Cara Solat Terawih Dirumah
Alhamdulillah Syukur Allah Izin lagi kita bertemu Ramadan. Tahun ini tahun kedua Erna berpuasa tanpa ayah. Rasa macam baru je ayah dijemput pulang ke Rahmatullah.
Ramadan terakhir erna dan ayah adalah masa PKP dulu. Tak dapat nak tarawih ke surau atau masjid sama-sama. Tapi tetaplah ia menjadi kenangan manis sebab kami terawih berjemaah di rumah ayah. Jarak rumah kami dekat. Dapatlah berpuasa, berbuka dan terawih bersama-sama.
Dalam entry kali ini, erna nak kongsikan cara-cara solat terawih di rumah. Bila ada anak kecil macam erna, memang akan ada kekangan untuk berjemaah di Masjid ataupun surau masa bulan Ramadhan.
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.
Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.
● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh rujuk gambar di bawah ye:
SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~
* Niat (Rujuk gambar)
* Lakukan solat 2 rakaat 1 salam, dan diakhiri dengan solat sunat witir.
*Baca Surah Al- Fatihah dan ayat pilihan
* Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Diterima Allah segala ibadah kita sepanjang Ramadan tahun ini. Aamiin
Jangan lupa makan vitamin seperti biasa setiap hari walaupun kita berpuasa. Sebabnya badan memerlukan vitamin, zat dan nutrien.
0 comments:
Post a Comment