2015
Ucapan Raya 2015 | Assalammualaikum, salam sejahtera buat semua pengunjung blog ummi erna. Rasanya masih belum terlambat erna nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua kenalan. Samaada kenalan dialam maya mahupun kenalan didunia nyata. Samaada kita pernah bertentang mata atau sekadar berkenalan secara tidak sengaja dialam maya.
Raya tahun ini, awal-awal lagi suami dah bagitahu erna yang suami dalam giliran bertugas. Jadi, kami beraya dirumah ibu sahaja. Tak balik kampung. Raya tahun lepas, erna dalam pantang 14hari selepas melahirkan Taqwa Ammara. Jadinya dah 2tahun juga kami beraya di rumah ibu erna. Tetapi bila Aidiladha, kami beraya rumah mama (rumah mama mertua).
Selepas diteliti, tak ada pun gambar raya sekeluarga. Gambar sekeluarga kecil kami mahupun sekeluarga besar, tak ada pun. Sedih betul. Tapi ada sekali tu..sebelum kami semua keluar beraya ramai-ramai ke rumah pakcik erna di USJ, kami plan nak bergambar di kedai gambar di Puchong ni. Nak tahu berapa harganya? RM199 untuk 1 post sahaja dan dapat sekeping gambar size 16R. Erna terus cakap....No, Thanks!.
Melampau mahal. Kalau sewa whitestudio baru berapa je kos. Memang melampau sangat harga. Paling melampau sebab 1shoot je. Kalau di whitestudio tu unlimited shoot dalam masa 1jam kan. Huh..memang geram bila dengar harga. Terus cakap tak payah. Lepas pada tu..terus tak ada gambar sekeluarga. sob sob sob.
So inilah gambar yang ada daripada hp erna. Jadilah gambar yang ada buat kenangan Raya 2015. **pasrah
Baju ni mommy dyla dan tokma yang belanja. So, tema kami Purple
Huru hara nak ambil gambar
Abang Iman dihari raya
Ummi dan Taqwa Ammara
Anak Ummi Babah
Tengok. Tak duduk diam nak ambil gambar
Ibu dan Mama (Inilah makcik kesayangan erna dan yang banyak berjasa kepada perhubungan kami suami isteri..)
Kak Ngah Erna, Nana, Taqwa, Aschu Wa
Balik beraya cari roti canai. Kiri sekali kakak ipar - isteri kepada abang
Ini beraya bersama mama mertua
Sekian untuk Raya 2015. MaafZahir dan Batin. Semoga bertemu Ramadhan dan Syawal yang akan datang~
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
0 comments:
Post a Comment