Car Bonus Shaklee: "Kereta Impian atau Kereta Terpaksa Pakai?"
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,
"Kereta Impian atau Kereta Terpaksa Pakai?"
Ayat diatas memang comel. Comel bagi erna yang suka betul dengar guru erna, mentor, sifu, idola erna dalam bisnes Shaklee ini selalu sebut dan selalu tanya. Erna tak berapa ingat bila kali pertama erna dengar soalan ini diajukan. Tapi, apa yang pasti..soalan ini, erna catatkan dalam magic book erna. Menjadi push factor untuk serius lebih maju dalam bisnes yang erna ceburi sekarang ini.
Adakah kereta yang kita pakai sekarang ini adalah kereta impian kita atau kereta yang kita terpaksa pakai?
Ini yang erna ingin kongsikan dalam entry erna kalini. Buat semua pembaca blog ummi erna yang erna sayangi, Shaklee bukan hanya menawarkan Cash Bonus sahaja. Shaklee juga ada menawarkan Car Bonus yang mana Shaklee berikan kepada pengedar sah Shaklee yang serius serta berkelayakan mengikut syarat yang Shaklee tetapkan. Ini adalah sebagai tanda penghargaan Shaklee kepada pemimpin jualan Shaklee selepas mereka mula naik rank (pangkat) Supervisor.
Ok, ramai yang bertanya...Car Bonus tu, dapat kereta sebiji ke?
Car Bonus Shaklee, diberikan dalam bentuk cash. Bukan sebiji kereta. Ini bermakna, setiap pengedar sah Shaklee yang layak menerima Car Bonus ini..bebas membeli apa sahaja kereta yang mereka inginkan mengikut impian masing-masing. Selain itu, boleh juga gunakan cash Car Bonus ini untuk pelbagai tujuan lain. Terpulang kepada pengedar Shaklee itu sendiri.
Setiap bulan..untuk setiap pemimpin jualan yang layak menerima Car Bonus Shaklee, jumlah Car Bonus yang diterima akan tertera pada bonus statement ataupun biasanya orang akan panggil slip gaji. Lebih menarik lagi, bonus statement yang tertera jumlah Cash Bonus dan Car Bonus ini, boleh diguna pakai untuk sebarang urusan bersama bank. Layak digunakan untuk loan bank. Bonus statement Shaklee laku! Bukan tak laku tau..ada rakan bisnes erna beli rumah berharga lebih 400k menggunakan bonus statement Shaklee. Seronok!
Layak Dapat Car Bonus Shaklee~
Alhamdulillah...selepas lebih kurang 10bulan erna serius dalam bisnes Shaklee, erna melepasi syarat yang ditetapkan oleh pihak Shaklee untuk dapat Car Bonus Shaklee. Oktober 2013 adalah bulan pertama erna terima Car Bonus. Mendapatkan Car Bonus Shaklee adalah antara salah satu push factor yang teratas dalam dream list erna. Maka, erna memang berkerja sungguh-sungguh. Tiada siapa paksa erna untuk serius dalam bisnes ini. Suami, ibuayah, mentor, upline, nenda Shaklee, tak ada sesiapa pun yang paksa. Erna sendiri yang ingin serius dalam bisnes ini. Kerana erna ada Push Factor yang sangat jelas! Ye..jelas! Jika anda ingin berjaya dalam bisnes ini, anda perlu ada push factor yang jelas.
Bermula Oktober 2013, impian erna untuk miliki kereta impian dan idaman semakin jelas dan cerah. Seronoknya hati tidak terkata. Syukur atas nikmat dan kurniaan Nya. Benarlah kata guru, ini bisnes kita. Kita usaha lebih, kita dapat lebih. Kita usaha ala kadar, hasil pun ala kadar. Tiada yang mustahil dalam hidup ini sebab kita mampu mengubah nasib kita jika kita benar-benar mahu ubah nasib dengan bertindak. Bukan ada kemahuan dan duduk diam menunggu keajaiban berlaku. Tetapi, usaha mencapai apa yang dihajati.
Mulanya erna luahkan hasrat hati nak beli kereta impian pada suami. Suami turutkan sahaja. Sebab suami kata, ini impian erna. Erna usahakan dan erna layak dapat apa yang erna usahakan. Bila minta persetujuan ibuayah, mereka juga tidak kisah. Seronok mereka bila erna nyatakan hasrat nak beli kereta impian ini.
Jutaan terima kasih pada pakcik saudara erna yang bersusah payah survey harga kereta terbaik dengan diskaun terhebat yang erna boleh perolehi. Sana sini pakcik erna call dan akhirnya dapat diskaun hebat. Dari erna sekolah lagi pakcik erna dan isteri ini banyak bantu kami sekeluarga. Allah jua dapat balas jasa baik pakcik dan isteri sekeluarga..Jasa mu dikenang hingga hunjung nyawa. Sebab masa erna kecil dulu, kami tak ada nak shopping baju raya dipasaraya mewah-mewah. Sebab hidup erna sekeluarga sederhana. Pakcik dan isterinya yang bawa kami 3beradik ke pasaraya besar beli pelbagai kelangkapan raya yang mahal harganya. Ingat lagi, pernah dulu teringin nak pakai beg sekolah yang beli di butik Converse masa erna sekolah berasrama dulu. Tapi erna tahu memang tak akan mampu beli apalagi nak minta ayah belikan. Memang tak lah..sebab faham situasi dan keadaan ekonomi keluarga. Tapi, pakcik erna ni bawa erna ke Butik Converse dan erna sendiri pilih beg yang erna suka. Kenangan sungguh...
Eh menggamit kenangan pula kan? ok..berbalik pada cerita asal..
Rezeki Allah siapa boleh sangkal kan? erna sendiri tak pernah terfikir yang erna akan beli kereta berharga 100k+ pada usia ini dan bayaran bulanan kereta dibayar sepenuhnya oleh pihak Shaklee dengan Car Bonus Shaklee yang erna layak terima. Malah, Car Bonus yang diterima setiap bulan, melebihi daripada bayaran yang perlu erna bayar pada bank. Baki Car Bonus yang ada, boleh erna cover duit minyak. Boleh buat simpanan. Boleh gunakan untuk perkara-perkara lain.
Berani berimpian!
Impian jadi kenyataan!
Memiliki kereta impian adalah perkara yang biasa semua angankan.
BERTINDAK untuk memiliki kereta impian adalah perkara yang suka ditangguh-tangguhkan.
Betul kan?
Kita golongan yang mana?
Jom..anda yang berada dilandasan yang sama dengan erna, kita sungguh-sungguh dan bukan berlengah-lengah lagi. Sama-sama menggapai bintang!
Anda yang masih mencari-cari peluang untuk mendapatkan side income, jom sertai group erna untuk sama-sama ubah nasib kita dan keluarga.
Nikmat Allah yang mana lagi ingin aku dustakan?
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.
KLIK: KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
0 comments:
Post a Comment