TTC Anak Ketiga

Percubaan Untuk Hamil Lagi | Hai kawan-kawan...entry last untuk hari ini. Eh, yeke last? kot jap lagi rasa nak menaip apa-apa ke kan...boleh jadi juga. Jadi entry ke-4 untuk harini. Mungkinkah? mungkin...mungkin...tak mustahil. hihihi

Ok, seram pulak bila jeling-jeling tajuk atas ni. hahaha...sendiri letak tajuk gitu, sendiri nak seram kecut perut pulak baca tajuk tu. 

Al-kisah terhasilnya entry ini bila my lovely & my only one adik seibu seayah share satu gambar menarik di fb. Entah mana adik erna jumpa gambar tu dan tag nama erna. Rasanya dia siap save lagi gambar tu semata-mata nak up kat fb dia dan bersemangat waja adik erna ni tag nama kak ngah dia. Motip sangat tau! hahahaha

Apa itu TTC? 


Ramai orang selalu sebut-sebut TTC, ni aku tengah TTC ni, geng TTC, siap ada group TTC lagi. Bagi anda yang tidak tahu apa itu TTC..meh erna nak kongsikan dengan anda semua apa maksud TTC yang sebenar. 

TTC adalah singkatan untuk trying to conceive


Dalam bahasa melayu adalah wanita yang dalam usaha / sedang mencuba untuk hamil.

Alhamdulillah...sepanjang perkahwinan erna 4tahun ini, erna belum pernah lagi dalam situasi TTC. Sebab apa? Sebabnya...mengandungkan iman tanpa dirancang. Memang kahwin dulu, kami tak ada planing untuk dapat baby bila. Tup tup belum sebulan kahwin doktor sah kan erna hamil. Bunting pelamin kata orang melayu lama. Nikah waktu subur katanya. *blushing Itu yang erna merasa mengandung di zaman universiti. Iman Zikir juga adalah hadiah dan anugerah Allah yang tiada tara nilainya. Cerita lalu..terlipat kemas dalam ingatan. Itulah Iman Zikir anak sulung ummi dan babah.

Kemudian, Taqwa Ammara pula...hadirnya dia dalam rahim ummi juga tidak disangka-sangka. Huhuhu... Erna ni sepanjang menyusukan abang iman, erna tak period. Kata doktor, itu adalah normal untuk ibu menyusu seperti erna. Lebih-lebih lagi iman memang bayi susu ummi 100%. Even bekerja pun erna masih mengepam susu untuk iman. Malam iman direct feeding. Tapi, bila usia iman melebihi 1tahun..erna buat keputusan nak makan GLA Complex secara konsisten dan hasilnya? Erna didatangi period bulanan cantik...je jadualnya. Kiranya kitaran period erna normal dan..........tidak disangka-sangka, check upt Positif! Haaaa.....itulah dia Taqwa Ammara anak kedua ummi dan babah.

Shaklee Effect - Mengandungkan Taqwa Ammara


Apapun, isu TTC ini adalah sangat sensitif bagi sesetengah wanita. Sama-sama kita doakan ye...

So, apa kaitan dengan tajuk diatas?

Tiada perancangan lagi setakat ini untuk TTC anak ketiga ^___^

Tapi siapa kami untuk menidakkan kuasa Allah bukan? 

Doa erna, erna dapat susu kan Taqwa Ammara 2 tahun malah lebih lagi dengan izin dari Nya. Amin..

Anak dua ini pun ummi tak menang tangan. Kalau anak tiga? Hahahaha....tak tahu nak gambarkan macam mana. 

Anyway adik ku salwani..gambar ini memang win! kah kah kah


Makan Dalam! hahahaha 

Anda sedang TTC? 

Dapatkan GLA Complex Shaklee

Next entry...stay tune ok.

Thanks for reading my dear friends!

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment