Boleh Atau Tidak Solat Jika Telah Pecah Air Ketuban Dan Turun Tanda Hendak Bersalin?
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Boleh Atau Tidak Solat Jika Telah Pecah Air Ketuban Dan Turun Tanda (Cecair darah dan lendir) Hendak Bersalin?
Rentetan daripada entry erna sebelum ini mengenai Cara Solat Ibu Sarat Mengandung Dan Orang Sakit erna terpanggil untuk kongsikan entry ini pula. Memandang erna pun dalam perjalanan menuju ke hari yang dinantikan. Melahirkan buah cinta kedua kami suami isteri.
Mengikut pengalaman lalu, pengalaman melahirkan anak pertama..erna tak pecah ketuban. Sebaliknya lebih kurang pukul4 pagi erna rasa nak membuang. Erna pergi tandas dan masa nak cuci tu, erna dapati ada lendiran bercampur darah yang keluar daripada tempat melahirkan anak. Sampai hospital pukul6 pagi. Sebelum naik ke katil untuk nurse pasang alat ctg dan lain-lain, erna minta kebenaran daripada nurse untuk solat subuh. So, adakah solat itu sah? Perlukah solat dalam situasi seperti itu? Telah keluar cecair berdarah masih boleh solat?
Semoga entry ini membantu kita sama-sama menambah ilmu..
Perlu kita faham ada beberapa jenis pendarahan yang keluar semasa hamil.
Macam kes erna yang erna terangkan diatas, darah yang keluar sebelum melahirkan anak adalah merupakan Darah Istihadah. Ia tidak termasuk dalam kategori darah haid dan bukan juga darah nifas. Darah yang bercampur lendir juga dikenali sebagai darah istihadah atau darah fasad (darah penyakit) dan ini mewajibkan seseorang itu solat.
Ada wanita yang keluar tanda darah cecair melahirkan lebih 8jam sebelum bersalin. Ini mewajibkan wanita ini mengerjakan ibadah seperti biasa.
Cara menunaikan solat bagi wanita yang istihadah adalah:
- Membersihkan tempat keluar darah tersebut
- Memakai tuala wanita
- Mengambil wuduk dengan segera
- Solat dengan segera
Jika keluar darah sepanjang tengah solat, maka ia adalah dimaafkan dan sah solat. Wuduk wanita dalam istihadah ini sah untuk satu solat.
Begitu juga dengan pecah ketuban. Ibu masih boleh solat dan bersihkan diri dahulu. Jika tidak mampu solat berdiri, boleh solat duduk. Tidak mampu duduk, boleh berbaring.
Para suami yang menemani isteri juga jangan melengahkan solat. Para suami yang kasihkan isteri boleh bantu isteri yang dalam kesakitan menanti saat kelahiran anak dengan membantu isteri bersiap sedia untuk solat.
Islam itu mudah dan indah.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.
KLIK: KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
0 comments:
Post a Comment