Assalammualaikum dan Salam Kasih Sayang..
Alhamdulillah..harini masuk hari kedua erna SERIUS potty training iman. Dalam bahasa melayunya..erna dalam usaha nak ajar iman membuang/melepaskan hajat ditandas. Kencing dan beyak ditandas. Perkataan SERIUS yang erna highligh disitu nak bagitahu yang erna betul-betul dan nekad nak ajar iman. Sebab sebelum ni, masa erna baru-baru habis pantang gitu adalah juga mula sikit-sikit. Tapi, ummi tak konsisten. Bila tak konsisten, tak menjadilah kan..
Macam biasa, sebelum mulakan sesuatu yang baru dalam ilmu keibubapaan ni, erna akan bincang sembang dengan ibu. Ini rujukan paling dekat. Kemudian ada bincang sembang dengan mertua juga. Lain, memang selalu yang erna akan buat adalah..erna akan googleeeee bacaaaa bacaaa fahamkannn. Ok, bila betul bersedia, erna nekad. Erna akan buat. Erna SERIUS kalini. KONSISTENSI, ISTIQOMAH, KUAT SEMANGAT, SABAR.
Buat anda ibu-ibu yang nak potty training anak anda, baca perkongsian dibawah ini sampai habis ok. Memang entry ini panjang, tetapi insyaAllah ia memberi anda idea dan ini adalah rujukan terbaik untuk ibu-ibu yang betul-betul nak ceraikan anak dan pampers.
=========================
Apabila anak mencapai usia 2 tahun, Latihan ke Tandas @ Potty Training
merupakan satu cabaran besar buat pasangan ibubapa. Saya akui, bukan
mudah untuk melalui cabaran ini. Ia memerlukan KESABARAN yang sangat
tinggi, prakstis yang KONSISTEN @ istiqamah, KEYAKINAN terhadap
kemampuan anak & KERJASAMA daripada pasangan.
Sekiranya ada
kegoncangan dalam satu daripada 4 perkara ini, maka proses melatih anak
untuk ke tandas akan menjadi LEBIH sukar. Bunyinya menakutkan, bukan?
hehehe.. Saya hanya mahu anda sebagai ibubapa yang ingin melatih anak ke
tandas, mempunyai persiapan mental yang kuat sebelum berdepan dengan
cabaran ini.
Apa yang telah saya lakukan sewaktu melatih anak
sulung saya ke tandas, sehingga dengan izin Allah swt, dia berjaya
melakukannya kurang daripada 30 hari? (Maksudnya, tiada lagi lampin pada
waktu siang, malam dan ketika bermusafir atau pun shoppping )
Saya akan cuba compress kan ceritanya, memandangkan kalau saya tulis dengan terperinci, ia akan jadi ebook, bukan lagi artikel.
1.
Sebelum saya memulakan hari pertama potty training, saya telah kerjakan
solat sunat 2 rakaat, memohon kepada Allah swt agar membantu saya
melatih anak ke tandas kurang daripada 30 hari.
Saya yakin,
dengan bantuan Allah swt sahaja, misi ini akan berjaya. Dan memang
benar, apabila saya ceritakan matlamat saya kepada Allah swt dan mohon
pertolongan daripadaNya, semuanya menjadi lebih mudah dan Alhamdulillah
misi ini berjaya, walaupun saya baru melakukannya untuk pertama kali.
Jika
anda perasan, saya telah tetapkan matlamat 30 hari sebelum saya
memulakan latihan ini lagi. Ini kerana, saya seorang yang “sangat” sabar
(hehe), sebab itu, saya tidak mahu melalui latihan ini dalam masa yang
terlalu lama. Jika anda juga mahu melihat hasil latihan dengan segera,
anda juga harus menetapkan matlamat yang jelas & terperinci seperti
ini.
2. Saya telah membuat declaration di hadapan ibu saya (nenek
Nabilah), bahawa; Nabilah akan pulang ke kampung untuk menyambut hari
raya Aidilfitri dalam keadaan potty trained.
Teknik ini selalu
digunakan dalam perniagaan. Tujuannya untuk memotivasikan diri
seseorang, agar terus bersemangat, berusaha lebih keras dan tidak akan
patah semangat walau apa sahaja rintangan yang bakal dilalui. Btw, saya
telah pilih Ramadhan sebagai bulan melatih anak untuk ke tandas, kerana
Ramadhan adalah bulan keSABARan.
3. Saya telah kunci @ tutup
ruang yang digunakan untuk bersolat pada waktu siang. Semua carpet dan
tikar yang ada di rumah juga telah siap-sedia digulung pada pagi
tersebut dan ia tidak akan dibuka sehinggalah Nabilah 100% potty
trained.
Ini dilakukan untuk memelihara kesucian dan memudahkan
proses pembersihan, memandangkan rancangan saya adalah untuk
menanggalkan lampin / diaper anak sepanjang hari tersebut.
3 Teknik Mudah Kejayaan Potty Training Kurang 7 Hari
Teknik #1: Menanggalkan lampin
Misi
pertama kita adalah untuk menyedarkan anak, bahawa terdapat satu
“proses” yang sedang berlaku di bahagian perkumuhannya. Tekniknya
adalah; Tidak memakaikan lampin sepanjang hari (tetapi, seluarnya mesti
dipakai ya, ibu-ibu Anak-anak soleh tidak boleh diajar ber-telanjang,
kerana ia akan mengikis perasaan malu)
Apabila dia ter-buang air
kecil untuk pertama kali di dalam seluarnya, reaksi yang mungkin anda
terima ialah: melihat air mukanya yang terperanjat, ataupun menjerit
memanggil anda kerana seluarnya telah basah, atau mungkin berlari ke
tandas sambil berciciran “airnya” di sepanjang perjalanan.
Haa..sebab
itulah, semua carpet dan tikar mesti digulung terlebih dahulu ye. Jadi,
mudahlah untuk kita bersihkan kotorannya. Dan pastikan, anda tidak
menunjukkan wajah yang marah, sedih atau berputus asa, kepada anak
tatkala dia ter-kucil di luar tandas. Malah, inilah peluang BESAR anda
untuk mengajarkannya; apabila terasa hendak membuang air kecil, pergilah
ke tandas. Berikan senyuman dan dorongan kepadanya, serta tunjukkan
yang anda yakin pada kemampuannya.
Apabila anak anda telah
“sedar” tentang proses ini (meskipun anda terpaksa mengelap kotoranya
beberapa kali..huhu), dia akan LEBIH CEPAT belajar dan mudah dilatih
untuk ke tandas. Maka percayalah, anda telah pun selangkah ke arah
kejayaan!
Teknik #2: Mengatur waktu ke tandas
Di
dalam teknik yang saya gunakan ini, walaupun memang kita ’sengaja’ mahu
anak kita, sekurang-kurangnya pernah sekali, ter-kucil di dalam
seluarnya. Tetapi, dalam masa yang sama, kita turut melatih cara sebenar
untuk ke tandas.
Tetapkan masa, seperti: setiap 15 minit, ajak
anak anda ke tandas untuk membuang air kecil. Bagi merangsang proses
pembuangan air kencing berlaku, ajak anak ber-cangkung, basahkan
kemaluan dengan air atau membuat bunyi-bunyi seperti ” shhh…”.
Sekiranya
anda dapati 15 minit adalah tempoh yang terlalu singkat untuk anak
anda, maka anda boleh panjangkannya ke arah 20 minit atau 30 minit.
Namun selepas dipanjangkan tempoh tersebut, anak anda sempat pula
ter-kucil di luar tandas, maka pendekkan kembali masa tersebut.
Walaupun
dia tidak mahu membuang apa-apa semasa berada di dalam tandas, tidak
mengapa. Ajarkan anak cara-cara membersihkan kemaluannya dan ambillah
peluang ini juga, untuk mengajarkan anak adab-adab ke tandas. Baca doa
sebelum masuk ke tandas, masuk tandas menggunakan kaki kiri, memakai
selipar di dalam tandas, keluar tandas dengan kaki kanan dan lain-lain.
