Menyusukan Anak Ketika Hamil

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Menyusukan anak ketika hamil bukan perkara baru sebenarnya. Cuma, ada sesetengah orang yang akan rasa sedikit pelik kenapa masih menyusukan anak walaupun dalam masa yang sama, si ibu sedang hamil si adik. 

Erna mula hamilkan babyT ketika usia iman 1tahun 6bulan. Belum lengkap 2tahun penyusuan untuk iman, erna telah di sahkan hamil. Perasaan pada mulanya memang bercampur baur dan sejujurnya perasaan risau susu akan berkurangan itu ada. Erna fikir macam mana iman nak menyusu jika susu semakin berkurangan. Lebih-lebih lagi iman memang 100% susu ummi dan tak pernah minum susu lain selain susu ummi. Apapun, niat asal ingin menyusukan iman selama 2tahun sekurang-kurangnya tak pernah luntur. Niat utama ingin tunaikan hak penyusuan buah cinta pertama kami dengan susu ummi, menguatkan semangat erna untuk teruskan penyusuan walaupun hamil.

Mengandungkan iman dulu, erna tak ada langsung masalah loya tekak. Tetapi kandungan kedua ni, erna ada rasa loya tekak sikit. Erna tak ambil pusing masalah alahan awal kehamilan kedua ini. Kerana erna meletakkan fokus erna lebih kepada memastikan keperluan zat dalam badan erna untuk teruskan penyusuan untuk iman. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jadi, fokus pada menjayakan misi penyusuan 2tahun adalah lebih penting daripada memikirkan masalah alahan yang dialami.

Memang banyak rujukan serta bahan bacaan yang erna baca untuk dapatkan info-info mengenai..bolehkah erna menyusukan iman walaupun dalam masa yang sama erna hamilkan babyT. Alhamdulillah...hasil pembacaan erna, perbincangan dengan doktor, tiada apa yang menghalang erna untuk terus menyusukan iman. 

- Kenaikkan berat badan erna normal.

- Bacaan hb darah erna ok.

-Tekanan darah erna ok.

- Alahan yang erna alamai sekadar loya tekak dan tidak memudaratkan erna dan babyT dalam kandungan.

- Kenaikan berat badan bayi dalam kandungan normal.

Apa yang erna amalkan untuk memastikan badan erna kekal sihat bertenaga dan penghasilan susu juga seperti biasa?
  • Setiap pagi sebelum makan apa-apa, erna akan minum 1sudu jus delima
  • Sarapan pagi sekurang-kurangnya segelas ESP+Meal Shakes, ESP+Milo, ESP+Nestum, ESP+Yogurt dll resepi
  • 3biji kurma ajwa setiap hari (kurma ni ayah belikan sejak erna awal mula hamil)
  • Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Omega (selepas masuk kehamilan trimester 2), Ostematrix. SET KEHAMILAN
  • Makan nasi atau mee dan sayuran tengahari. Erna suka tempe sepanjang hamil ni. 
  • Kandungan mencecah 6bulan, erna mula minum air suam dan madu.
  • Suka makan jambu batu atleast RM4 sekali beli. Sukaaaa sangat jambu batu.

set kehamilan shaklee

Alhamdulillah..dengan izin Allah, erna berjaya menyusukan iman sehingga usia iman genap 2tahun (24bulan). Pada ketika itu, usia kandungan erna mencecah 6bulan. Kini, usia iman menghampir 26bulan, iman masih minum susu ummi. Tiada larangan untuk susu kan anak sehingga usia berapa. Malah dalam islam juga tidak menyebut haram menyusukan anak sehingga usia lebih 2tahun.

Menyusukan Anak Ketika Hamil

Pendapat erna sebagai ibu yang punya pengalaman anak masih menyusu badan dan erna pula disahkan hamil, 

Selagi anak minta untuk menyusu badan, berikanlah. Melainkan jika kita sendiri sanggup berpisah susu awal dan menanggung segala macam kisah pilunya yang pasti akan menjejaskan emosi anak, suami dan diri sendiri, silakanlah. Bermacam petua boleh google dan selalu dengar cara nak wean off/putus susu. Pada erna selagi apa yang dibuat tak menjejaskan semua pihak yang terlibat iaitu anak, suami dan diri sendiri, tidak salah jika teruskan penyusuan seperti biasa. Owh ye..untuk ibu hamil, jika ia tidak memudaratkan anak yang dikandungkan juga. 

Jika semua yang terlibat betul bersedia, mungkin kita boleh bantu anak menghadapi wean off/pisah susu badan tu secara beransur-ansur dengan menggunakan pendekatan, anak tak minta nak menyusu, jangan la pula kita offer, bila anak minta kita lengahkan dengan ajak dia main atau makan ke minum ke..nasihat dan cakap dengan baik masa anak tengah mamai nak tidur. 

Anak pun macam kita juga, perlukan masa untuk menerima perubahan dan sangat menghargai kejujuran kita sebenarnya. InsyaAllah, tiba masanya..iman akan wean off sendiri tanpa perlu paksaan daripada sesiapa.  Ummi bahagia dan bersyukur dengan rezeki susu dari Allah yang izinkan erna susukan iman sehingga ke hari ini. Amin

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;



Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment