Bayi Susu Ummi - Hikmah Penyusuan

Kisah Penyusuan Ibu Dalam Surah Toha | Assalammualaikum..apa khabar ibu-ibu sekalian? Terima kasih semua sebab sudi klik dan singgah baca perkongsian daripada erna. Bercerita tentang susu ibu ni, bila teringat kembali saat-saat awal menyusukan Iman Zikir, anak erna yang sulung...perasaan akan jatuh sebak dan syukur sangat pada Allah. Sejujurnya erna memang sangat-sangat excited nak menyusukan anak sulung erna dengan susu ibu. Niat itu erna tanam sejak erna belum berkahwin lagi. Betapa pentingnya niat tu...

Harini dalam facebook, erna terbaca satu perkongsian kisah penyusuan ibu dari wall post seorang Master Shaklee iaitu Master Lyna Noh. Selesai baca keseluruhan wall post itu, terasa berkaca mata erna ni. Erna pernah di cop 'hardcore susu ibu' Ketika itu, erna hanya tersenyum. Ya. Erna akui erna memang obses dengan susu ibu dan erna betul-betul ambil berat apa yang masuk dalam perut anak-anak erna. Lebih-lebih lagi jika anak erna masih dibawah usia 6bulan. Tiada lain selain susu erna untuk anak-anak. Alhamdulillah...terima kasih Allah untuk nikmat yang satu ini. Tidak ternilai rezeki air susu untuk anak-anak dan erna memang tak pernah beli susu formula untuk diberikan kepada bayi erna.

Mari teruskan pembacaan kisah yang menyentuh hati erna dan buatkan erna nak kongsikan didalam blog ummi erna ni. Selamat membaca..

==============================

Sebelum Nabi Musa lahir, Firaun mendapat alamat bahawa akan lahir seorang pemuda yang bakal menentangnya. Maka Firaun pun mengarahkan semua bayi lelaki yang dilahirkan di Bumi Mesir agar dibunuh.


Ketika Nabi Musa dilahirkan, ibunya menyorokkannya, masukkan ke dalam sebuah peti dan dihanyutkan ke Sungai Nil. Bayangkan luluhnya hati ibu, hanya sempat susukan anaknya sekejap saja kemudian terpaksa relakan perpisahan.

Ibu Nabi Musa menyuruh kakaknya untuk mengikut ke mana peti itu pergi.

Peti yang berisi Nabi Musa telah sampai ke tempat isteri Firaun, Asiah yang mandi di tepi Sungai Nil. Dengan perlindungan Allah kepada Nabi Musa, Asiah jatuh kasih padanya, dan memujuk suaminya agak mengambil bayi itu sebagai anak angkat.

Firaun ni walaupun zalim tapi sangat sayang pada isterinya. Akhirnya Nabi Musa dibawa ke istana.

Bila dah ada baby ni kena la bagi makan kan? Tidak pula mereka beri makan kurma ke pisang ke atau susu kambing atau unta. Sebaliknya dicarikan ibu susuan untuk anak tu.

Satu demi satu wanita menyusu dipanggil untuk menyusukan Nabi Musa. Tapi tiada seorang pun yang berjaya menyusukannya. Semuanya ditolak oleh Nabi Musa. Susah hati ibu bapa angkat ni bila si bayi dah nampak macam dehydrate tak nak minum susu.

Akhirnya datanglah seorang wanita. Wajahnya lembut. Matanya berkaca. Bila saja wanita itu mengambilnya, Nabi Musa terus diam dan menghisap susu sehingga kenyang.

Wanita itu adalah ibunya sendiri.

فَرَجَعْنَاكَ إِلَىٰ أُمِّكَ كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ

Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita

[Toha:40]

Bila ibunya berjaya menyusukan Nabi Musa, dia minta izin untuk bawa Nabi Musa pulang untuk disusukan. Sebab rumah dia jauh. Firaun setuju dan berikan sejumlah duit upah kepada ibu Nabi Musa (dia taktau pun tu ibu Baginda sendiri).

Begitulah secebis kisah dalam al-Quran tentang penyusuan susu ibu.

Firaun kaya dan ada macam2, mungkin bab nak beri susu dia tak payah susah2. Macam2 binatang ternakan boleh diperah dan diberi minum.

Tapi mereka tetap juga nak beri susu ibu kepada sang bayi.

Dan hikmah Allah nak cerita tentang hubungan ibu dan anak, walau berpisah sejauh mana pun anak tetap kenal ibunya.

Mudah-mudahan menjadi motivasi ibu2 untuk menyediakan diri memberikan yg terbaik untuk anak2 kita - susu ibu.

Muhammad Iman Zikir

Taqwa Ammara
Erna tiada sijil laktasi khas. Tetapi pengalaman erna menyusukan 2orang anak, pengalaman menyusukan anak ketika hamil sehingga ke saat kontraksi, pengalaman menyusukan anak yang sampai sekarang belum berjaya wean off sepenuhnya pada pendapat erna..adalah cukup mahal. Tidak dapat dibeli dimana-mana pengalaman ini. 

Buat semua ibu-ibu yang membaca entry ini, kuatkan semangat anda. Niat betul-betul dan sungguh-sungguh. Cekalkan hati jangan mudah rasa lemah dengan sebarang ujian dan cabaran. Menyusukan anak pada zaman kini bukan sesuatu yang kolot tetapi sesuatu yang membanggakan. Bukan nak bangga riak. Tetapi bangga...kerana kita usaha berikan yang terbaik kepada anak. Setiap ibu ada bahagian masing-masing begitu juga anak. Sebelum kita letakkan diri kita dalam kumpulan 'tiada susu' usahalah sebaik mungkin. Dekati ibu yang berjaya sebelum anda berputus asa. Pasti ada sinar untuk anda..

Tunaikan hak anak-anak.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 30%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM69 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment