Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdulillah syukur..dah masuk bulan baru. November! November bulan kelahiran erna. Permulaan November 2013 yang sangat indah. Hadiah dari Allah..tiada siapa boleh halang apa yang Allah nak beri. Jika musibah, syukur dan anggap ia ujian. Jika anugerah indah, syukur..tapi jangan lupa yang ia juga satu ujian. Maka, perkara yang paling utama bagi erna adalah kita perlu sentiasa bersangka baik dengan apa jua yang berlaku dalam hidup kita. Bersangka baik pada semua perkara. Bersangka baik pada Allah. Maka yang baik-baik juga akan datang pada kita.
31 Oktober lepas adalah closing day untuk kami semua pengedar Shaklee. Masing-masing bertungkus lumus usaha untuk closing dengan baik dan penuh gaya. Alhamdulillah...closing lepas adalah closing dengan personal uv luar biasa dalam rekod erna sepanjang erna ber'Shaklee.
Selain daripada bonus yang setiap bulan semakin meningkat, pertengan bulan lalu..erna terima 2 cheque reward daripada Shaklee. Bonus September sebelum Raya Aidiladha lain, reward cheqe lain. Sepatutnya erna terima cheque ini bulan September lepas. Tapi, di sebabkan beberapa isu..Oktober baru erna terima cheque. Erna tak kisah pun lewat sikit. Apa yang pasti, memang erna akan terima cheque. Alhamdulillah..dah dapat ^__^
Semenjak erna buat keputusan untuk serius ber'bisness Shaklee, erna tak pernah menoleh ke belakang. Sesekali menoleh kebelakang pun, bertujuan untuk memupuk rasa syukur dengan apa yang di perolehi hari ini. Selebihnya, 100% erna fokus pada apa yang erna buat. Kepercayaan serta restu dari suami dan ibuayah buat erna lagi kuat melalui hari depan untuk capai matlamat dan impian. Syukur di pertemukan dengan upline serta group bisnes yang sangat supportive antara satu sama lain. Tiada istilah cemburu sakit hati dendam sebagainya. Cemburu kami, cemburu sihat. Cemburu berebut-rebut ingin maju lebih ke depan.
Apa yang erna dapat sekarang setelah hampir 11bulan serius ber'Shaklee?
1. Bonus bulanan yang bermula dengan RM100+ pada bulan pertama ber'Shaklee, kini bonus bulanan telah mencecah lebih daripada separuh 5angka. Hampir sangat nilai 5angka. Ya Allah...erna sendiri tak pernah nak jangka yang bonus bulanan bekerja dari rumah dengan masa yang flexible ini boleh mencecah ke angka seperti sekarang ini. Tapi kena percaya juga..sebab setiap bulan Shaklee bayar bonus terus ke akaun erna. Setiap bulan tak sabar tunggu bonus. hihihi
2. Kemudian, sepanjang ber'Shaklee, erna telah terima 8 cheque reward daripada Shaklee. Untuk pengetahuan semua, cheque reward ni berbeza dengan bonus bulanan. Contoh, setiap 14hb bonus Shaklee akan terus masuk ke akaun maybank. Tetapi, cheque pula kita akan dapat hujung bulan. Cheque paling rendah yang erna terima, RM118. Cheque yang paling best erna pernah terima RM1800. Seronok ber'Shaklee!
3. InsyaAllah bakal dapat bonus kereta akan datang ni. Bonus kereta dari Shaklee, bukan Shaklee bagi kita sebiji kereta. Tetapi, Shaklee akan bagi kita cash. Contoh, kita perlu bayar kereta Myvi bulanan RM600. Bonus kereta RM1500. So, kita ada baki lagi RM900 selepas dah bayar bulanan kereta. Terpulang pada kita nak buat apa dengan baki duit yang ada. Boleh simpan, boleh shoping atau apa sahaja.
Setiap kali naik rank lebih tinggi, Shaklee akan hantar surat dan ini cheque yang erna dapat lambat sikit tu. Shaklee ter'issue lewat atas beberapa sebab yang tak dapat di elakkan. Lewat dapat, tapi erna tak kalut sangat pun nak minta..sebab erna pasti akan dapat juga cheque ini.