Lakukan
teknik ini dengan suasana yang ceria dan menggembirakan. Elakkan
paksaan atau meninggikan suara sewaktu mengajak anak ke tandas. Aktiviti
ini mungkin agak memenatkan, tetapi yakinkan diri anda, bahawa
sekiranya anda terus bersabar dan istiqamah melakukannya, maka anak anda
akan CEPAT berjaya.
Teknik #3: Berikan ganjaran
Kanak-kanak
sangat sukakan ganjaran. Mereka akan rasa lebih teruja untuk melakukan
sesuatu sekiranya ada ganjaran. Ganjaran untuk latihan ke tandas perlu
diberikan setiap kali anak “berusaha” untuk ke tandas (samada anda yang
menyuruhnya, atau dia pergi sendiri ke tandas).
Cuba perhatikan
betul-betul, yang saya highlight kan di sini adalah ganjaran untuk
USAHA, bukan untuk hasil. Bukan mudah untuk anak kita menguasai sesuatu
kemahiran. Oleh sebab itu, kita sebagai ibubapa harus menghargai
usahanya, walaupun usaha yang tidak mendatangkan hasil. Lebih banyak
penghargaan diberikan atas usaha, maka LEBIH CEPAT lah usaha itu
membuahkan hasil.
Antara elemen ganjaran yang selalu dipraktikkan
di serata dunia ialah dengan menampalkan pelekat (sticker) bintang
kejayaan. Buatkan satu jadual latihan ke tandas yang berwarna-warni
untuknya. Tampalkan di dinding rumah dan tuliskan di bahagian headline, “ BERJAYA!!” (Contoh: Ammar BERJAYA!!).
Setiap
kali anak keluar dari tandas, bacakan headline tersebut dengan nada
yang gembira. Lihat wajahnya, dan anda akan dapati dia tersenyum bangga
melihat kejayaannya.
Kemudian, ajak anak tampal bintang-bintang
kejayaan di atas jadualnya. Katakan padanya, sekiranya bintang-bintang
ini penuh sampai ke ruangan ini, ummi akan berikan hadiah. (Janjikan
hadiah yang disukainya). Pasti ia akan lebih teruja untuk menambahkan
koleksi bintang-bintangnya.
Yakinlah, dengan KESABARAN yang
tinggi, prakstis yang KONSISTEN, KEYAKINAN terhadap kemampuan anak ,
KERJASAMA daripada pasangan dan DOA yang berpanjangan, anda dan anak
anda akan berjaya melalui latihan ini LEBIH CEPAT daripada jangkamasa
yang ditetapkan.
4 Rahsia Kejayaan Potty Training
Rahsia #1: Kesabaran
Sabar
itu adalah sebahagian daripada iman. Apabila kita dapat bersabar kerana
menahan kemarahan, maka satu tingkatan iman di dalam diri kita akan
naik pada ketika itu. Mengapa kita perlu bersabar? Ini kerana, dalam
kesabaran ada janji Allah swt, “Innallaaha maa’s soobirin” (Sesungguhnya
Allah swt bersama dengan orang-orang yang sabar). Apabila Allah swt
berjanji, pasti dan pasti Dia akan tunaikannya.
Apabila kita
ber-sabar (mengawal diri untuk marah) sewaktu mendidik anak, maka secara
tak langsung, kita sedang menarik magnet yang baik ke dalam diri kita
dan anak-anak. Apabila ibubapa mula meninggikan suara kerana marah,
magnet kegembiraan akan hilang, dan magnet kesedihan mula menyelubungi
jiwa ibubapa dan anak-anak.
Nampaknya, kemarahan tidak akan memberi
faedah kepada kedua-dua pihak (ibubapa & anak). Jadi, tiada jalan
lain melainkan…BERSABARLAH
Pernah satu ketika di zaman
Rasulullah saw, seorang sahabat (yg masih jahil) telah membuang air
kecil di dalam ruang solat. Apabila ternampak kelakuan itu,
sahabat-sahabat lain mahu memarahi & menghalangnya. Tetapi,
Rasulullah saw dengan tenang telah berkata, biarkan dia selesaikan
urusannya terlebih dahulu. Apabila sahabat yang masih jahil tadi selesai
membuang air kecil, barulah Rasulullah saw datang kepadanya dan
memberikan nasihat dengan penuh hikmah.
