Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Minggu lepas heaven dan semangat kerja tinggi menggunung sebab, isnin kerja..selasa cuti..rabu kerja..khamis cuti..jumaat kerja..sabtu ahad cuti..Tapi, bila masuk isnin minggu ni, mulalah terasa lemau sangat. Sebab minggu ni kena kerja isnin sampai jumaat. Lagi, erna dah start handle sikit-sikit sistem yang dipertanggungjawabkan kepada erna. Sistem ni beli dari company di france. Selalu saja terpaksa balik lewat sebab perbezaan waktu malaysia dan france. Mereka mula bekerja pukul9 am france. Kalau ikut waktu malaysia, pukul4 ptg baru mereka mula masuk kerja. Kalau kami ada direct conference antara erna dan orang france tu, terpaksalah erna balik lewat. Pernah sekali tu, erna balik pukul9 mlm. Lewatkan? Sangat lewat pada erna yang dah ada seorang baby comel tunggu ummi pulang nak hisap nenen. Malam yang erna sampai rumah lewat tu, rasa sangat sayu hati ni bila iman melompat senyum bukan main bila nampak ummi balik kerja. Sedihnya..
Semalam, ada sorang staff kawan erna kat office ni..bagi surat behenti kerja. Alasan, nak jaga baby yang baru berusia 3bulan. Mereka suami isteri susah nak percaya kepada pengasuh dan taska. Sekarang ni, baby comel mereka tinggal di kampung. Terdetik dalam hati..bersyukurnya erna bila iman, ibu erna yang jaga. Walaupun dulu pernah terlintas dalam hati tak nak duduk dekat dengan keluarga selepas berkahwin. Konon nak berdikari suami isteri. Tapi ada juga kebaikan bila tinggal dekat dengan ibu. Bukan saja tinggal dekat dengan ibu, kalau suami outstation..suami tak bagi erna dan iman berdua di rumah kami. Suami suruh erna dan iman tidur rumah ibu. Suami akan outsation dalam 2minggu dan hanya 2minggu sahaja kami tinggal dirumah sendiri. Kalau suami outstation, kadang tu..ada juga erna singgah-singgah melawat rumah kami =)
Semalam juga, waktu lunch, erna temankan kawan office erna yang sorang lagi ke taska. Kali pertama melawat taska tu, erna juga yang temankan kawan erna ni. Semalam hari pertama kawan erna hantar anak dia ke taska tu. Awalnya, masa kali pertama melawat taska tu..erna rasa berat hati kalau kawan erna nak hantar anak dia kat situ. Kawasan taska tu nampak tak selesa. Tilam nampak hitam busuk-busuk je. Tapi, alhamdulillah..semalam masa erna temankan kawan erna, anak kawan erna tengah tidur. Cikgu taska cakap, anak kawan erna tu penat main. Ada kawan lain, sepejabat juga..cakap,mungkin anak kawan erna ni di beri ubat batuk bagi mengantuk. Owh..kesian kawan ni. Sedih fikirkan anak dia. Erna taknak cakap yang negetif. Sentiasa cakap yang positif agar kawan erna yang hantar anak kat taska ni, rasa senang hati nak bekerja. Kita ibu kepada anak kita. Doa seorang ibu itu tinggi kuasanya. InsyaAllah..anak kita selamat dan sentiasa dalam lindungan Allah.
Itu semua perkongsian cerita bagi ibu-ibu bekerjaya yang berat hati nak kerja memikirkan anak kecil yang terpaksa ditinggalkan. Sama macam erna. Erna pun sejak kerja ni, mengalami situasi yang sama. Terkenang lagi saat-saat masih belum bekerja dan baru tamat belajar haritu. Erna duduk rumah..buat business online dan masa sangat flexsible. Iman pun ada depan mata. Kadang tu, ada juga erna mengada-ngada cakap pada suami nak berhenti kerja dan duduk rumah jaga iman. Jawapan suami, "terpulanglah..babah masih mampu" Hati lega bila setiap kali nyatakan hasrat nak berhenti kerja, suami akan beri jawapan yang sama. Tambahan jawapan suami, "kenapa nak berhenti kerja? iman ibu jaga..tak ada apa nak di risaukan.." Terus rasa tak jadi nak berhenti kerja. Sebab diri sendiri ada kemahuan. Kalau boleh, tak nak semua kemahuan di tunaikan oleh suami. Kesian suami..
