Nikmat dan Ujian Disisi Allah
Hi. Assalammualaikum. Salam kasih sayang kepada semua pembaca blog ummi erna. (macam la ada pula orang yang baca.. hihihi)
Rinduuunya erna nak update blog. Walaupun sekarang ni ada banyak pilihan medan untuk perkongsian, erna tetap rasa blog adalah tempat yang paling selesa dan penuh dengan sentimental. Usia blog erna, 9 tahun. 😊
Jadi pertamanya erna nak ucapkan berbanyak terima kasih jika korang (pembaca) sampai disini. Pilih untuk klik masuk blog erna. Kira korang orang yang bertuah pilihan Allah. Haaaa gitu.
Actually apa yang korang bakal baca diperenggan bawah-bawah ni nanti, erna pernah kongsikan di Facebook erna beberapa minggu lalu. Tapi, ia sangat berkait rapat dengan apa yang baru erna sendiri lalui. Sesungguhnya Kuasa Allah memang diluar kemampuan fikiran kita.
Jadi, erna terfikir apa salahnya erna kongsikan disini juga untuk bacaan hari depan erna. Dan erna niatkan semoga yang membaca penulisan erna ini nanti, dapat 'sesuatu'.
Sesungguhnya yang menggerakan jari korang untuk klik masuk baca entry ini adalah Allah. Apalah daya kita sebagai hamba yang kerdil ini. Semoga penulisan ini sampai ke hati korang juga. Aaminn....
----------------------------------
Pernah erna terdengar satu ceramah oleh Habib Ali Zaenal Abidin, pandanglah disetiap musibah yang kita lalui dengan bahasa hati dan iman.
'Tidak ada perkara musibah yang menimpa, KECUALI musibah yang menimpa ini yang akan membawa kepada kebaikan.'
Orang yang beriman, walaupun miskin papa tiada harta, dia rasa dia adalah orang yang paling bahagia dikurniakan nyawa walaupun miskin.
Orang yang diduga dengan sakit, kalau disingkapi kesakitannya dengan iman, dia berasa syukur masih bernafas walaupun sakit. Kerana iman nya sihat.
Ramai orang sekarang ini, badannya nampak sihat, tegap, gagah dan berketul-ketul lagi badan mereka. Tetapi imannya sakit. Kasihan..
Kata baginda Rasulullah S. A. W Orang beriman ini apa sahaja yang menimpa kepadanya, dilihat baik. Apa sahaja tau. Semuanya dirasakan baik.
Kata Habib Ali Zaenal Abidin lagi, ramai yang beranggapan, nikmat itu permanjaan Allah kepada hamba Nya. Bukan begitu ye kawan-kawan.
Macam kita, kita manjakan anak-anak, kita belikan dan beri apa sahaja yang anak-anak kita mahukan. Betul tak? Tetapi Allah bukan begitu.
Sesungguhnya nikmat itu dugaan.
Rezeki, harta benda, juga dugaan.
Sihat, kuat, pun dugaan.
Pekerjaan, pangkat, darjat, dugaan.
Pasangan, suami isteri, ahli keluarga, dugaan.
Anak-anak, ini pun dugaan.
Allah berfirman dalam Al-Quran, 'kami menduga kamu dengan kebaikan dan keburukan'.
Jadi, dugaan dari Allah S. W. T ini adalah perkara atau sesuatu yang kita suka atau kita tidak suka. Semuanya adalah sama sahaja bagi Nya.
Kalau orang beriman diduga dengan nikmat, dia bersyukur. Maka dugaan nikmat dengan syukur itu membawa kebaikan kepadanya.
Andai diduga dengan musibah, yang dia tidak suka, dia sabar. Sabarnya dia menghadapi dugaan dan musibah itu, membawa kebaikan dia.
Jadi kawan-kawan, nikmat atau musibah yang menimpa kita, disisi Allah ia tidak keluar daripada lingkaran DUGAAN.
Begitulah.
Hi. Assalammualaikum. Salam kasih sayang kepada semua pembaca blog ummi erna. (macam la ada pula orang yang baca.. hihihi) Rinduuunya erna ...