Rugi Kau Berputus Asa!
Never Give Up! | Jika perasaan berputus asa datang menghampiri..cuba renung kembali apa yang telah anda korbankan untuk usaha ke arah kejayaan. Tidakkah anda rasa rugi dengan apa yang telah anda korbankan selama ini demi impian yang sebenarnya bukanlah mustahil untuk ia menjadi kenyataan.
Jangan sia-siakan duit yang telah anda laburkan untuk bisnes anda jika ia perniagaan yang betul..
Jangan sia-siakan ilmu yang anda perolehi dari mentor anda..
Jangan sia-siakan masa yang anda luang sebelum ini untuk ke kursus ilmu bisnes anda..
Jangan sia-siakan duit yang anda bayar untuk ke kursus ilmu bisnes anda..
Jangan sia-siakan masa anak dan suami yang anda korbankan untuk ke kursus ilmu bisnes anda..
Dan PALING UTAMA...
Jangan sia-siakan Impian serta Harapan anak-anak,suami dan ibubapa untuk lihat anda berjaya di puncak kejayaan...
Dalam bisnes juga boleh bertemu dengan pelbagai cabaran. Tetapi adakah dengan sedikit ujian dan cabaran akan membuatkan anda berputus asa?
Ramai yang berjaya dalam bidang masing-masing adalah orang-orang yang pernah jatuh dan kejatuhan itu mereka terima sebagai cabaran untuk mereka bangkit!
Percaya atau tidak..mereka yang berjaya adalah mereka yang bertahan di saat orang lain semua mula berpaling tadah.
Mereka yang berjaya adalah mereka yang sabar dengan doa, sedangkan yang lain sibuk menyalahkan takdir.
Guru erna selalu berpesan...jadilah seorang kaya yang berilmu. Jadi seorang kaya yang kenal erti kesusahan sebelum kesenangan sebenar dihadiahkan oleh pemberi rezeki. Pentingnya menjaga solat, zikrullah dan ilmu bisnes kerana ia adalah saling berkait rapat.
Pesan guru, solat dan zikrullah mengajar kita erti keyakinan terhadap pemberi rezeki iaitu Allah. Rezeki datangnya daripada Allah bukan Makhluk.
Pesan guru lagi, solat dan zikrullah itu sendiri mengajar kita sabar dan yakin dengan apa yang kita usahakan.
Jika kita hendak berjaya..usahalah sungguh-sungguh dan letakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah.
Ujian serta cabaran hanyalah untuk menguji kesabaran dan kesetiaan kita ke atas apa yang kita usahakan. Paling Utama...ia adalah untuk menguji betapa kuat impian yang pernah kita tanamkan!
Terima kasih wahai sahabat yang sudi membaca entry ini.
Bangkit sahabat! Bangkit dari lena yang panjang...
Jika anda dalam zon 'pura-pura' selesa, bangkit segera!
Jika anda susah..siapa yang akan bantu? jika bukan diri kita sendiri?
Dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, majikan tiada jaminan kerja sampai pencen, anak semakin membesar perlukan banyak wang, nak bayar pelbagai jenis hutang, impian mak ayah yang penat lelah membesarkan kita telah terbayar? pelbagai macam tanggungan yang tidak tersenarai disini.......apa lagi?? terus berputus asa? Rugi Kau Berputus Asa!
Semoga segala ilmu, masa, walau sesen duit yang kita terima daripada bisnes atau pekerjaan kita....semoga ianya berkat. Berniaga dengan jujur. Bekerja dengan amanah. Barakah rezeki yang diperolehi. Allah Maha Melihat.
Rugi Kau Berputus Asa!
Allah kan ada....
Assalammualaikum...maaf zahir batin.
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
0 comments:
Post a Comment