Sakitnya Tuh Disini...
Jari Anak Tersepit Pintu | Assalammualaikum. Macam mana nak mula cerita ni ye. Huwaaaa sedih. Lama dah tak ada perasaan macam ni. Apapun selepas kejadian ni, memang ternyata naluri ibu-ibu tu kuat sangat. Iyalah...anak pun dah 2 orang kan. Semestinya naluri keibuan tu sangat la kuat.
Ceritanya begini....
Semalam pukul 4am anak-anak masih tak tidur. Mereka dah tidur awal, malam tu berjaga la pula. Memang anak-anak erna macam ni. Awal-awal tidur, pukul12-1 pagi bangun. Kadang tu kul9 mlm dah tidur...kul12 tengah malam bangun berjaga main macam siang hari. Gembira sangat dia main berdua. Abang Iman dan Taqwa Ammara.
Semalam erna kat dapur. Tak ingat buat apa. Sebab kejadian berlaku sekelip mata. Tak ingat apa dah semalam. Erna keluar dari dapur, dengar Taqwa nangis macam suara keluar tak keluar je. Kalau orang kelantan cakap.."selok" nangis kuat sampai tak keluar suara tu. Masa tu memang nampak babah diri berdepan sisi dengan Taqwa sambil tangan babah tu tutup pintu. Bam! Dan....Spontan! Spontan erna jerit...JARI TAQWA!!!!
Babah terkejut dan cepat-cepat bukak pintu. Terus dukung taqwa yang masa tu dah lembek erna tengok. Menangis hilang suara baby ummi. Babah bawak taqwa ke dapur basuhkan muka dengan air. Baru keluar suara kuat dia menangis. Kalau tak, menangis tak keluar suara dan nampak bibir dia macam dah biru. Allah....tuhan je tahu perasaan masa tu. T____T ummi memang dah menangis lah masa tu. Bibir tak henti sebut anak ummi..anak ummi...Allah...sakit.
Erna pernah tersepit pintu kereta.
Allah...sakit tak tahu nak gambarkan macam mana. Memang berdenyut-denyut berjam-jam. Sampai keesokannya masih rasa sakit tu. Apalagi Taqwa yang baby tu kan. Jari halus macam tulang burung. T___T geramnya tak tahu nak kata,
Babah yang panik, ummi yang panik, abang iman yang buat-buat panik (nampak juga la muka abang iman panik walaupun dia macam faham tak faham je apa yang berlaku)
Perasaan erna ni, tak tahu nak cakap macam mana. Walau macam mana baik pun kita jaga anak kita, walaupun kita rasa kita ni dah bagi 120% perhatian kepada anak, jika nak ditakdirkan terjadi..memang terjadi. Apapun memang atas kecuaian lah kan? Babah memang suka nak tutup-tutup pintu. Alasan babah tak nak anak-anak masuk bilik main apa yang kita tak nampak depan mata. Takut Taqwa makan apa-apa yang dia jumpa dalam bilik. Sebab taqwa memang jenis yang suka kutip masuk dalam mulut. Abang iman dulu tak macam tu.
Alasan babah tu memang la betul. Tapi ummi macam tak boleh nak terima T____T sebab sian jari comel baby ummi. Huwaaaaa
Ummi nak letak minyak pun menangis Taqwa. Nak pegang jari dia tak bagi. Nak tiup-tiup pun dia tak bagi. Bukak lagu Head Shoulder Knees Toes kat hp ummi, senyap la dia kejap. Sambil teresak-esak dia. Merah hidung mata mulut baby ummi. Lagu habis, menangis sambil tunjuk tangan kat ummi. Ummi bagi nenen...kejap hisap. Kejap Taqwa stop dan tunjuk tangan. T___T nangis tau ummi. Ummi tau nak cakap sakit la tu. Tapi tak tahu nak cakap kan..tunjuk tangan dia yang sakit tu je la.
I Love You Taqwa Ammara
Sorry sebab ummi ni tak perasan. Ummi kat dapur. Kalau sebelum ni ummi rasa dah jaga anak-anak ummi 120% lepas ni nak kena upgrade kepada 200% pula.
Jaga anak sendiri ke, serahkan anak bawah jagaan pengasuh ke, jika nak terkena, jika nak terjadi, maka akan terjadi juga. *deep
Jari comel baby ummi |
My Baby Girl - Taqwa Ammara |
Semoga anak-anak ummi selalu dalam lindungan Allah.
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri
Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
Jari Anak Tersepit Pintu | Assalammualaikum. Macam mana nak mula cerita ni ye. Huwaaaa sedih. Lama dah tak ada perasaan macam ni. Apapun ...