Sampai ke tahap itu
kesabaran Rasulullah saw ye. Sebagaimana yang telah kita maklum, berkat
kesabaran itulah, Rasulullah saw berjaya mendidik sahabat-sahabat
sehingga menjadi umat yang sangat cemerlang (walaupun asalnya, mereka
ini lebih teruk akhlak dan moralnya jika dibandingkan dengan umat di
zaman ini)
Semoga kita juga dapat mencontohi kesabaran Rasulullah
saw dalam mendidik anak-anak. Yakinlah bahawa, dalam kesabaran, ada
kejayaan.
Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:
Amalkan doa ini pada setiap masa: “Robbi yassir wa laa tua’ssir ” (Ya Tuhanku, mudahkanlah dan jangan disusahkan)
Jika
terasa hendak marah semasa berdiri, maka duduklah. Jika sudah duduk,
tetapi masih tidak hilang kemarahannya, maka baringlah. Dan jika dalam
keadaan baring pun masih belum dapat menahan marah, maka berwudhu’lah.
Senyum pada anak, senyum dan senyum, sehingga magnet kemarahan dan
kesedihan itu hilang. Tarik magnet kegembiraan dengan senyuman atau
ketawa, maka insyaAllah, Allah swt akan kurniakan perkara yang terbaik
untuk kita dan anak kita.
Rahsia #2: Konsisten
Anda
perlu konsisten sewaktu melatih anak ke tandas. Maksudnya, tidak boleh
dilakukan seperti ini, hari #1 tidak pakai lampin, hari #2 (sebab ummi
dah penat anak pakai lampin kembali. Oh, tidak…ini tidak boleh.
Atau seperti ini:
Ketika
berada di rumah, tidak pakaikan lampin. Tetapi, apabila hendak keluar
shopping, atau sewaktu berada dalam kenderaan kerana musafir yang
panjang, anak dipakaikan lampin kembali. (kerana khuatir najis
ter-tembus, atau tidak sempat ke tandas dsb). Ini juga tidak boleh. Ya,
TIDAK boleh.
Sekiranya anda mahukan latihan ini berakhir dan
berjaya dengan cepat, maka anda perlu konsisten. Tidak kira walau apa
pun yang berlaku. Satu amal yang sedikit, tetapi konsisten @ istiqamah,
lebih disukai oleh Allah swt daripada amal yang banyak tetapi tidak
istiqamah. Sama lah juga dengan potty training.
Apabila ibubapa
mula hilang konsistensi, maka anak akan terkeliru. Anak akan terfikir;
“Apakah aku patut buang najis ku di sini (diaper) atau di sana
(tandas)?” “Kadang-kadang boleh buang dalam diaper, kadang-kadang tak
boleh? Isy…mana satu yang betul..confuse, confuse.. ”
Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:
Untuk
ibu yang bekerja, ambil cuti seminggu untuk membuat latihan ini. Ini
kerana, tidak semua pengasuh dapat mengambil alih tugas potty training
dengan sempurna. Kebanyakannya tidak sanggup, kerana latihan ini akan
membebankan mereka.
Pilih satu minggu yang kosong (anda dan anak
tidak mempunyai sebarang sebab untuk keluar dari rumah seperti untuk
menghadiri majlis perkahwinan, atau membeli belah dan sebagainya) Dengan
ini, anda akan mudah konsisten.
Dengan langkah yang diajarkan
sebelum ini, biasanya, waktu kritikal adalah cuma 3-4 hari sahaja.
Namun, untuk menambahkan lagi keyakinan dan keupayaan anak, maka kita
berikan mereka peluang selama seminggu.
- 30 minit sebelum anak tidur, pastikan dia tidak minum air.
- Ajak anak ke tandas sebelum tidur.
- Ajar anak beri isyarat atau cakap apabila terasa hendak membuang air.
- Zikir selalu Apabila kita selalu ingat kepada Allah swt, maka bantuanNya akan mencurah-curah datang kepada kita.
