Terima kasih Allah. Cerita Impian Dengan Shaklee Termakbul.

Masih teringat lagi diawal pembabitan erna dalam bisnes Shaklee. 10 tahun yang lalu. Kurang dari sebulan erna mendaftar sebagai pengedar sah Shaklee, ada satu training di Batu Caves anjuran upline Master erna.

Jarak perjalanan dari Puchong ke Batu Caves memang jauh. Dengan tak tahu jalan nak ke sana. Mujur sekarang ada handphone maps untuk tunjukkan arah jalan ke sesuatu destinasi. Erna tak pernah pun bawa kereta sendiri ke Batu Caves tau. Tapi erna bersemangat sangat nak join training tu.

Dipendekkan cerita ada satu slot aktiviti semasa training, kami diberikan sehelai kertas dan ditugaskan untuk menulis Impian dengan Shaklee diatas kertas yang diberikan tadi. 

Ingatkan setakat tulis je. Rupanya dipanggil kedepan pula untuk baca impian yang kami tulis tadi dihadapan kawan-kawan yang lain.

Bila tiba turn erna, erna pun mula membaca impian erna. Masa baca impian yang ditulis depan kawan-kawan yang baru pertama kali erna jumpa, sampai satu part ni, erna tak dapat menahan air mata. 😭😭😭

Nak tahu apa yang erna tulis dan baca sehingga menitiskan air mata?

"Impian Dengan Shaklee erna nak hadiahkan Ibu Ayah pakej Umrah sebab ibu dan ayah tak pernah ke Mekah."

Selepas setahun++ erna buat bisnes Shaklee sungguh-sungguh...

RM0.00 Shaklee: Sila maklum balas e-mel kami, shakleersvp@shaklee.com.my mengenai saiz jaket utk Istanbul/ Umrah. 

Alhamdulillah.. Allah makbulkan doa dan impian erna. 😭 

Pada tahun tersebut, ramai bisnes leader Shaklee yang seangkatan dengan erna, pilih untuk ke US. Walaupun erna tak pernah ke US, teringin juga nak ke US. Tapi Erna pilih untuk hadiahkan Umrah Ziarah untuk ayah. Sebab itulah impian pertama erna bersama bisnes Shaklee. Tahun 2013 Convention Umrah Ziarah Istanbul. 

Dengan bisnes Shaklee, anda boleh realisasikan impian bebas kewangan anda. Memandu kereta impian anda dan melancong ke destinasi impian secara percuma tajaan shaklee sepenuhnya. 

Bila tiba hari yang dinantikan hantar ayah ke Airport, jelas terpancar wajah gembira, ceria, excited ayah nak menjadi tetamu Allah. Sebak sangat perasaan tu. Memang tak keluar dari mulut ayah terima kasih ke apa ke. Tapi pelukan tu sampai sekarang masih terasa. 

Ayah berdiri paling kiri, berjubah putih. 

Walaupun dah bertahun berlalu, setiap kali keluar cerita dokumentari berkaitan Istanbul di tv, mesti ayah rancak bercerita pengalaman manis ayah jejak kaki ke Istanbul. Itulah juga kali pertama ayah merasa musim sejuk ditempat orang. 

Ayah berdiri dua dari depan pakai kopiah putih, tali tag leher warna merah. 😘

Walaupun bertahun-tahun telah berlalu, excited ayah tetap sama. Sebab itulah kali pertama juga ayah lihat Kaabah depan mata. Umrah tajaan Shaklee, umrah 5 bintang. Mewah dan sangat selesa. Kemudahan terbaik shaklee beri. Juga itulah kali pertama ayah melancong keluar negara. 

Inilah cerita Impian erna dengan Shaklee yang sampai bila-bila pun akan menjadi kenangan paling manis dalam hidup erna dan ayah. Erna sayang bisnes shaklee erna. 

Terima kasih Allah makbulkan  impian dengan Shaklee buat ayahku tersayang. Terima kasih Allah jemput ayah ke tanah suci semasa hayatnya didunia. 😭😭😭

Ucu nak ayah tahu, ucu tak pernah menyesal tolak trip ke US sebab tiket ke US tu ucu tukarkan pilih Umrah Ziarah Istanbul untuk ayah. 

Semoga ayah ku sayang diampunkan dosanya sejak akil baligh. Dilapangkan kubur. Dijauhkan dari azab kubur. Diterima segala amalan waktu hidup walau sekecil-kecil amalan dan kebaikannya. Dimakbulkan doa2 kami untuk ayah. Ditempatkan ditaman-taman syurga.

Al-Fatihah Zamri Bin Ibrahim

Erna juga aktif dilaman sosial lain. Jemput lah follow erna 😊

FACEBOOK https://www.facebook.com/ernanordiana.z?mibextid=ZbWKwL

INSTAGRAM 

https://instagram.com/erna.sihatcantik?igshid=ZDdkNTZiNTM=

TIKTOK

#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #blogmegashaklee #pengedarshakleepuchong #shakleePuchong #codpuchong #codshakleepuchongprima

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM35 sahaja dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment