REVIEW SET KEHAMILAN SHAKLEE
Lama dah erna perap cerita ni. Risau kalau makin lama perap, lupa semuanya nanti. Lagipun dalam semua perkara, erna berusaha untuk bersikap adil kepada semua anak-anak. Memandangkan dari kehamilan pertama, kedua dan alhamdulillah kini masuk kandungan ketiga, erna tak anak ada satu moment pun terlepas daripada dikongsikan dalam blog ini sebagai kenang-kenangan.
Bagaimana boleh hamil anak ketiga?
Pengalaman erna menyusukan dua orang anak tanpa susu formula, buatkan erna tidak didatangi haid bulanan normal seperti wanita lain. Kami suami isteri merancang secara semulajadi tanpa makan apa-apa pil perancang. Bila usia Taqwa Ammara melepasi 1tahun 6bulan, tiba-tiba erna didatangi haid dan haid yang datang tu selama 7hari. Masa iman dulu pun sama, selepas usia iman 1thn 6bulan, erna mula amalkan makan GLA Complex. Baru nak masuk 2botol GLA Complex erna makan, terus erna mula datang period dan mudah merancang untuk dapatkan next baby iaitu Taqwa. Bila dah datang haid tanpa makan apa-apa ubatan untuk kes baby ketiga ni, erna tahu yang badan erna mula nak kembalikan hormon normal yang asal sebab usia taqwa pun dah menghampiri 2tahun.
Intro je tu. Panjang betul intro. hahaha...ok, ok . Teruskan pembacaan dibawah...
So, untuk kehamilan ketiga ini...selepas erna didatangi haid 7hari, masa tu usia Taqwa 1tahun 6bulan, Erna mula fikir cara nak kembalikan haid normal. Senang untuk kami merancang. Tapi dalam masa sama...kami suami isteri sepakat, jika ada baby ketiga...kami ok. Tidak menolak dan tidak terlalu terdesak.
Dalam usaha mengenal pasti tarikh kesuburan dan nak kembalikan kitaran haid normal, dalam to do list erna adalah seperti berikut;
- Mula amalkan GLA Complex
- Teruskan konsisten B Complex
- Pantau tahap kesuburan badan menggunakan OPK (Ovulation Predicted Kits)
Erna beli OPK dan UPT (Urine Pregnancy Test) daripada kawan blog erna namanya kina. Kina adalah owner kepada
TheshopAblog Blogspot
Kepada kawan-kawan yang dalam planing nak dapatkan baby dan nak pantau hari kesuburan, erna sarankan korang semua klik link erna share tu. Harga sangat berpatutan dan kualiti barang pun the best! Lebih-lebih lagi untuk anda-anda wanita yang ada masalah kitaran haid tak normal macam erna. Memang sangat recommended pakai OPK ni untuk proses pemantauan tarikh kesuburan. Beli kat farmasi mahal tau. Kina jual harga murah dan memang berpatutan sangat.
Sebelum sampai parcel yang erna beli dari kina, erna ada test sendiri upt yang beli kat farmasi. Result -ve. Masa tu baru sangat lewat period dalam 1-2hari je. Dipendekkan cerita, dapat je OPK dan UPT yang erna beli daripada kina, erna pun mula 'ngetest' guna OPK. Syok dan layan sangat bila guna OPK tu. hahaha...mentang-mentang murah. Sehari berkali-kali erna test guna OPK. Rasanya lebih 3-4kali sehari erna guna OPK yang beli dari kina.
Hari-hari erna spam kina dengan gambar OPK erna, Kesian kina. Sory kina..Sebabnya...erna pelik. Sepanjang erna celup OPK, memanjang result terang dua dua line. OPK ni beza ye kawan-kawan dengan UPT. Jika UPT, walaupun salah satu line tu samar-samar, kita boleh kategorikan sebagai sah hamil. OPK ni pula kena dua-dua line terang barulah kita betul subur. Jika plan nak dapatkan baby, so bolehlah bersama suami masa OPK test tu terang benderang. Jika planing belum nak ada baby, maka elakkan daripada bersama time OPK test tu hasilmya line terang benderang 2line. Kalau salah satu terang, consider belum subur lagi. Tu yang erna confuse tu. Terang sepanjang masa...3hari berturut-turut erna check OPK, terang je resultnya.