Rahsia #3: Keyakinan
Ini
adalah TOP SECRET dalam kejayaan melatih anak ke tandas. Satu perkara,
yang dapat membawa kejayaan proses ini LEBIH cepat daripada biasa ialah
dengan keyakinan. Btw, yakin pada siapa ye?
1. Yakin pada pertolongan daripada Allah swt,
2. Yakin pada diri sendiri,
3. dan yakin pada kemampuan anak
Dengan
keyakinan pada Allah swt, kita akan selalu berdoa, memohon pertolongan
daripadaNya (waima untuk buat potty training pada anak!) Ya, dalam apa
jua keadaan sekalipun ber-doa-lah pada Allah, kerana itulah senjata
paling kuat untuk orang-orang mukmin.
Yakin pada diri sendiri
pula akan meningkat apabila keyakinan kepada Allah swt diusahakan. Tiada
keyakinan diri yang lebih hebat, daripada merasakan yang Allah swt
sentiasa ada bersama-sama dengan kita. Dia sentiasa membantu kita, dan
Dia juga yang akan memberikan kejayaan buat kita.
Yakin pada
kemampuan anak. Ini adalah bahagian yang mungkin agak sukar dalam
latihan ini, namun ia boleh dibentuk. Menurut kajian, kanak-kanak adalah
makhluk yang dilahirkan dalam keadaan mempunyai keyakinan diri yang
tinggi. Kita sebagai ibubapa lah, yang mencorakkan keyakinan diri nya,
samada mahu terus membinanya, atau meruntuhkannnya.
Apabila anak
melihat ibubapa yakin terhadap kemampuan mereka. Maka, keyakinan mereka
akan meningkat dengan pesat. Tetapi, apabila anak melihat ibubapa hilang
keyakinan pada kemampuan mereka. Maka keyakinan mereka akan menurun
sedikit demi sedikit.
Ini kerana, kita adalah orang yang paling
mereka sayangi di muka bumi ini. Sedikit sebanyak, persepsi kita memberi
kesan kepada jiwa mereka.
Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:
Terus
konsisten dalam latihan ini. Jangan sarungkan diaper sewaktu hendak ke
pusat membeli belah atau semasa dalam kereta, kerana anak akan fikir;
“ummi tidak yakin pada kemampuanku, sebab itu dia pakaikan diaper”, “aku
akan cakap bila terasa hendak ter-kencing, tetapi kenapa ummi masih
pakaikan diaper lagi? Mungkin sebab, aku belum berjaya kot”
Sentiasa berikan taghrib (motivasi) kepadanya. Samada melalui perbuatan, mahupun percakapan. Contoh-contoh ayat;
(Apabila dia berjaya ke tandas) “Yeay, Iman berjaya!! Sayang anak ummi..Mmuaahh”
(Sebelum
keluar dari rumah) “Zakwan akan cakap dengan ummi bila terasa nak buang
air kecil,kan?”Dia pun mengagguk-anggukkan kepala. “Sayang anak
ummi..mmmuaaaah!”
(Apabila melihat anak ter-kucil di luar tandas),
“Tak apa Ibtisam, nanti ummi lap. Lain kali, kalau Ibtisam rasa nak
terkencing, Ibtisam terus pergi ke tandas, tau. Ummi yakin Ibtisam boleh
buat. Sayang Ibtisam..mmmuaaah”
**pelukan dan ciuman ibubapa dapat meningkatkan keyakinan anak terhadap dirinya.
Apabila
anda yakin pada kemampuan anak, mereka akan cepat berjaya. Yakinlah
kepada kemampuan anak dengan sepenuh hati, kerana apa yang dirasakan
dalam hati, akan terpancar melalui perbuatan kita. Jangan biarkan anak
ter-hidu walau sedikit pun ketidakyakinan ibubapa terhadap diri mereka.
Rahsia #4: Kerjasama pasangan
Dalam
apa jua proses pendidikan anak-anak, kerjasama pasangan merupakan
success factor (faktor kejayaan) yang paling terunggul. Ceritakan dan
rancang bersama dengan pasangan anda, bagaimana untuk menjalankan
latihan ini. Tetapkan masa yang sesuai, di mana anda dan pasangan sudah
bersedia untuk melalui latihan ini.