Alhamdulillah..sejujurnya, erna bermula bisnes ini dengan zero modal. Dengan bisnes Shaklee, kita tak perlu susah hati nak fikir mana nak dapat duit modal. Tak perlu susah fikir, nak buat loan bank untuk mula bisnes. Tiada istilah rugi malah untung lagi adalah. Lebih mudah lagi bila sekarang ni..semua pengedar Shaklee boleh buat belian melalui online. Macam pergi pasaraya, login sistem, klik klik item yang nak beli masuk bakul dan bayar. Tunggu semua barang sampai terus ke depan pintu rumah. Mudah kan? Mudah...mudah sangat!
Teringat kata-kata suami, "buat keputusan untuk bekerja dari rumah adalah suatu pengorbanan yang besar. Lebih-lebih lagi kata suami, erna bukan seorang yang tidak punya sijil pelajaran". Tetapi bagi erna, buat keputusan untuk bekerja dari rumah adalah suatu pengorbanan yang sangat manis. Masa 24/7 yang Allah beri sangat bernilai pada erna. Masa untuk iman, masa untuk keluarga, setiap hari pun erna boleh bawa iman dan ibu jalan-jalan.
Alhamdulillah..Allah lorongkan erna pada jalan ini. Sedikit pun tidak timbul perasaan kesal berstatus Working At Home Mom - WAHM. Kata ibu, erna sama macam orang lain. Bekerja juga. Bezanya erna bekerja dari rumah. Bukan duduk rumah saja-saja goyang kaki dan bulan-bulan harapkan duit suami. No! Itu silap. Erna bukan seperti itu. Setiap bulan boleh belanja suami macam-macam ^__^ Alhamdulillah..
Dengan bisnes ini setiap hari erna di kelilingi rakan-rakan yang positif. Upline, super upline dan susur galur dari mereka yang hebat-hebat. Mereka sentiasa berkongsi ilmu serta saling menyokong. Ilmu dunia dan akhirat. Dalam bisnes ini, penekanan amalan rohani adalah sangat di titik beratkan. Semoga kita selalu dekat dengan pencipta dan DIA Pemberi Rezeki. Kami juga di ajar bisnes dengan cara jujur dan tidak menekan orang lain. Keberkatan adalah sangat di titik beratkan kerana bonus ini yang di kongsi bersama anak, suami, ibuayah. Sanggup anda berikan duit tidak berkat pada orang-orang tersayang? Ini bukan bisnes head hunting paksa orang sana-sini beli produk kita. Jauh sekali memaksa orang join bisnes ini.
Jika anda yang baca entry ini dan pernah terfikir nak cari duit tambahan untuk bantu suami ataupun berhasrat bekerja dari rumah seperti erna fulltime bersama anak dan keluarga, jika anda ada keinginan untuk ubah hidup anda dan keluarga daripada cukup-cukup makan kepada yang lebih selesa, jika anda memiliki hati yang kental dan semangat yang tinggi, boleh hubungi erna. InsyaAllah erna akan bantu semampu yang Allah izinkan.
Income 3 4 5 6 angka bukan sesuatu yang mustahil. Erna dah bertemu dengan ramai pengedar shaklee yang perolehi income sebanyak ini. Ada juga anak-anak daripada group bisnes erna sendiri yang telah perolehi income 4 angka. Erna? InsyaAllah bakal jadi suri rumah 'WAHM' dengan income 5 angka tidak lama lagi. Amin..
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Firman Allah SWT.yang bermaksud :
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Talaq ayat 2-3)
JOM SERTAI KAMI MENJANA PENDAPATAN DENGAN HANYA BERKONGSI KEBAIKAN PRODUK SHAKLEE.
JIKA ANDA HANYA INGIN MENJADI AHLI, UNTUK TUJUAN PENGGUNAAN PRODUK SHAKLEE SENDIRI, ANDA JUGA DI JEMPUT UNTUK MENDAFTAR AHLI.
NAK BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI YANG JIMAT? ANDA BERMINAT NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE DAN JANA INCOME DENGAN BISNES INI? HUBUNGI ERNA..
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Assalammualaikum & Salam Sejahtera Alhamdulillah syukur..dah masuk bulan baru. November! November bulan kelahiran erna. Permulaan N...