Masuk hari ke-4 test, erna saja tak test guna OPK. Erna terus test UPT.
tup tup resultnya .........................................
|
OPK yang erna dok ngetest selama 3hari, Memanjang terang. Tu konpius tu |
|
UPT test pun berkali-kali. hahaha hobi suka tets banyak-banyak kali. |
Haaaaa itulah al kisah permulaan bagaimana boleh hamil anak ke-3. =)
Lepas je didatangi haid secara semulajadi selama 7hari, selepas hampir 2tahun tak datang haid, terus lekat baby ketiga Hafiz dan Erna. Alhamdulillah....rezeki kami sekeluarga. Tak sempat nak makan GLA Complex. Terus kena on Set Kehamilan Shaklee. hihihi..
Kehamilan Ketiga - Trimester 1
Trimester 1 untuk kehamilan ketiga, jauh berbeza juga dengan kandungan pertama dan kandungan kedua. Kandungan kalini, erna ada juga alahan. Tapi bukanlah muntah atau pening kepala. Erna jadi letih lesu, nak baring dan loya tekak menjelang malam. Pagi dan siang hari, alhamdulillah...sihat bertenaga. Menjelang malam, mulalah erna rasa kurang bersemangat. Rasa tak sedap tekak. Cuma masih terkawal keadaan tu. Taklah nak muntah ke apa. Alhamdulillah...sikit-sikit je alahan. Perut pun macam dah nampak buncit walaupun belum masuk 12minggu. Ummi gemok
Semestinya semua ibu yang hamil ingin berikan yang terbaik kepada anak yang di kandungkan. Samalah juga dengan erna. Kehamilan kalini, erna rasa beruntung sebab erna telah mengenali Shaklee dan setiap hari erna tak akan lalai untuk pastikan pengambilan nutrien penting untuk badan diambil dengan konsisten. Jika wanita tidak hamil pun memerlukan makanan tambahan ataupun supplement, inikan pula jika anda adalah wanita hamil. Extra nutrien dan zat yang di perlukan oleh anda. Lagi-lagi erna ibu hamil dan dalam masa yang sama, erna masih menyusukan Taqwa yang mana di awal kehamilan erna, usia Taqwa lebih kurang 1tahun 7bulan. Berganda nutrien serta zat erna perlukan untuk memastikan kami betiga tidak kekurangan zat. Tuff kan? ^__^
Sama seperti kandungan kedua (Taqwa), erna dari awal dah amalkan makan Set Kehamilan Shaklee. Sebenarnya, kalau tak mengandung pun..erna memang pengamal secara konsisten Set Penyusuan Shaklee. Vitamin dalam Set Penyusuan dan vitamin dalam Set Kehamilan tidaklah ketara sangat bezanya. Jadi, tak adalah erna rasa terbeban pun makan vitamin kehamilan ni.
Tips Mudah Hamil
Ada juga tau kawan dan saudara yang mengusik erna cakap "mudah je nak mengandung.." Ada yang cakap.."pandai dia susan anak. setiap 2tahun sekali mengandung.."
Alhamdulillah....
Alhamdulillah...rezeki kami suami isteri.
Apa yang erna boleh kongsikan disini, faktor kesuburan suami dan isteri adalah sangat penting. Jika kedua-duanya kurang subur atau tidak subur, peluang untuk mendapatkan zuriat adalah agak sukar. Antara faktor yang perlu diambil berat adalah pengambilan supplement kesihatan.
Sebab apa erna cakap pengambilan Vitamin Kesuburan Shaklee membantu???
Sebabnya...sebelum seseorang wanita itu hamil, dia perlulah terlebih dahulu menyediakan badan yang sihat sebelum bersedia menerima janin yang akan dibawa sepanjang 9bulan nanti. Kalau badan mak pun lemah lesu tak cukup zat, macam mana pula nak jaga janin bayi 9bulan dalam kandungan. Kan? betul tak?
B Complex sangat membantu lelaki dan wanita yang merancang untuk hamil. Antara kandungan yang terdapat dalam B Complex Shaklee adalah Asid Folik. Vitamin B Complex Shaklee lengkap ada 8 vitamin iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin yang perlu diambil serentak.