Dalam hidup ada keperluan dan kemahuan. Alhamdulillah..segala keperluan hidup erna, suami dah tunaikan atau dalam erti kata lain, suami tanggung segala keperluan erna. Rumah suami dah sediakan, sebijik kereta suami beri sejak erna mula kahwin lagi, duit belanja bulanan, makan minum, pakaian semua suami dah sediakan. Alhamdulillah syukur sangat..Tapi, kenapa erna masih bekerja? Sebabnya, erna ada kemahuan. Erna tak nak kalau segala kemahuan erna terpaksa di tanggung oleh suami. Sejak kecil, erna bukan datang dari keluarga yang berada. Keluarga kami biasa-biasa sahaja. Dulu, nak apa-apa terpaksa tangguhkan niat. Masa study, nak apa-apa erna usaha dapatkan. Erna memang suka business sejak dulu. Sejak kecil. Masa study kat UniMAP pun, macam-macam erna jual. Pernah juga hujung minggu jadi cikgu tuisyen kat pusat tuisyen yang berhampiran dengan asrama. Jadi, bila dah kerja ni..apa sahaja kemahuan hati, boleh ditunaikan sendiri.
Belajar dulu, ada hutang ptptn. Kalau erna tak kerja, tak kan nak suruh suami yang tanggung hutang ptptn erna. Lagi, erna ada ibuayah. Erna memang dah beniat sejak dulu lagi..kalau dah habis study, erna kerja..erna nak berkongsi pendapatan erna dengan ibuayah. Sekarang, bila dah kerja..kalau teringin nak beli apa-apapun, ada duit sendiri. Bolehlah beli. Tak perlu bebankan sesiapa kalau nak membeli atau memiliki sesuatu. Biasalah kita pasti ada kemahuan dalam hidup ni. Lagipun, bila dah ada anak..macam-macam nak belikan untuk anak. Tak perlulah mintak duit suami kalau nak beli apa-apa. Boleh juga guna pendapatan yang ada ni, untuk bantu suami. Walaupun suami sentiasa menolak bila isteri nak tolong bayarkan apa-apa bil. Semoga Allah sentiasa merahmati suami ku..Hujung bulan, boleh belanja suami makan sedap-sedap. Isteri ajak suami pegi Tesco, beli barang basah dan masak sedap-sedap untuk suami. Suami cakap, suami tak minta apa-apa selain daripada..jaga iman dan jaga diri isteri baik-baik. Terharu....
Bekerja kita, bukan bermakna..kita abaikan anak-anak. Apa yang erna buat, balik kerja..erna akan terus amik iman. Terus bagi iman hisao nenen. Biasanya iman tak pernah menolak kalau ummi suakan nenen setiap kali ummi balik dari kerja. Selalu erna sampai je rumah ibu, erna akan beri salam dan senyum lebar-lebar kat iman sambil cakap.."ummi dah balik work sayang..ummi rindu iman..meh cepat hisap nenen.." sambil baca bismillah dan terus suakan nenen kat iman. Malam, main-main dengan iman dan aktiviti yang erna rasa iman suka bila erna buat dengan iman, erna akan urut-urut perut iman dengan minyak telon baby sambil nyanyi. Sambil main-main tu, erna akan cakap kat iman.."ummi work sebab nak dapatkan duit. Nanti nak beli shoe , cap, nak beli toys untuk iman..hari-hari ummi rindu iman" itu antara ayat yang selalu erna cakap pada iman. Ajak iman main tepuk-tepuk tangan. Ambil tangan iman dan ajak nyanyi anggota badan sambil tickle2 dia. Tergelak-gelak dia. Bukan main lagi iman suka. Hari-hari ulang benda yang sama cuma nyanyian dan aktiviti sedikit berbeza. Kalau iman tidur, erna akan mula check order OhShawl pulak. Itulah rutin harian selepas balik bekerja.
Jadi, kita sebagai ibu bekerjaya..kita wanita yang hebat. Wanita yang kuat. Wanita yang superpower. Dengan syarat, kita tak pernah abaikan tanggungjawab. Walaupun kadang tu, baju menggunung tinggi dalam bakul tunggu hujung minggu baru sattlekan semua urusan kemas mengemas rumah. Kita ibu kepada anak kita, doa seorang ibu mujarab. Berdoalah kita agar anak kita yang ditinggalkan dalam jagaan orang lain sentiasa dalam lindungan Allah. Bekerja kerana adanya kemahuan dan syukur segala keperluan telah ditunaikan oleh yang tersayang. Alhamdulillah..
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.. Minggu lepas heaven dan semangat kerja tinggi menggunung sebab, isnin kerja..selasa cuti..rabu k...