Kerjasama ini bukan bermaksud
pasangan anda mesti menolong mengelap, membasuh dsb (Jika anda
memperoleh kerjasama seperti ini, Alhamdulillah Percayalah, ia adalah
satu BONUS bantuan daripada Allah swt. Kerana, tidak semua isteri,
mendapat sokongan seperti ini)
Kerjasama mungkin juga dalam
bentuk sokongan motivasi secara lisan atau sekurang-kurangnya tidak
menambahkan beban kerja untuk anda yang sedang menjalankan latihan ini
kepada anak. Kebiasaannya, ibu yang akan memainkan peranan besar dalam
potty training ini memandangkan wanita dikurniakan oleh Allah swt dengan
sikap sabar. Sekiranya pasangan anda, kurang melibatkan diri dalam
latihan ini, jangan sedih atau putus asa. Berbalik kepada Rahsia #3:
Yakin pada pertolongan Allah swt.
Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:
Zikir
yang boleh diamalkan: Hasbunallaha wa nikmal wakiil. A’lallahi
tawakkalna (Cukuplah Allah sebagai pembantuku. KepadaNya lah aku
berserah)
Amalkan tasbih fatimah sebelum tidur:
1. Subhanallah 33x
2. Alhamdulillah 33x
3. Allaahuakbar 33x
4. Laailaahaillallahu wahdahu laa syariika lah. Lahul mulku walahul hamdu, wahua a’la kulli syaiiin qadir 1x
Fadhilatnya; Allah swt akan memberikan bantuan lebih baik daripada mempunyai seorang pembantu.
Teruskan berdoa, usaha, dan berdoa lagi dan lagi sehingga akhir hayat. InsyaAllah
#credit
=====================================
Dalam banyak-banyak rujukan dan bacaan, inilah yang erna copy and remind pada diri erna. Lain-lain info daripada ibu-ibu lain juga sangat membantu. Terima kasih semua..
InsyaAllah dilain entry, akan erna kongsikan pengalaman Baru Belajar erna dan iman.
Erna mulakan misi Potty Training ini sebab erna yakin akan kemampuan iman. Iman bijak. Mesti berjaya!
Iman, ummi tak paksa iman tau..tapi kita usaha sama-sama. Ummi akan bantu iman semampu ummi. Untuk hari pertama semalam, alhamdulillah...walaupun ada 4x terbabas, tapi iman dah cuba yang terbaik. Iman sayang..ini juga bukan sebab tak mampu beli pampers atau nak jimat beli pampers. Memang itu antara faktor-faktor nak iman diapers free. Tapi, faktor yang lebih utama adalah..iman dah besar dan ini antara langkah untuk ajar iman berdisiplin diusia muda.
Ummi love u sayang..my big boy.
My hero yang akan jaga ummi dan masukkan ummi ke liang lahad nanti.
InsyaAllah...
Anak bijak erna makan
SET ANAK BIJAK DAN SIHAT. Dalam set ini ada
Meal Shakes,
Chewable Vitamin C dan
Omega Guard. Erna sentiasa berusaha berikan yang terbaik kepada anak-anak erna. Semoga anak-anak sentiasa sihat, kuat antibodi dan bijak.Next entry erna akan share lebih detail tentang vitamin untuk anak ye.
|
Rahsia anak sihat selalu dan bijak pandai |
Jika anda ingin dapatkan apa-apa produk kesihatan Shaklee, boleh hubungi erna. Kita sembang bincang apa yang sesuai untuk anak anda..jangan malu tau. Hubungi sekarang juga!
Jika anda ingin menikmati
harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh
mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan
anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas
mendaftar sebagai ahli nanti.
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI
KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh
hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda
masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke
seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala
testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk
merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang
mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan
terlebih dahulu.
Assalammualaikum dan Salam Kasih Sayang.. Alhamdulillah..harini masuk hari kedua erna SERIUS potty training iman. Dalam bahasa melayun...