- B12 bantu banyakkan sperma
- B6 bantu tingkatkan kesuburan wanita
- Vitamin B yang lain pula penting untuk membantu proses persenyawaan ovum dan sperma.
Sebelum hamil, erna memang pengamal vitamin B Complex, Vitalea, Vitamin C secara konsisten setiap hari makan. Vitamin B Complex, jika terlalu letih dan mood tak berapa cun, erna akan makan 2-4bj vitamin B Complex. Jika nak tahu, sebelum hamil..vitamin B Complex bertindak melancarkan darah dan hormon serta meningkatkan kesuburan wanita.
Jadi kepada pembaca semua...jangan abaikan pengambilan vitamin B Complex, Vitalea (Multivitamin), Vitamin C dan juga ESP ye. Serius ini penting.
Ambil vitamin ni seelok-eloknya 6bulan sebelum hamil.
Vitamin Wanita Mengandung Trimester 1
Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.
Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi. Membantu ibu untuk menstabilkan bacaan HB.
Pengambilan Vitalea bersama Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi yang optimum. Namun, elakkan pengambilan dengan susu atau ostematrix kerana kalsium dapat mengganggu penyerapan zat besi. Selepas sarapan setiap pagi, erna akan ambil Vitalea bersama Vitamin C serentak.
2) Sustained Release Vita-C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. Sistem imun yang kuat dapat menjadi benteng supaya kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Sebiji vitamin C shaklee 553mg adalah bersamaan dengan 6 1/2 biji buah oren. Sanggup ke kita ni nak makan buah oren sampai 6biji sehari?
Uniknya vitamin C Shaklee pula ia berteknologi pelepasan bermasa. Itu yang di panggil Sustained Release Vita-C. Maksudnya 100mg vitamin c dilepaskan ke dalam tubuh setiap jam. Ini kerana, vitamin C adalah sejenis vitamin larut air dan mudah musnah. Kalau semua vitamin C yang kita makan terus dilepaskan waktu kita makan vitamin tu, badan kita tak dapat khasiat vitamin C yang kita makan, sepenuhnya sepanjang hari.
3) B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. 8kumpulan Vitamin B yang di maksudkan adalah, thiamin (B-1), riboflavin (B-2),niacin (B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.
B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik. Selain itu, untuk mambantu mengurangkan morning sickness ibu hamil pada trimester 1. Bcomplex juga menukar gula dalam badan kepada tenaga. Jadi, pastikan makan bcomplex selepas makan ye. Adalah gula yang akan bertukar kepada tenaga dan kita pun cergas je sepanjang hari.
Owh ye..lagi1 nak bagitahu ni..riboflavin dalam B kompleks tu la yang memberikan warna kuning fluorescent pada urin dan susu ibu. Jadi, jangan risau bila makan bcomplex dan buang air jadi warna kuning sangat. Kena banyak minum air masak urin akan putih macam biasa.
ESP mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh badan. Merupakan non-GMO soya iaitu pembersihan soya tidak dilakukan dengan alkohol. Ia mengenyangkan dan merupakan sumber pemberi tenaga yang segera. Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
ESP sangat membantu erna kerana erna masih menyusukan iman walaupun hamil. ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia ada dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.
--------------------------------------
Alhamdulillah...tamat pun mengarang entry kalini. Tak sempat habis 1entry ni anak-anak dah bangun. Suami pun bangun nak makan sebelum pergi kerja. Maka entry ni lambat juga siap. Apapun alhamdulillah...semuanya erna dah kongsikan disini.
Doakan kehamilan erna yang berbaki lebih kurang 2bulan je lagi ini sentiasa selamat, dipermudahkan dan sentiasa dalam lindungan Allah. Amin
Hubungi erna untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran sebagai ahli Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.
Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri
"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee (Ahli Shaklee), anda boleh menghubungi saya segera untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 908806 dan anda akan mendapat bimbingan daripada saya.."
- TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE -
REVIEW SET KEHAMILAN SHAKLEE Lama dah erna perap cerita ni. Risau kalau makin lama perap, lupa semuanya nanti. Lagipun dalam semua perka...