5 Menu Sahur Banyakkan Susu Ibu Ketika Berpuasa
Memandangkan tidak lama lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan, Erna nak berkongsi beberapa menu sahur untuk ibu menyusu. Sahur ni tak boleh dipandang remeh oleh ibu menyusu tau. Sebab pentingnya menu sahur, akan mempengaruhi hasil serta kualiti susu untuk bayi kita.
Erna sendiri ada pengalaman lebih kurang 10 tahun menyusukan anak dan mengandung pada bulan Ramadhan. Jujur erna cakap, apa yang erna makan atau minum ketika sahur sangatlah memainkan peranan penting kepada erna. Boleh juga erna katakan bahawa ia mempengaruhi emosi sepanjang hari seorang ibu menyusu yang berpuasa.
Disini erna kongsikan beberapa menu sahur yang para ibu menyusu boleh amalkan sepanjang bulan Ramadhan. Ia adalah berdasarkan pengalan erna sendiri ya. 😊
1. Kurma
Ia merupakan salah satu daripada 10 asid amino penting yang badan kita perlukan untuk membina protein. Malah, ia menggalakkan pengeluaran hormon serotonin. Serotonin ini pula membantu proses laktasi, iaitu proses penghasilan susu badan! Bantu ibu kekal bertenaga.
2. Sayuran Hijau
Ibu menyusu boleh amalkan makan sayuran hijau ketika sahur. Contohnya sayur bayam. Sayuran hijau ini merupakan sumber baik yang mengandungi kalsium, zat besi, vitamin K, A dan folat. Tapi kalau nak sedap dan lebih kenyang, ambil bersama protien. Campurkan ayam atau daging atau apa2 protien bersama sayuran anda.
Folat atau dikenali sebagai asid folik adalah mineral penting untuk wanita hamil dan nutrien makanan untuk ibu menyusu. Ao jangan skip sayuran hijau.
3. Bijirin Oatmeal atau Kekacang
Oatmeal merupakan makanan yang dapat membantu merehatkan tubuh. Ia juga berfungsi mengeluarkan oksitoksin (hormon yang terdapat dalam pengeluaran susu), yang membantu meningkatkan proses penghasilan susu ibu. Bestkan? Erna suka juga buat overnight oat. Letak buah-buahan dan sedikit madu. Taburan kekacang. Sedapnya!
4. Air kosong
Ini teramatlah penting ya. Ibu menyusu jangan sesekali kurang minum air walaupun bulan puasa. Erna ada kongsikan tips minum air ketika berpuasa dipautan ini. Amalkan tau ibu. Sebab tips ini betul membantu erna. Ia sangat penting.
5. Protien
Makanan seperti ayam, ikan, telur, produk tenusu, kekacang dan soya adalah sumber protein yang bagus untuk dimasukkan dalam diet anda. Kalau malas, erna tetap akan bersahur walaupun makan telur ayam. Mengenyangkan juga tau menu telur. Malam sebelum tidur siap-siap rebus telur. Bangun sahur boleh terus makan.
Semoga perkongsian erna ini, serba sedikit dapat memberi idea kepada ibu menyusu diluar sana tentang pemilihan menu sahur yang bersesuaian. Insya-Allah kita sama-sama kuat semangat berpuasa pada tahun ini. Aamiin..
Erna juga aktif dilaman sosial lain. Jemput lah follow erna 😊
FACEBOOK : https://www.facebook.com/ernanordiana.z?mibextid=ZbWKwL
INSTAGRAM
https://instagram.com/erna.sihatcantik?igshid=ZDdkNTZiNTM=
TIKTOK
Terima kasih sudi singgah blog erna. Semoga sihat2 dan cantik selalu.
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #blogmegashaklee #pengedarshakleepuchong #shakleePuchong #codpuchong #codshakleepuchongprima
0 comments:
Post a Comment