Selamat Hari Ibu
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,
Selamat Hari Ibu
Semalam kisah semua orang ucap selamat hari ibu. Hari ini baru erna nak update selamat hari ibu dalam blog ummierna. Tapi,rasanya tak ada istilah terlambat pun. Bagi erna, hari-hari pun hari ibu. Kalau boleh hari-hari pun nak ucap terima kasih pada ibu. Sebab pengorbanan ibu tidak ternilai.
Syukur alhamdulillah..Allah beri keizinan pada erna untuk merasa kasih sayang seorang ibu hingga ke hari ini. Allah beri peluang pada erna berkahwin dengan adanya ibu. Bersuami dengan adanya ibu. Mengandung dengan adanya ibu. Melahirkan anak sulung dengan adanya ibu. InsyaAllah tak lama lagi bakal melahirkan anak kedua pula dengan adanya ibu.
Kasih ibu membawa ke syurga.
Bila diri sendiri dah merasa jadi ibu, barulah hati ibu itu di fahami. Walaupun kini hamil anak kedua, perasan kasih sayang cinta pada buah cinta pertama tak pernah kurang. Tingginya nilai kasih ibu..
Sehabis daya, dengan izin yang Maha Esa..selagi ada hayat, erna ingin bahagiakan ibu. Tak nak lagi ibu hidup biasa-biasa diusia emas. Sebab itu erna juga perlu bertindak luar biasa kerana selagi ada hayat, erna ingin ibu jalani hidup luar biasa bukan seperti hidup kami sekeluarga yang dulu. Kalau bukan kita mengubah nasib kita dan kalau bukan kita yang berusaha untuk mengubah nasib kita, siapa lagi kan? Atau kita perlu tunggu nasib berubah sendiri? semestinya tidak...
Selalu erna cakap pada ibu, minta ibu doakan erna berjaya dalam apa yang erna usahakan sekarang ini, bahagia dunia akhirat. Setiap kali itu juga, ibu akan balas..tak perlu pesan, sebab ibu sentiasa doakan setiap anak ibu tidak terkecuali salah seorang daripada kami.
Beruntungnya erna ada ibu - Dzainab Binti Ahmad
Beruntungnya Iman dan adik-adik ada nenek seperti ibu.
Terima kasih juga kepada mama kerana menerima erna seadanya sebagai menantu tunggal sementara ini dalam keluarga bahagia mama. Tanpa restu dan izin mama, apalah erti kebahagian kami sekeluarga. Semoga mama dikurniakan usia yang panjang dan dipermudahkan hari-hari mendatang. Amin
Terima kasih juga kepada mama kerana menerima erna seadanya sebagai menantu tunggal sementara ini dalam keluarga bahagia mama. Tanpa restu dan izin mama, apalah erti kebahagian kami sekeluarga. Semoga mama dikurniakan usia yang panjang dan dipermudahkan hari-hari mendatang. Amin
Ibu |
Mama |
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.
KLIK: KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
0 comments:
Post a Comment