Sembelit Dalam Pantang Dan Sembelit Ketika Hamil
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,
Biasakan kita dengar orang mengadu..sembelit ketika dalam pantang. Menyeksakan. Betul-betul menyeksakan. Sebab masa iman dulu, erna ada mengalami masalah yang sama. Rasanya masa tu dah lebih 2minggu berpantang. Awal-awal tak ada masalah sembelit. Masa berpantang lahirkan iman dulu, erna masih belum mengenali Shaklee.
Tidak mustahil juga ada yang sembelit ketika waktu kehamilan. Alhamdulillah..sekarang usia kandungan dah mencecah 20w + tapi erna belum pernah ada masalah sembelit. Memang pengambilan makanan sangat penting dan perlu juga pastikan pengambilan air masak yang mencukupi untuk memudahkan proses pembuangan dan najis juga lembut.
Sembelit juga sinonim dengan Buasir. Seram kan dengar buasir. Sebab sampai tahp yang teruk, buasir menyebabkan kita rasa sangat sakit pada bahagian dubur. Selain itu, ada yang lebih teruk sampai keluar darah ketika membuang. Harap anda semua tidak pandang ini sebagi sesuatu yang remeh. Perkara ini perlu diambil serius. Kerana semakin di biarkan masalah buasir ataupun sembelit berlarutan, sistem dalaman boleh rosak akibat tekanan pada bahagian otot dubur yang sangat kuat.
Sembelit adalah masalah biasa semasa hamil dan juga dalam pantang. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil dan dalam peringkat awal berpantang mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang semasa berpantang dan juga mungkin disebabkan kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan ibu tersebut pada peringkat awal selepas kelahiran. Hormon ini memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi yang diambil pada masa ini juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.
Tips bagi mengatasi masalah Sembelit
1) Pertama sekali, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga.
2) Anda perlu mengawasi diet. Pastikan minum air secukupnya dan lakukan senaman. Perlu makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Janganlah terlalu berpantang dengan tidak mengambil langsung sayur-sayuran atau buah-buahan.
3) Anda juga dinasihatkan minum banyak air atau jus buah sekurang-kurangnya lapan gelas sehari - 1.5liter sehingga 2liter. Jus prun juga boleh membantu. Lakukan aktiviti seperti biasa. Suplemen yang mengandungi zat besi juga boleh menyebabkan sembelit, tanyalah doktor jika ada pilihan lain.
4) Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor boleh memberi ubat yang sesuai kepada anda.
5) Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit. Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan menikmati makanan segera.
Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita selepas bersalin, tetapi jika ia berlarutan, maklumkan kepada doktor anda. Kadang-kala, sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin.
Apa itu Buasir?
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur.
Apabila vena ini membonjol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Ianya terjadi disebabkan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.
Rawatan
Proses rawatan yang boleh dilakukan untuk peringkat awal adalah pemberian ubat melembutkan najis.
Selain itu, minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari. Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit. Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan menikmati makanan segera.
Jika makan di luar rumah, pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar. Jika terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.
Pilihan lain, erna sarankan setiap ibu yang bakal berpantang dan yang sedang berpantang, sediakan Ostematrix Shaklee. Dimana pengambilan supplement juga dapat membantu. Ibu digalakkan berpantang dengan OSTEMATRIX.
Ostematrix adalah kalsium dan sangat diperlukan untuk membantu pergerakan otot-otot badan yang lancar. Pengambilan kalsium yang mencukupi akan dapat melancarkan pergerakan usus besar sekaligus membantu mengatasi masalah sembelit.
Selain itu, kadar keperluan kalsium seorang ibu menyusu juga lebih tinggi berbanding yang tidak menyusu, maka ianya sangat sesuai untuk diamalkan setiap ibu di dalam pantang.
Ostematrix juga mngandungi Magnesium di mana ia bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan.
Vitamin D – Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak mendapat cukup ‘hormon calcitriol’ iaitu sebagai vitamin D yang aktif. Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada dan ini boleh melemahkan tulang tulang kita.
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang, Biasakan kita dengar orang mengadu..sembelit ketika dalam pantang. Menyeksakan. Betul-betul ...